Showing posts with label after spm. Show all posts
Showing posts with label after spm. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

halatuju lepas SPM

assalamualaikum dan salam sejahtera. so, result SPM dah keluar. apa cer?

first aku nak cakap, redha la dengan result korang tu. benda yang lepas jangan dikenang. kau dapat result SPM teruk? x payah nak menyesal sedih bagai kenapa kau x study 5 bulan awal or whatsoever lah. x perlu. just ambil pengajaran.  sepatutnya, waktu ni kau kena ligat mencari jalan mana hala tuju kau. percayalah aku, aturan Allah tu dah cukup cantik untuk kita. aku bukan nak jadi cliche kat sini, tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku. cukup manis.

okay. aku nak kongsi sikit pasal halatuju selepas SPM. aku tak ada la senior sangat bab ni tapi, aku suka berkongsi bab ni. kalau ada permohonan jadi fasilitator untuk program2 selepas SPM ni memang aku nak sangat masuk sebab lepas SPM ni lah kehidupan sebenar korang bermula.

ok. aku letak link kat sini. korang masuk group fb ni. ada kaunselor yang tubuhkan group ni. group facebook halatuju pendidikan selepas spm



klik link kat bawah kalau nak beli buku panduan selepas SPM. x mahal pun. KAU TEKAN LINK TU SEKARANG!


then korang leh semak post2 lama aku dalam blog ni. kalau rajin and rasa nak tambah ilmu, pergi la tekan link link yang ada. serious aku cakap, maklumat di hujung jari, kalau kau rasa kau nak ilmu, pergi klik dan baca. tiada paksaan. kalau malas scroll, pergi dekat sebelah kanan aku dah classified. 

untuk yang result x berapa banyak A sebab korang datang lambat, yang lain dah ambil banyak A tu (lawak hambar)... jangan seteghessss. A bukan penentu segalanya. bilangan A bukan penentu tawaran U yang korang akan dapat. pengambilan student adalah berdasarkan merit.


kawan aku seorang tu, aktif kokurikulum, dapat 8A, ketua pengawas lagi.. dia mohon asasi undang-undang tapi x dapat. walhal aku dapat kurang 8A dah dapat surat tawaran asasi undang-undang. aku bukan nak riak ke apa tapi aku nak buktikan kat sini yang bilangan A bukan penentu kemasukan ke sesebuah IPTA. !

ni laman web MARA. jangan nak menggedik rasa MARA ni low class. aku cepuk jugak kang. jangan cakap.. ala, x nak masuk kptm.. x de class.. x nak masuk situ.. nak masuk UITM jugak.. kalau aku dapat budak macam ni, memang aku tenyeh2 dia.. ada impian nak masuk tu x pe, kemudian-kemudian hari mana tahu leh sambung pengajian dekat universiti impian korang. tapi kalau jenis memilih ni payah. nak yang branded je. adik, x kisah la awak duduk mana yang penting proses belajar tu. nah. TEKAN LINK, BACA, HADAM DAN ISI. 


perkara penting korang kena alert.. TARIKH TUTUP PERMOHONAN! tolonglah alert bab ni. jangan terlalu lambat mengetahui sesuatu. 

okay. ada yang runsing result SPM low, so dia takut nak kerja apa nanti. JANGAN! as i said before, jangan risau pasal result korang. macam ni la, aku dah jumpa ramai senior, pakcik makcik study kos lain, kerja lain. lagipun kerja ni semua rezeki Allah. macam mana sekalipun lepas kita usaha dan merancang bagai.. at one point kita akan serah segalanya bulat-bulat dekat Allah sebab Dia maha berkuasa. makanya wahai adik-adik, bila awak isi UPU atau sebarang permohonan, pilih la kos yang anda minat. KOS YANG ANDA MINAT! bila awak minat, awak jadi lebih produktif, kreatif dan segala yang baik-baik. idea akan datang sendiri. 

buat sementara ni, banyak ni je yang terlintas kat fikiran aku. kalau ada apa2 aku nak kongsi lagi nanti aku bagitahu. kalau korang nak tanya apa2 just tulis kat comment. and kalau nak secara personal, u guys can je facebook me. kau jangan hack facebook aku lak. aku tampor kang. ok lah. thats all from me. all the best! 

