Wednesday, March 4, 2015

halatuju lepas SPM

assalamualaikum dan salam sejahtera. so, result SPM dah keluar. apa cer?

first aku nak cakap, redha la dengan result korang tu. benda yang lepas jangan dikenang. kau dapat result SPM teruk? x payah nak menyesal sedih bagai kenapa kau x study 5 bulan awal or whatsoever lah. x perlu. just ambil pengajaran.  sepatutnya, waktu ni kau kena ligat mencari jalan mana hala tuju kau. percayalah aku, aturan Allah tu dah cukup cantik untuk kita. aku bukan nak jadi cliche kat sini, tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku. cukup manis.

okay. aku nak kongsi sikit pasal halatuju selepas SPM. aku tak ada la senior sangat bab ni tapi, aku suka berkongsi bab ni. kalau ada permohonan jadi fasilitator untuk program2 selepas SPM ni memang aku nak sangat masuk sebab lepas SPM ni lah kehidupan sebenar korang bermula.

ok. aku letak link kat sini. korang masuk group fb ni. ada kaunselor yang tubuhkan group ni. group facebook halatuju pendidikan selepas spm



klik link kat bawah kalau nak beli buku panduan selepas SPM. x mahal pun. KAU TEKAN LINK TU SEKARANG!


then korang leh semak post2 lama aku dalam blog ni. kalau rajin and rasa nak tambah ilmu, pergi la tekan link link yang ada. serious aku cakap, maklumat di hujung jari, kalau kau rasa kau nak ilmu, pergi klik dan baca. tiada paksaan. kalau malas scroll, pergi dekat sebelah kanan aku dah classified. 

untuk yang result x berapa banyak A sebab korang datang lambat, yang lain dah ambil banyak A tu (lawak hambar)... jangan seteghessss. A bukan penentu segalanya. bilangan A bukan penentu tawaran U yang korang akan dapat. pengambilan student adalah berdasarkan merit.


kawan aku seorang tu, aktif kokurikulum, dapat 8A, ketua pengawas lagi.. dia mohon asasi undang-undang tapi x dapat. walhal aku dapat kurang 8A dah dapat surat tawaran asasi undang-undang. aku bukan nak riak ke apa tapi aku nak buktikan kat sini yang bilangan A bukan penentu kemasukan ke sesebuah IPTA. !

ni laman web MARA. jangan nak menggedik rasa MARA ni low class. aku cepuk jugak kang. jangan cakap.. ala, x nak masuk kptm.. x de class.. x nak masuk situ.. nak masuk UITM jugak.. kalau aku dapat budak macam ni, memang aku tenyeh2 dia.. ada impian nak masuk tu x pe, kemudian-kemudian hari mana tahu leh sambung pengajian dekat universiti impian korang. tapi kalau jenis memilih ni payah. nak yang branded je. adik, x kisah la awak duduk mana yang penting proses belajar tu. nah. TEKAN LINK, BACA, HADAM DAN ISI. 


perkara penting korang kena alert.. TARIKH TUTUP PERMOHONAN! tolonglah alert bab ni. jangan terlalu lambat mengetahui sesuatu. 

okay. ada yang runsing result SPM low, so dia takut nak kerja apa nanti. JANGAN! as i said before, jangan risau pasal result korang. macam ni la, aku dah jumpa ramai senior, pakcik makcik study kos lain, kerja lain. lagipun kerja ni semua rezeki Allah. macam mana sekalipun lepas kita usaha dan merancang bagai.. at one point kita akan serah segalanya bulat-bulat dekat Allah sebab Dia maha berkuasa. makanya wahai adik-adik, bila awak isi UPU atau sebarang permohonan, pilih la kos yang anda minat. KOS YANG ANDA MINAT! bila awak minat, awak jadi lebih produktif, kreatif dan segala yang baik-baik. idea akan datang sendiri. 

buat sementara ni, banyak ni je yang terlintas kat fikiran aku. kalau ada apa2 aku nak kongsi lagi nanti aku bagitahu. kalau korang nak tanya apa2 just tulis kat comment. and kalau nak secara personal, u guys can je facebook me. kau jangan hack facebook aku lak. aku tampor kang. ok lah. thats all from me. all the best! 

nak gi kuliah niiii~

3 comments:

  1. Nice entry! Betul tu, adik adik should keep on moving forward!

    Permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM)!untuk kemasukan Julai 2015 tengah dibuka online dari 3 Mac sehingga 16 April 2015. Apa kata adik adik mohon?

    Bagi yang sedang bersedih = http://syahmizaludin.blogspot.com/2015/03/result-spm-teruk-ada-masa-depan-ke.html

    ReplyDelete
  2. Salam mesra..

    Jemput join Segmen Bloglist Mei-Jun CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  3. Makaseh kak ! Sangat membantu ^^

    ReplyDelete

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...