Friday, October 30, 2015

adakah chatting curang atau tidak?

hai. so this time aku cerita pasal chatting. aku tak tahu la orang lain macam mana, ikut pasangan masing-masing la. ada segelintir tu


  •  dia tak kisah pasangan dia text/chatting dengan siapa. 
  • ada pulak jenis control, strictly tak bagi atau tak suka pasangan dia text/chatting orang lain (berlainan jantina). 
  • ada yang tak ambil tahu pun sebab alasan dia, the less you know, the less u hurt. 
dah pulak. hahah. kalau aku? senang je..


  • aku tak suka pasangan aku chatting tak ada arah tuju dengan perempuan lain. tak payah la nak tanya makan ape ke.. tengah buat apa ke.. tak perlu. kalau chatting pasti kan ada benda penting
  • kalau buat jugak, fine aku boleh tolerate. maybe tu cara hidup ke apa eventhough kita masing-masing ada ikhtilat kena jaga. aku akan percaya dekat dia, so kalau dia nak khianat kepercayaan aku ke apa, terpulang lah. but to be fair, kalau dia boleh chatting perempuan lain, then aku pun boleh chatting lelaki lain.
tu je lah. ahhaha. tapi aku respect kawan-kawan lelaki aku. sorang ni, dia bagitahu aku dia tak suka style shawl perempuan yg macam keknis tu. sebelah panjang, sebelah pendek, tengah2 xde apa. hahaha. dia cakap dia geli. masa dia cakap tu aku nampak lah kegelian dia. bhahahahha. okay. then sorang lagi ni, bulat-bulat dia tolak dari bergambar berdua dengan perempuan lain. which is rare la pada aku. haha. kalau lelaki macam tu, aku tak kisah sangat dia chatting dengan siapa, aku rasa dia boleh jaga diri. hahaha. kot? apa-apa pun.. cermin diri sendiri dulu.. lelaki baik untuk perempuan baik. dan perempuan baik untuk lelaki baik. :)

Wednesday, April 15, 2015

i hate the fact that i got excited so easily. erggh!

salam. malam ni sesi meluah. sebab aku geram dengan diri aku. arghhhhh.

something happened this past few weeks, buat aku teringat kisah nostalgia. huhu

time tu bulan raya. so, classmate aku merangkap kawan baik aku bagi kad raya dalam kelas. time tu aku darjah 6. i got so excited then quickly, i read what she wrote. bukan nya tu first kad raya aku, tapi aku memang cepat excited and besides, aku suka sangat surat. suka berbalas surat.

then, dengan rakus aku koyak sampul surat then aku baca la isi nya. (yg ni aku reka la. tapi lebih kurang je sebenarnya)

assalamualaikum aisyah, apa khabar? harap sihat sahaja. aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. sorry tau kalau aku ada buat salah. nanti raya mai la rumah aku. hang pakai baju raya warna apa?  apa-apa pun aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. halalkan makan minum yang hang bagi kat aku. ok la. bye. selamat hari raya.

so.. sebab aku excited sangat.. aku pun balas dengan serta merta. aku balas :

waalaikumsalam. baik. sihat. aku pun nk cakap selamat hari raya. xpa aku pun minta maaf kalau ada buat salah. insyaAllah aku mai, hg pun mai la rumah aku. warna biru. aku pun minta maaf dari hujung tudung hingga hujung kasut. no hal la, hg pun halalkan la makan minum hg bagi kat aku. bye. selamat hari raya.

terussssss aku bg kat dia. letak atas meja. so lepas dia baca.. dia cakap

"aisyah hang tulis apa? aku x faham."

aku macam. emmm emm. hahahah.. so kejadian yg berlaku beberapa minggu yang lalu.. sme la macam ni.. i got so excited, aku reply almost everything quickly which actually i shouldn't. arghhh. memalukan! but then, benda dah jadi so.. harap aku dapat ambil iktibar. come on Aisyah. haha.

ok la tu je. hmmm malunyeeee~

Sunday, March 29, 2015

mengejar cita-cita

salam. its 0530 already and i have not sleep yet. haha. tapi kita chill je sebab esok kelas batal, paling awal pukul 5 petang. cuma.... esok memang busy habis lah. hahhaa.

so, apa cita-cita aku? cita-cita pendek aku nak ada bmi yang normal. seriously, aku concern pasal bmi aku sebab.. aku ni bakal dietitian. besides, aku dah penat makan makanan yang x sihat. i mean come on, ni lah masa yang paling unggul untuk aku praktik kan apa yang aku belajar.

so, the result i got after aku diet.. i just lost 5 kg. they said it was pretty impressive but to me.. theres still a long way to go.