nak gi kuliah niiii~

Sunday, February 15, 2015

interview usm. how i prepared?

salam. hai. minggu UPU dah tamat kan? ke belum? aku x update la hahhaa. biasalah zaman dah berlalu. so apa aku nak share kat sini ialah apa aku prepare untuk interview dietetik.

kalau korang tengok post bawah-bawah, aku dah share pasal interview aku dulu. but then i just wanna share it again. why? because you must well-prepared!

tips aku..

First - check kau dapat ke tak temuduga. ada segelintir tu Universiti akan hantar mcj bagitahu diaorang dapat interview tapi untuk kepastian dan langkah berjaga-jaga, lebih elok kalau korang selalu update dan check sendiri kat laman web. maksud aku disini, jangan tunggu dapat mcj. haha.

Second - macam aku dulu, aku tak ingat aku pilih kos apa. then bila dapat interview aku sendiri macam 'eh aku memang pilih ke kos ni??' haha. tapi tak mengapa. korang still ada masa. so masa yang ada tu gunakan sebaiknya.

  • cari segala yang berkaitan dengan kos korang. cari peluang pekerjaan yang ada. semualah yang berkaitan dengan kos korang. make sure u r keep on track. jangan cari banyak maklumat then korang tercampur itu ini. haha. haru weh. 
  • search background universiti pilihan korang. macam siapa dekan dia.. VC dia.. semua lah. tapi aku x buat pun dulu. sebab tak ada orang bagitahu pun. dan alhamdulillah tak ditanya. haha. aku dah la lemah bab ingat nama ni. hehe. so optional. kalau korang rasa perlu ingat.. sila lah hafal
  • cari la senior sorang. korang rujuk. sekarang semua di hujung jari. haha. facebook kan ada. facebook connecting people.
Third - dress good. clean. pergi la search cara-cara afdal nak duduk macam mana.. nak cakap macam mana.. secara ringkas aku boleh bagi... jangan silang kaki, duduk tegak dengan tenang, senyum, cakap dengan jelas, kurangkan pergerakan tangan, JANGAN JADI PASIF! kalau kau pasif memang silap la. macam peluang dah ada depan mata tapi kau berjalan je nak rebut peluang tu. walhal yang lain berlari siap naik jet lagi. tapi bila dah tak pasif kau jangan terlalu poyo lak. macam kawan aku.. (interview kelab). orang tu tanya soalan kat aku, tetiba dia yang jawab. haha. aku rilek je la sebab aku nak try nasib je. hehe. tapi kat situ leh amik pengajaran lah. 

Fourth - kalau tempat interview tu jauh dan korang tak pernah pergi, sila lah bukak google maps. hahaha. serious ni. dan jangan lupa book hotel/motel/rumah tumpangan. senang nanti tak payah nak cari-cari dah. 

Fifth - bawak pen. susun sijil ikut tahun. yang paling baru dan diikuti paling lama. then jangan lupa sarapan. kalau boleh beli la biskut. mana tau lapar masa nak daftar ke. hee. then, apa lagi ek.. haa minum banyak air. jangan dehydrated. tak nak dalam bilik interview nanti kau nampak macam tak bermaya je. emmm tu je kot. kalau ada apa-apa nanti aku update lagi.

kalau ada apa nak tanya u guys can just email me kalau aku tahu, aku jawab. insyaAllah. all the best! ingat rezeki Allah yang bagi. :) kerja kita buat yang terbaik je. mulakan dengan baik dan habiskan dengan lagi baik. thats all from me, harap bermanfaat. goodluck~

i would be happy if u can give some response in comments below. 

