Monday, January 16, 2017

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :)

hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan senang, memerlukan semangat yang kuat serta kerajinan yang tinggi. Jadi boleh agak la aku actually excited nak cerita pasal Kem MPDM ni hehe.

so, event berlansung di Perlis, Tasoh Lake Resort pada 13 & 14 Januari 2017. Ada dalam 30 lebih ahli keluarga MPDM dan aku salah satunya sebagai AJK Aktiviti.

Antara AJK Aktiviti ialah

dari kiri : Kak Yanee, saya (apesal tersengih cmtu nyampahnye haha), Sean dan Amir

ini lah Ajk aktiviti nyee. selain dari Amir, yang lain adalah Exco Sukan. Sean dia Hicom MPDM yang memantau Exco Sukan. Sean baik sangat sebab.. baik la banyak tolong hahahha

Event bermula dengan sesi ice breaking serta taklimat oleh AJK Aktiviti
Briefing

Jump In Jump Out Game

Shopping Game

hehehehehe

serious aku agak nervous although aku suka jadi fasi and handle benda-benda macam ni. so lepas ice breaking, makan lunch. serious cakap, SEDAP gila makanan. nah tgk sikit



hahaha. pastu check in bilik.. berbukit bukau dengan beg banyak nak mampus (biasa la nak balik rumah...) bersebelahan bilik dengan mantan MPP yg gila-gila sikit hehe.. lepas tu, boleh pulak aku salah bilik.. terseksa jiwa dan raga naik turun tangga dengan beg banyak haha. siot betul! then lepas masuk bilik dgn tiba-tiba air mineral aku tertumpah. like aaaaaaaaaaaaaaa whats happening? then lap lap lah.. and get ready untuk event petang.

having Kak Anis and Musliyana sebagai roomate memang.... memang boleh buat bilik tu sebagai bilik karaoke. haha. kalau aku start nyanyi, nanti Kak Anis akan sambung lepas tu, Mus pulak sambung. kadang-kadang kami nyanyi sekali walaupun lirik berterabur. kadang-kadang tu dalam tandas pun sibuk nak join nyanyi haha. cakap pasal tandas, shower bilik aku slow gila. slowwww nak mati lah. haha. lepas tu bowl jamban tu bunyi "blup blup blup". mula-mula seram, lama-lama kelakar. aku x tahu kenapa ada bunyi macam tu. ada orang bernafas bawah tu ke? erk

then semua berkumpul dalam dewan untuk game sesi petang. masa meeting dulu, ada orang suggest nak main dodgeball pukul 4 petang and i was like.. ko gile ke ape nak main bola time macam tu dekat Perlis? hahha. serious panas.. x sanggup wehhh hahha. kalau dekat kelantan lagi-lagi hujung dan awal tahun cuaca dia sejuk-sejuk suam gitu. Tapi bila aku balik Utara, memang aku duduk rumah je sebab dan terbiasa dengan cuaca Kelantan. lepas tu kena marah sebab terperuk dalam rumah hahaha.

masa petang kita main game Goreng Pisang, main game Kupu-Kupu then last but not least, MUSICAL CHAIR. weh game ni epic lah hahaha.

video


lepas game petang then kita ada sesi bergambar. rugi la pergi tempat-tempat lawa tapi x bergambar kan. hehe.

gambar lompat adalah kemestian!

spreading love
haha

and of course.. MANNEQUIN CHALLENGE! USM Soaring Upwards!

video


and then, kita lepak-lepak je aktiviti bebas.. melawat lembu ehe~

video


lepas tu semua ready-ready untuk aktiviti malam which is pembentangan setiap Exco. this is me doing the slides haha

semua main phone sebab free wifi ke? >.<

lepas habis bergambar, yang lain ada tolong Abe Jo masak. then Kak Anis, Megat, Sean dengan Aku nak tubik beli roti. beli roti je pun tapi keluar sampai 4 orang haha. Actually aku nak ambil duit dekat ATM haha. sesi bakar ayam berterusan sampai malam. gilir-gilir etep. tapi ade je yang tak mandi. siapa lah tu haha.

muka Megat yang cuak dan gabra haha.

so malam tu kita makan-makan waduhh sedap gilaaa lah! ayam BBQ x yah cerita memang sedap.. tapi yang paling meletopppp.. SUP ABE JO! uhuhuhu sedapnye. dah terliur bila ingat balik. aku dah la suka sup. serious rasa nak bawak balik je satu periuk hehehehe. ditambah pula buah kegemaran iaitu tembikai. perut ni x yah cakap la, kembung ajew. hehe. then lepas habis makan, sesi diteruskan dengan bentangan idea oleh Exco. part bentang idea semua mata kuyu je kah kah kah.