aku memang tak makan malam. last makan pun pukul 6 petang something. kalau aku lapar sangat, aku akan amik supper pukul 8 malam. hahaha. supper ke tu? bukan apa, better 4 jam sebelum kita tidur kita jangan consume any food lah. not good okay?

then, aku banyak minum air kosong dan sangat sangat sangat elakkan minuman manis. aku takut la duduk kelantan ni. takut makan manis banyak nanti kena diabetes. hahaha. roomate aku yang sorang tu kata.. lepas duk kelantan, bila dia balik kampung, dia rasa ayaq kat sana tawaq hebiaq. pergh keluaq dah bahasa kedah. hahhaahaa..

bila aku start diet, mula-mula tu macam orang pandang pelik la. even kawan aku pun macam.. weh.. ko makan tu je? like bla bla bla.. aku pun macam feeling x best la kan.. but then.. aku malas layan.. so aku just ignore lah. haha.

cakap pasal x makan malam ni kan... kann...

haritu.. aku tolong supplier aku promote bisnes dia.. dia buat bisnes makanan.. aku promote je sebab.. hehehe. sebab ada la.. then dia kata kalau dapat customer nanti dia bagi upah sebab aku mintak kat dia komisyen. aku bergurau je dengan dia sebenarnya.. dia nak bagi burger.. aku bukan makan burger pun. tambah-tambah lagi malam. tapi aku iyakan je la.. kalau dia bagi, aku tolak. xpun aku bagi kawan aku. thats my first thought la. then bila malam tu kami jumpa atas hal kerja, dia x bagi pun burger and aku macam lega la sebab... xyah membazirkan.. so.. aku sambung kerja aku.

kerja aku kutip duit malam tu. heee. kutip duit baju.. penat kot.. aku kena whatsapp sorang-sorang suruh bayar. semua dah ada dalam contact aku. hehehehehehehe. tapi tak pe.. aku rasa tu satu peluang keemasan untuk aku promosi apa-apa nanti ;)

then masa buat kerja, ada seorang ni datang.. banyak benda aku musykil dengan dia ni tapi aku macam biasa la.. buat derk je.. tengah dia nak bayar tu tetiba dia bagi aku burger.. aku macam eh dh kenapa pulak ni kan? pastu dia kata burger tu sebab aku tolong promosi. time tu aku macam blur-blur so aku pun amik je la. susah-susah nanti aku bagi je kat orang. pastu tetiba dia kata "makan tauuu". alamak.. hahah. habis diet aku. so lepas selidik.. rupanya dia tu bisnes partner supplier aku.. then.. dia tukang masak burger tu.. walaweh.. haha.. delivery oleh chef. gempak tak? hehe.

so aku makan la burger tu dalam bilik mpp.. x sanggup lak nak bagi orang lain. heee~ lepas makan.. ada pengarah Feski bagi makanan.. aku cakap x nak sebab aku x makan malam.. pastu semua gelak kan aku.. punca sebab aku cakap x makan malam walhal tadi dah makan burger.. weii... tu sebab ada orang bagi la.. lagipun dia siap pesan suh makan lagi.. haa.. xbek tauuuuu...

tu je kot nak cerita.. sje nak update blog.

aku selalu ada perasaan takut.. takut kalau orang tak faham apa yang aku nak sampaikan. hahahha.

ok la. ciao. night. salam. :)

p/s: thanks chef. really appreciate it, just wonder, kenapa u masih x approve friend request saya? haha


Wednesday, March 4, 2015

halatuju lepas SPM

assalamualaikum dan salam sejahtera. so, result SPM dah keluar. apa cer?

first aku nak cakap, redha la dengan result korang tu. benda yang lepas jangan dikenang. kau dapat result SPM teruk? x payah nak menyesal sedih bagai kenapa kau x study 5 bulan awal or whatsoever lah. x perlu. just ambil pengajaran.  sepatutnya, waktu ni kau kena ligat mencari jalan mana hala tuju kau. percayalah aku, aturan Allah tu dah cukup cantik untuk kita. aku bukan nak jadi cliche kat sini, tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku. cukup manis.

okay. aku nak kongsi sikit pasal halatuju selepas SPM. aku tak ada la senior sangat bab ni tapi, aku suka berkongsi bab ni. kalau ada permohonan jadi fasilitator untuk program2 selepas SPM ni memang aku nak sangat masuk sebab lepas SPM ni lah kehidupan sebenar korang bermula.

ok. aku letak link kat sini. korang masuk group fb ni. ada kaunselor yang tubuhkan group ni. group facebook halatuju pendidikan selepas spm



klik link kat bawah kalau nak beli buku panduan selepas SPM. x mahal pun. KAU TEKAN LINK TU SEKARANG!