Friday, May 24, 2013

RAYUAN UPU dan lain2

hye..

rayuan UPU dah bukak.. so, bagi yang nak try lagi sekali.. boleh la bukak laman web ni..


so.. tips aku untuk buat rayuan kali ni..

pergi ke laman web ni. CEPATTT!


kat situ, korang boleh tengok kelayakan program korang berdasarkan result SPM. so, kemungkinan nak direject tu.. tipis la sikit.. kalau kena reject sekali pun, maybe sebab markah merit tak cukup atau tak ada kekosongan program yang korang kehendaki. yang penting, JANGAN BERPUTUS ASA ok?!

macam kawan aku seorang ni, dia memang tak layak nak masuk/ isi UPU sebab result dia x cukup walaupun tak failed.. so, aku cadangkan try la mohom kptm..


jangan isi melulu je ok? pergi la tgk syarat2 kelayakan dia. semua ada dekat page tu ok?

then, kalau x boleh jugak.. apa kata try minta kerja dekat SPA ni?? jap ek, nah link..


kerja korang maybe akan start dari pembantu tapi, sah2 la kerja kerajaan. insya-Allah nanti naik pangkat :)

ataupun, leh terus bukak link kat bawah ni dan daftar akaun baru bagi yang belum daftar..


x pun, korang try je isi borang ni ok??


all the best my friends!! jangan biarkan kesilapan lampau menghantui masa depan kita. jangan biarkan semangat kita jatuh, AYUH.. bangun bergerak berlari ke hadapan dengan genggaman kejayaan ! Insya-Allah :)

Thursday, May 23, 2013

masalah tawaran online

salam..

adoi.. aku tak decide lagi nak pi mana nih.. huhuhu.. serious buntu.. pikiaq sana, nak sini.. pikiaq sini, nak sana.. last2 dapat tau ada tawaran dari UniKl. pergh.. lagi pening derr.. aku tau dapat tawaran pun sebab ada nombor yang tidak dikenali mcj , cakap tarikh pengesahan dilanjutkan. aku yang tak dak kerja lak.. balas mcj dia. "x tau pun dapat tawaran". hahhaha.. APA DIA LA~~~


UniKl siap nyatakan.. UNIKL WILL NOT SEND ANY DOCUMENT. aicecece. maksudnya, x dak surat tawaran la nah?? btw.. aku masih pening nak masuk mana.. 

ISTIKARAH~ ye laa..

aku lebih suka kalau dapat surat tawaran dari surat yang dihantar oleh posmen. baru feel gituuuuu~ ahakss

btw, harap Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk aku. aminn. goodluck you all !!


p/s: tadi terrrr-mimpi taufiq. he's being nice and sweet. so romantic. *cairrrrr* oh my gosh. buat aku rasa rindu lak kat dia. huhuhuhu

Sunday, May 19, 2013

jom la semak... dapat UITM mana :) hehhe. surat tawaran UITM

salam... dah dapat tawaran UPU? nak chech surat tawaran pulak? hhehehehhe

first.. tekan link ni..(tadi tekan direct link, x dapat.. so, buat perlahan-lahan k?)



then.. tekan kotak KEPUTUSAN dekat sebelah kanan tuu...

nanti korang nampak.. 

semakan keputusan permohonan ke uitm dan semakan panggilan temuduga.. klik link SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE UITM *dah sah2 la kan. hahaa*...

lepas tu.. klik link YANG BERPATUTAN ( program asasi/diploma/sarjana muda sains (kepujian) senibina (AP 243) *kalau x tau nk klik mana* )

TADAAAA~!!!!

ni la link yang sepatutnya... :)


so.. dapat uitm mana? share2 la sikit .. heheh

CEQ DAPAT DEKAT JO.... HEHEHHEHEH

Friday, May 17, 2013

kebaikan asasi :) matriks macam mana pulakkkk???

salam..

kepada mereka yang tidak berjaya dalam permohonan UPU, jangan la sedih2.. dengar cerita, 21hb ni boleh check UPU lagi sekali sebab khabarnya, keputusan 17 mei ni bukan keputusan semua Universiti. betul ke x? wallahualam. tapi, sekiranya masih x berjaya, jangan putus asa.. boleh try buat rayuan pada 24 Mei ni..

bagi yang berjaya- TAHNIAH.. jangan merungut kalau x dapat kursus yang diminati.. at least, dapat apa yang minx dalam borang UPU kan??

so,confuse matrikulasi dan asasi? hm... moh tengok kelebihan ,keburukan, perbezaan deme......