tapi serious cakap la, balik bilik memang pheww. ngantuk gila. so tidurlah sekalian penghuni dengan nyenyak nya dan aku tidur sambil peluk baby bear. x menyesal aku bawak baby bear. ehe~

so esok dengan excited dan geramnya aku bangun awal pagi. Sean kata pukul 7.00 pagi kena berkumpul suda.. aku macam.. bila bangun rse geram je sebab kena bangun awal so, aku call Sean. TIGA KALI DIA TAK ANGKAT! Aku tahu dah sah-sah dia lewat bangun. hergh... then dah siap-siap mandi semua, aku pun berjalan ambil angin..

pemandangan yang cantik. Subhanallah

so tunggu semua berkumpul memang kembung jugak perut aku dengan angin lol. lepas makan, semua bergerak untuk aktiviti berhalangan. 3 halangan je tapi memang fun lah haha. antara aktivitinya..

Bacaan doa oleh Farhan sebelum aktiviti dimulakan

Seorang Aisyah memanjat tembok tinggi

Masa first try x berjaya sebab actually.. aku malu Sean jadi booster. hahaha. pastu Abe Yie cakap kalau tak boleh tak pe, x payah buat. uishh. mane boleh. mesti la kena buat sampai boleh kan. depa tak tau I dulu dah berapa banyak pi kem panjat-panjat ni. haha

Selamat mendarat!

then, Dr Raja pun panjat juga. hebat juga ye Dr. hehehe

video

lepas panjat terus jadi cicak heheh


then aktiviti kedua, Spider Web

Abe Yie menunjukkan demo <3

Dia ni gayat. Panjat sambil berair mata tapi respect sebab dia finished what she has started! 

Sakinah tengok ape tuu hehe

Me in action!

then... halangan yang terakhir, MONKEY BAR.. aku ingat lagi lepas halangan tembok, ada orang tanya

"sekarang pukul berapa?"
"pukul 9.30 pagi"
"lahh baru pukul 9.30 ke? rasa dah lama. ingat bajet tembok sejam, spider web sejam,    boleh skip monkey bar"
hahaha. ramai tak nak main monkey bar sebab kalau jatuh kena bermandikan lumpur. Tapi, Abe Yie mulakan dengan menunjukkan semangat yang tinggi dan tauladan yang baik.

video
video edited by Dr Raja


walaupun aku main lontar peluru (assumed tangan kuat), aku pun rasa nervous sama je macam orang lain. hahhaa. malu gila part landing boleh terjatuh pulakkkk!! nasib tak kena lumpur. tak sangka ada yang tolong record. rasa terharu sangat. haha. Credit and Thanks to Adham Hakim

video


Narenda tergamam bila Alia kata aku buat 300 push ups setiap hari. hahhaa. Narenda hampir percaya. kah kah kah!

dah habis aktiviti, kita pun pulang ke bilik. adududu.. macam nak tidur je dalam bilik, xsey (tak nak) balik hahaha. tapi apakan daya hidup perlu diteruskan, so siap-siap barang, naik atas bas menuju ke Padang Besar. hehe. sementara siap tu sempat lagi karaoke dengan Kak Anis dan Mus. lagu nasyid pun kami nyanyi hahaha

bila dah sampai Padang Besar, aku ingat nak window shopping je tapi akhirnya aku shopping gak, habis Rm 100. haha. tara-tara nak jimat tuhhh. lol. disebabkan aku nak balik Kedah, aku naik KTM Arau means x ikut bas balik ke Kelantan la. masa otw ke KTM sesat jap haha. dah la tu, beg sampai 3 tak termasuk baby bear dengan barang yang aku beli dekat Padang Besar. bila sampai part nak naik tangga tinggi tu perghhhh... lemah nya. penat nak mampuihh. NASIB LA ADA ABANG SADO TOLONG. rasa terharu sangat. huhu. tq abam. 

so beli tiket and tunggu la train. shades masa dalam train sangat berguna sebab bila tidur tak nampak hodoh sangat. lol. I LOVE my spectacles!


so itulah pengalaman camping di Tasoh Lake Resort. tak pasti sama ada kenangan manis dan perasaan gembira ni sampai melalui penulisan aku (lama tak update blog, jari keras menaip). i really had fun with the others. <3




terima kasih semua.

SAYA SAYANG MURNI. SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA. SAYA SAYANG EHEM EHEM!

Jumpa lagi ye!

sekian.. terima kasih :)


No comments:

Post a Comment

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...