then korang leh semak post2 lama aku dalam blog ni. kalau rajin and rasa nak tambah ilmu, pergi la tekan link link yang ada. serious aku cakap, maklumat di hujung jari, kalau kau rasa kau nak ilmu, pergi klik dan baca. tiada paksaan. kalau malas scroll, pergi dekat sebelah kanan aku dah classified. 

untuk yang result x berapa banyak A sebab korang datang lambat, yang lain dah ambil banyak A tu (lawak hambar)... jangan seteghessss. A bukan penentu segalanya. bilangan A bukan penentu tawaran U yang korang akan dapat. pengambilan student adalah berdasarkan merit.


kawan aku seorang tu, aktif kokurikulum, dapat 8A, ketua pengawas lagi.. dia mohon asasi undang-undang tapi x dapat. walhal aku dapat kurang 8A dah dapat surat tawaran asasi undang-undang. aku bukan nak riak ke apa tapi aku nak buktikan kat sini yang bilangan A bukan penentu kemasukan ke sesebuah IPTA. !

ni laman web MARA. jangan nak menggedik rasa MARA ni low class. aku cepuk jugak kang. jangan cakap.. ala, x nak masuk kptm.. x de class.. x nak masuk situ.. nak masuk UITM jugak.. kalau aku dapat budak macam ni, memang aku tenyeh2 dia.. ada impian nak masuk tu x pe, kemudian-kemudian hari mana tahu leh sambung pengajian dekat universiti impian korang. tapi kalau jenis memilih ni payah. nak yang branded je. adik, x kisah la awak duduk mana yang penting proses belajar tu. nah. TEKAN LINK, BACA, HADAM DAN ISI. 


perkara penting korang kena alert.. TARIKH TUTUP PERMOHONAN! tolonglah alert bab ni. jangan terlalu lambat mengetahui sesuatu. 

okay. ada yang runsing result SPM low, so dia takut nak kerja apa nanti. JANGAN! as i said before, jangan risau pasal result korang. macam ni la, aku dah jumpa ramai senior, pakcik makcik study kos lain, kerja lain. lagipun kerja ni semua rezeki Allah. macam mana sekalipun lepas kita usaha dan merancang bagai.. at one point kita akan serah segalanya bulat-bulat dekat Allah sebab Dia maha berkuasa. makanya wahai adik-adik, bila awak isi UPU atau sebarang permohonan, pilih la kos yang anda minat. KOS YANG ANDA MINAT! bila awak minat, awak jadi lebih produktif, kreatif dan segala yang baik-baik. idea akan datang sendiri. 

buat sementara ni, banyak ni je yang terlintas kat fikiran aku. kalau ada apa2 aku nak kongsi lagi nanti aku bagitahu. kalau korang nak tanya apa2 just tulis kat comment. and kalau nak secara personal, u guys can je facebook me at elims awien or just search aisyah shahrowi. kau jangan hack facebook aku lak. aku tampor kang. ok lah. thats all from me. all the best! 

nak gi kuliah niiii~

Sunday, February 15, 2015

mewangi - Akim & Majistrate

sebuah lagu tu sangat bermakna kalau kita hayati lirik dia. lebih syahdu gitu. aku tak tahu la korang translate maksud lagu tu macam mana but this one is based on my perspective. enjoy

selamanya
setiap waktu, setiap masa dan setiap saat

hati ini akan selalu memujamu
hati tu selalu ingat dan sentiasa rindu-Nya

mencintaimu
perasaan sayang cinta kepada Nya

adalah dahagaku
keinginan yang perlu mahu penuhi. fitrah.

waktu
masa yang datang dan pergi

dengarkanlah
meminta sesuatu. 

selalu dekatkan ku dengannya
mahu sentiasa berhubung dengan Allah. sentiasa mengingati Allah

hingga
sampai

ku menutup mata
mati. meninggal. dicabut nyawa

satukanlah hati
agar hati dan iman dicampur sebati

jadikan malam ku lebih indah
malamnya dipenuhi dengan ibadat. tahajud, solat taubat, qiamullai 

jadikan siang ku lebih terang
melakukan perkara yang bermanfaat dan mendekatkan diri dengan Allah pada waktu siang

biarkan bunga ku mewangi
bunga di sini ibarat iman. iman ada waktu naik dan ada waktu turun. 

selamanya
setiap masa

selamanya
setiap masa

adalah cintaku kepada dirimu
memang fitrah manusia mencintai dan cinta dia adalah pada Allah dan Rasul

mencintaimu
perasaan kasih dan sayang kepada Nya

seumur hidupku hanyalah padamu
waktu hidup dia hanya lah untuk beribadat pada Allah

ulang chorus


so thats all. hehe. you know.. dalam hidup ada banyak perspektif. and kalau tgk perspektif yang lain... boleh jadi maksud.. its just somebody yang berangan dan merayu tak habis-habis bagi kata-kata manis untuk memikat someone yang dia suka. hahhaa. 

okay thanks for ur time. sorry kalau ada salah dan silap.

would appreciate a lot if you could put some of ur opinion in comments below. 


interview usm. how i prepared?

salam. hai. minggu UPU dah tamat kan? ke belum? aku x update la hahhaa. biasalah zaman dah berlalu. so apa aku nak share kat sini ialah apa aku prepare untuk interview dietetik.

kalau korang tengok post bawah-bawah, aku dah share pasal interview aku dulu. but then i just wanna share it again. why? because you must well-prepared!

tips aku..