MATRIKULASI

  • under kerajaan. x payah bayar dan dapat elaun lagi haa
  • susah nak masuk
  • cepat tamat pengajian boleg direct masuk degree-jimat masa
  • subject compact dan pembelajaran laju
  • kurang practical
  • perlu kekal result yang gempak atau boleh ditendang
  • kadang2, result 3.5 belum tentu pi jauh
  • x leh cari kerja guna sijil matrikulasi
  • persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran ala Universiti
  • banyak pilihan kursus yang boleh dipohon ke Universiti nanti
  • kos hidup tinggi kalau jauh dari tempat asal walaupun ada biasiswa
  • perlukan komitmen yang tinggi

ASASI/FOUNDATION

  • dapat biasiswa kecuali under IPTS
  • susah nak masuk
  • cepat tamat pengajian-terus gi degree
  • kurang praktikal
  • kena dapat result gempak atau "bye-bye"
  • kalau lulus, course untuk degree lebih terjamin dari matrikulasi 
  • sijil x boleh digunakan untuk cari kerja
  • persekitaran baru dan kemudahan serta pembelajaran universiti
  • kos hidup tinggi kalau jauh
  • kekangan masa
  • perlu komitmen yang tinggi

ini je la yang aku dapat pun.. huhu.. dengar cerita, kalau dapat asasi KPTM, lagi untung,. wow, cne ni ek?
hhhahahaha

apa2 pun, bersyukur dengan apa yang kita dapat. kalau confuse nk pilih apa, moh la buat istikarah..

firman Allah S.W.T
"..boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah mengeahui sedangkan kamu tidak mengetahui" al-Baqarah:216



Thursday, May 16, 2013

SEMAK UPU WAHAI PELAJAR LEPASAN SPM 2012

salam dan selamat sejahtera *baca laju2. den x sabau nak poie check keputusan upu nih*

CEQ X SABAQ NAK CHECK UPU NII!! MAI LA KLIK LINK NII!!!!!! 17HB!!!

semakan boleh dibuat dengan...


  • ONLINE

  • SMS
Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888


BILA PENDAFTARAN UPU ??

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA dan Politeknik Premier dijadualkan seperti berikut;

  • Program Diploma IPTA – 3 Jun 2012.
  • Program Diploma Politeknik Premier – 8 Julai 2012.
  • Program Asasi
    • Asasi Sains Pertanian UPM – 17 Mei 2012
    • Asasi Sains UMS – 21 Mei 2012
    • Asasi Pintar UKM – 23 Mei 2012
    • Tamhidi USIM – 23 Mei 2012
    • Asasi Sains & Asasi Pengajian Islam UM – 27 Mei 2012
    • Asasi Sains UNIMAS – 27 Mei 2012
    • Asasi UIAM – 2 Jun 2012
    • Asasi UiTM – 2 Jun 2012
    • Asasi UPNM (Pelajar Kadet) – 20 Mei 2012
    • Asasi UPNM (Pelajar Awam) – 24 Jun 2012 

MOHON BANTUAN KEWANGAN BAGI PELAJAR ASASI




RAYUAN UPU


syarat-syarat

  • hanya kepada calon yang gagal menerima tawaran ke IPTA/politeknik premier
  • kemuka permohonan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi diumumkan
  • calon yang gagal menerima tawaran ke IPTA namun mendapat tawaran ke matrikulasi MASIH boleh kemuka permohonan rayuan.. (tetapi masa proses back-end, calon yang sudah berdaftar dengan matrikulasi tidak akan dipertimbangkan kemasukan ke IPTA)
  • dasar pilih kes rayuan untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian (doa2 la ada tempat kosong)
  • keputusan rayuan dijangka pada minggu kedua Jun. 
  • jika tiada tawaran dari IPTA selepas empat minggu dr tarikh pendaftaran IPTA, rayuan dianggap gagal.

