Sunday, April 21, 2013

adakah anda tergolong dalam 'attention seeker' ?

first of all, tahu ke apa itu attention seeker?


tahu tak apa itu HPD? HPD ialah Histrionic personality disorder yakni cluster B personality disorder. *bla..bla..bla..* orang yang ada penyakit ni cenderung untuk menarik perhatian orang lain. sesetengahnya mungkin akan "mengorat" ataupun cari fasal dengan orang lain untuk mendapatkan perhatian. penyakit "attention seeker" ni cenderung berlaku kepada mereka yang bergelar remaja ataupun.. TEENAGERS. *boleh tengok secara terang-terangan dekat facebook sekarang ni :P* . 'histrionics' mempunyai rasa yang kuat untuk memiliki PENGHARGAAN, KEKAGUMAN DAN KEYAKINAN. mereka digelar HEDONIS bagi yang kerap meluangkan masa dalam menjadikan diri mereka menarik dan popular.

nisbah yang menjangkiti wanita lebih tinggi dari lelaki iaitu.. 4:1.

kadangkala, mereka yang mempunyai penyakit HPD ini, mempunyai keinginan yang sangattt tinggi untuk perhatian, membuat penampilan yang tidak sesuai dan membesar-besarkan tingkah laku dan emosi mereka. mereka juga mungkin mempamerkan tingkah laku seksual yang provokatif, luahkan emosi yang kuat dengan gaya impresionistis, dann MUDAH DIPENGARUHI ORANG LAIN. antara ciri termasuklah, egocentrism, kepuasan diri, keinginan yang berterusan untuk peningkatan, dan tingkah laku manipulatif untuk mencapai keperluan mereka sendiri.

PUNCA HPD tidak ketahui namun, peristiwa zaman kanak-kanak seperti kematian atau pun penyakit dalam keluarga (rasa kebimbangan yang berterusan) , penceraian ibu bapa dan genetik berkemungkinan terlibat dalam punca HPD.

so.... adakah anda tergolong dalam 'attention seeker' ???

pada aku la.. siapa yang ada facebook, twitter, instagram, *bla.. bla.. bla..* tu semua attention seeker. :) tambah-tambah lagi , kalau ada gambar lebih dari mencukupi.. what is that?? what is it for?? yup. aku mengaku. aku pun mencari perhatian jugak. so what?! jangan tipu la kalau cakap x pernah nak tarik perhatian. sekurang-kurangnya mesti pernah tarik perhatian mak atau abah kan? senang cerita, semua benda ada batasnya.. tengok laa carian perhatian anda semua tahap mana. adakah semakin kritikal? adakah anda, adalah jenis yang melakukan segala-galanya hanyalah untuk perhatian? jangan lupa, kadang-kadang, kita juga perlu bersendirian. :)

adalah lebih baik sekiranya kita lakukan semua secara bersederhana. :)

yang penting, tahu apa yang kita buat. jangan sampai merana semata ingin mencari perhatian. jangan buat benda tak senonoh.. sebab apa sekalipun, kita dikurniakan akal. akal untuk membezakan antara baik dan buruk.

pengajaran :

fikir baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu
dan 
jangan bertindak mengikut nafsu...



No comments:

Post a Comment

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...