First - check kau dapat ke tak temuduga. ada segelintir tu Universiti akan hantar mcj bagitahu diaorang dapat interview tapi untuk kepastian dan langkah berjaga-jaga, lebih elok kalau korang selalu update dan check sendiri kat laman web. maksud aku disini, jangan tunggu dapat mcj. haha.

Second - macam aku dulu, aku tak ingat aku pilih kos apa. then bila dapat interview aku sendiri macam 'eh aku memang pilih ke kos ni??' haha. tapi tak mengapa. korang still ada masa. so masa yang ada tu gunakan sebaiknya.

  • cari segala yang berkaitan dengan kos korang. cari peluang pekerjaan yang ada. semualah yang berkaitan dengan kos korang. make sure u r keep on track. jangan cari banyak maklumat then korang tercampur itu ini. haha. haru weh. 
  • search background universiti pilihan korang. macam siapa dekan dia.. VC dia.. semua lah. tapi aku x buat pun dulu. sebab tak ada orang bagitahu pun. dan alhamdulillah tak ditanya. haha. aku dah la lemah bab ingat nama ni. hehe. so optional. kalau korang rasa perlu ingat.. sila lah hafal
  • cari la senior sorang. korang rujuk. sekarang semua di hujung jari. haha. facebook kan ada. facebook connecting people.
Third - dress good. clean. pergi la search cara-cara afdal nak duduk macam mana.. nak cakap macam mana.. secara ringkas aku boleh bagi... jangan silang kaki, duduk tegak dengan tenang, senyum, cakap dengan jelas, kurangkan pergerakan tangan, JANGAN JADI PASIF! kalau kau pasif memang silap la. macam peluang dah ada depan mata tapi kau berjalan je nak rebut peluang tu. walhal yang lain berlari siap naik jet lagi. tapi bila dah tak pasif kau jangan terlalu poyo lak. macam kawan aku.. (interview kelab). orang tu tanya soalan kat aku, tetiba dia yang jawab. haha. aku rilek je la sebab aku nak try nasib je. hehe. tapi kat situ leh amik pengajaran lah. 

Fourth - kalau tempat interview tu jauh dan korang tak pernah pergi, sila lah bukak google maps. hahaha. serious ni. dan jangan lupa book hotel/motel/rumah tumpangan. senang nanti tak payah nak cari-cari dah. 

Fifth - bawak pen. susun sijil ikut tahun. yang paling baru dan diikuti paling lama. then jangan lupa sarapan. kalau boleh beli la biskut. mana tau lapar masa nak daftar ke. hee. then, apa lagi ek.. haa minum banyak air. jangan dehydrated. tak nak dalam bilik interview nanti kau nampak macam tak bermaya je. emmm tu je kot. kalau ada apa-apa nanti aku update lagi.

kalau ada apa nak tanya u guys can just email me at aisyahawien@gmail.com kalau aku tahu, aku jawab. insyaAllah. all the best! ingat rezeki Allah yang bagi. :) kerja kita buat yang terbaik je. mulakan dengan baik dan habiskan dengan lagi baik. thats all from me, harap bermanfaat. goodluck~

i would be happy if u can give some response in comments below. 

Monday, February 2, 2015

kenapa lama tak update blog?

salam. hello! :D

hehe. sekarang ni cuti semester. yahoo! tolong jangan tanya apa rutin harian aku. hehe. tapi at least aku tak ada la melingkaq atas katil ja. tau dak melingkaq tu apa? hahaha.

so... aku lama tak update blog sebab somehow masa aku dekat U tak begitu lapang. ada ja time nak rilek-rilek tapi, tak membangunkan mood aku nak blogging ni. besides, aku perlukan masa yang lama untuk update blog. bukan sebab susah atau wifi USMSecure slow, tapi sebab aku nak feel okay. feellll bebeh. hahaha. kadang-kadang tu pulak, bila dah buka blog.. aku jadi blur. walhal banyak gila benda aku nak kongsikan. hahha. apa-apa pun.. YAY CUTI SEMESTER! hahaha

salam sayang.
awien.

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...