GOODLUCK RAKAN2 SEPERJUANGAN :)









Thursday, May 2, 2013

persiapan matrikulasi (update)

salam..

baru habis matrikulasi. baca ni dulu a little thing about KMKu

minggu ni, aku tengok ramai jugak kawan-kawan aku yang busy buat persiapan ke matriks. haha.. aku pun nampak gaya macam nak ke matriks je.. dulu masa sekolah , tolak habis-habisan matrik ni.. hehehhe.. dulu tak matang lagi lerr.. :P


klik je link tu.. actually, korang leh check panduan ni dekat laman web matriks masing-masing... mesti ada tulis punya..

lepas tu. jangan lupa print borang pendaftaran pelajar baru.!!! penting untuk tahu dokumen apa yang perlu dibawa...



btw, ramai la jugak tak tahu bila mai dia tulis "Semua salinan dokumen hendaklah disahkan benar oleh 
pegawai kategori A." so.. korang tahu ke kategori A ni ape??? nak aku terang? boleh jee :)


aku pun check la ape yang best sangat kolej mara ni.. ape laaaa benefit dia kan... haa.. ada banyak la jugak. first, dah terang-terangan habaq kolej mara.. bukan sebarang matrikulasi :P thenn...
kelebihannyaaa...... (boleh check dekat laman web matriks korang)

  • Bantuan elaun pengajian daripada MARA, bagi yang berkelayakan (RM100 sebulan)
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman (lantikan JPA)
  • WiFi di Bangunan Akademik
  • Kemudahan Pusat Sumber
  • Bilik kuliah dan tutorial yang kondusif
  • Kemudahan koperasi
  • Penginapan disediakan percuma
  • Menyediakan khidmat kawalan sekuriti
  • Kemudahan dewan makan yang menyediakan menu 4 kali sehari secara percuma
  • Kemudahan kafetaria dan cybercafe
  • Kemudahan dobi (laundry)
  • Berhampiran dengan Masjid Air Merah
  • Berhampiran dengan pusat membeli-belah seperti Giant, Tesco dan The Store (10 minit dari kolej)
  • Yuran pengajian adalah *berpatutan:-
    • Semester 1: RM500.00
    • Semester 2: RM150.00
    • Semester 3: RM150.00

macam mana lak dengan keperluan?? hahha... bagi yg suka shopping, mesti enjoy bab ni. haha

aku tengok barang keperluan dari seniors ja.. klik dekat link okay?


so.. harap-harap faham. dan... goodluck untuk masa depan anda~

ni senarai matrikulasi.. bagi link terus. haaa. :) siap alamat, no telefon, faks.. hahha. amik kau ;)


Alamat Kolej Matrikulasi
Kolej Matrikulasi Melaka:Kementerian Pelajaran Malaysia
Londang, 78300 Masjid Tanah
Melaka
No Telefon : 06 - 3847778
No Faks : 06 - 3847190
Laman Web: www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak:Kementerian Pelajaran Malaysia
31600 Gopeng
Perak
No. Telefon : 05 - 3594949
No Faks : 05 - 3594413
Laman Web: www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan:Kementerian Pelajaran Malaysia
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
No. Telefon : 06 - 4841825/26/27/28/29
No Faks : 06 - 4841821/19
Laman Web: www.kmns.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah:Kementerian Pelajaran Malaysia
Jalan Changlun-Kodiang
06000 Changlun
Kedah
No. Telefon : 04 - 9286100
No Faks : 04 - 9242178
Laman Web: www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang:Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Seberang Perai
Pulau Pinang
No. Telefon : 04 - 5756090
No Faks : 04 - 5757389
Laman Web: www.kmpp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang:Kementerian Pelajaran Malaysia
26300 Gambang
Pahang
No. Telefon : 09 - 5495000
No Faks : 09 - 5498612
Laman Web: www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perlis:Kementerian Pelajaran Malaysia
02600 Arau
Perlis
No. Telefon : 04 - 9868613/614/615/616
No Faks : 04 - 9868542
Laman Web: www.kmp.matrik.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang:06300 Kuala Nerang,
Kedah
No telefon : 04 - 7867250
No Faks : 04 - 7867254
Laman Web: www.mrsmkm.edu.my/kualanerang
Kolej Matrikulasi Labuan:Kementerian Pelajaran Malaysia
Jln OKK Daud, Merinding,
Peti Surat 81753
87027 WP Labuan
No. Telefon : 087 - 465311
No Faks : 087 - 465715
Laman Web: www.kml.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim:09000 Kulim,
Kedah
No Telefon : 04 - 4906422
No Faks : 04 - 4906426
Laman Web: www.kmkulim.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor:Kementerian Pelajaran Malaysia
84900 Tangkak
Johor
No. Telefon : 06 - 9781613
No Faks : 06 - 9781672
Laman Web: www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi
Teknikal Kedah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Pokok Tai
06720 Pendang
Kedah
No. Telefon : 04 - 4682508/4689
No Faks : 04 - 4682281
Laman Web: www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi
Teknikal Johor
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Mukim Rimba Terjun
82000 Pontian
Johor
No. Telefon : 07 - 6881630
No Faks : 07 - 6881631
Laman Web: www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi
Teknikal Pahang
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
26400 Bandar Tun Abdul Razak
Jengka, Pahang
No. Telefon : 09 - 4677103/4661106
No Faks : 09 - 4661148
Laman Web: www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi SelangorKementerian Pelajaran Malaysia
Kolej Matrikulasi Selangor
Kathong, Mukim Jugra
42700 Banting
Selangor
No. Telefon : 03 - 31201410
No Faks : 03 - 31201372
Laman Web: www.kms.matrik.edu.my




NAK TAHU KEHIDUPAN KOLEJ MARA KULIM? TEKAN LINK NI>>  http://bemininate.blogspot.com/2014/05/matrikulasi-done-bye-bye-kolej-mara.html


p/s: matrikulasi aku ada laundry. hahhahah.. selamat x payah basuh baju dengan tangan. YAHOOOOO!

Thursday, April 25, 2013

semakan temuduga kursus perguruan lepasan sijil malaysia.(KPLSM)

hye..

bagi mereka yang mohon KPLSM ni... dah boleh semakan panggilan temuduga.. goodluck ye :)

teringat cikgu masa darjah 2. baik sgt :) penyayang. 

KLIK --->

orang cakap, lelaki senang jadi cikgu. x tahu la betul ke x.. yang pasti.. perempuan bersaing lebihh lagi. hahha


check kemasukan ke matriks

hye. sekarang dah boleh check kemasukan ke matrikulasi. aku ingat kan keluar pukul 4.00 ptg. tgk2 keluar awal lagi.. tu pun untung classmate aku post kat group fb. btw, goodluck.

SEMAKAN KE MATRIKULASI

aku dapat~ hehhehe

all the best!

Wednesday, April 24, 2013

keep up to date.

haih.. kalau dulu, budak lepasan spm sibuk dengan permohonan ke Universiti pilihan masing-masing. sekarang, sibuk check panggilan temu duga lak. bagi yang selalu hadap laptop, cepat je tahu itu ini. orang macam aku ni... kurang berpeluang sangat.

membantu jugak bila ada ramai kawan time-time macam ni. tapi tgk jenis kawan la. kalau dapat kawan yang selalu share maklumat... untung laa >.< .. tapi kalau kawan sendiri nak mecej pun payah.. alamat- nasib badan la. hahha.

so, harap-harap rakan seperjuangan aku kat luar sana tak ketinggalan tarikh-tarikh penting. x yah la kedekut. lagipun ni kan melibatkan masa depan GENERASI KITA. :) macam mana negara nak maju kalau rakyat tak berjaya.

oleh kerana itu.. aku selitkan tarikh-tarikh penting yang sewajarnya pelajar lepasan spm tahu. :)

p/s: kalau ada maklumat tambahan, bagitau laa. huhuhuhu

-tak boleh nak check matriks. semalam okay je. uhuhu

klik bawah untuk lihat,
TARIKH-TARIKH PENTING



 ALL THE BEST BAGI YANG DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA!!!!!

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...