cantik seseorang terserlah melalui akhlak dan ilmunya. cantik ini
yang menarik minatku. bukan terletak pada luaran semata.

Monday, January 16, 2017

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :)

hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan senang, memerlukan semangat yang kuat serta kerajinan yang tinggi. Jadi boleh agak la aku actually excited nak cerita pasal Kem MPDM ni hehe.

so, event berlansung di Perlis, Tasoh Lake Resort pada 13 & 14 Januari 2017. Ada dalam 30 lebih ahli keluarga MPDM dan aku salah satunya sebagai AJK Aktiviti.

Antara AJK Aktiviti ialah

dari kiri : Kak Yanee, saya (apesal tersengih cmtu nyampahnye haha), Sean dan Amir

ini lah Ajk aktiviti nyee. selain dari Amir, yang lain adalah Exco Sukan. Sean dia Hicom MPDM yang memantau Exco Sukan. Sean baik sangat sebab.. baik la banyak tolong hahahha

Event bermula dengan sesi ice breaking serta taklimat oleh AJK Aktiviti
Briefing

Jump In Jump Out Game

Shopping Game

hehehehehe

serious aku agak nervous although aku suka jadi fasi and handle benda-benda macam ni. so lepas ice breaking, makan lunch. serious cakap, SEDAP gila makanan. nah tgk sikit



hahaha. pastu check in bilik.. berbukit bukau dengan beg banyak nak mampus (biasa la nak balik rumah...) bersebelahan bilik dengan mantan MPP yg gila-gila sikit hehe.. lepas tu, boleh pulak aku salah bilik.. terseksa jiwa dan raga naik turun tangga dengan beg banyak haha. siot betul! then lepas masuk bilik dgn tiba-tiba air mineral aku tertumpah. like aaaaaaaaaaaaaaa whats happening? then lap lap lah.. and get ready untuk event petang.

having Kak Anis and Musliyana sebagai roomate memang.... memang boleh buat bilik tu sebagai bilik karaoke. haha. kalau aku start nyanyi, nanti Kak Anis akan sambung lepas tu, Mus pulak sambung. kadang-kadang kami nyanyi sekali walaupun lirik berterabur. kadang-kadang tu dalam tandas pun sibuk nak join nyanyi haha. cakap pasal tandas, shower bilik aku slow gila. slowwww nak mati lah. haha. lepas tu bowl jamban tu bunyi "blup blup blup". mula-mula seram, lama-lama kelakar. aku x tahu kenapa ada bunyi macam tu. ada orang bernafas bawah tu ke? erk

then semua berkumpul dalam dewan untuk game sesi petang. masa meeting dulu, ada orang suggest nak main dodgeball pukul 4 petang and i was like.. ko gile ke ape nak main bola time macam tu dekat Perlis? hahha. serious panas.. x sanggup wehhh hahha. kalau dekat kelantan lagi-lagi hujung dan awal tahun cuaca dia sejuk-sejuk suam gitu. Tapi bila aku balik Utara, memang aku duduk rumah je sebab dan terbiasa dengan cuaca Kelantan. lepas tu kena marah sebab terperuk dalam rumah hahaha.

masa petang kita main game Goreng Pisang, main game Kupu-Kupu then last but not least, MUSICAL CHAIR. weh game ni epic lah hahaha.

video


lepas game petang then kita ada sesi bergambar. rugi la pergi tempat-tempat lawa tapi x bergambar kan. hehe.

gambar lompat adalah kemestian!

spreading love
haha

and of course.. MANNEQUIN CHALLENGE! USM Soaring Upwards!

video


and then, kita lepak-lepak je aktiviti bebas.. melawat lembu ehe~

video


lepas tu semua ready-ready untuk aktiviti malam which is pembentangan setiap Exco. this is me doing the slides haha

semua main phone sebab free wifi ke? >.<

lepas habis bergambar, yang lain ada tolong Abe Jo masak. then Kak Anis, Megat, Sean dengan Aku nak tubik beli roti. beli roti je pun tapi keluar sampai 4 orang haha. Actually aku nak ambil duit dekat ATM haha. sesi bakar ayam berterusan sampai malam. gilir-gilir etep. tapi ade je yang tak mandi. siapa lah tu haha.

muka Megat yang cuak dan gabra haha.

so malam tu kita makan-makan waduhh sedap gilaaa lah! ayam BBQ x yah cerita memang sedap.. tapi yang paling meletopppp.. SUP ABE JO! uhuhuhu sedapnye. dah terliur bila ingat balik. aku dah la suka sup. serious rasa nak bawak balik je satu periuk hehehehe. ditambah pula buah kegemaran iaitu tembikai. perut ni x yah cakap la, kembung ajew. hehe. then lepas habis makan, sesi diteruskan dengan bentangan idea oleh Exco. part bentang idea semua mata kuyu je kah kah kah.

tapi serious cakap la, balik bilik memang pheww. ngantuk gila. so tidurlah sekalian penghuni dengan nyenyak nya dan aku tidur sambil peluk baby bear. x menyesal aku bawak baby bear. ehe~

so esok dengan excited dan geramnya aku bangun awal pagi. Sean kata pukul 7.00 pagi kena berkumpul suda.. aku macam.. bila bangun rse geram je sebab kena bangun awal so, aku call Sean. TIGA KALI DIA TAK ANGKAT! Aku tahu dah sah-sah dia lewat bangun. hergh... then dah siap-siap mandi semua, aku pun berjalan ambil angin..

pemandangan yang cantik. Subhanallah

so tunggu semua berkumpul memang kembung jugak perut aku dengan angin lol. lepas makan, semua bergerak untuk aktiviti berhalangan. 3 halangan je tapi memang fun lah haha. antara aktivitinya..

Bacaan doa oleh Farhan sebelum aktiviti dimulakan

Seorang Aisyah memanjat tembok tinggi

Masa first try x berjaya sebab actually.. aku malu Sean jadi booster. hahaha. pastu Abe Yie cakap kalau tak boleh tak pe, x payah buat. uishh. mane boleh. mesti la kena buat sampai boleh kan. depa tak tau I dulu dah berapa banyak pi kem panjat-panjat ni. haha

Selamat mendarat!

then, Dr Raja pun panjat juga. hebat juga ye Dr. hehehe

video

lepas panjat terus jadi cicak heheh


then aktiviti kedua, Spider Web

Abe Yie menunjukkan demo <3

Dia ni gayat. Panjat sambil berair mata tapi respect sebab dia finished what she has started! 

Sakinah tengok ape tuu hehe

Me in action!

then... halangan yang terakhir, MONKEY BAR.. aku ingat lagi lepas halangan tembok, ada orang tanya

"sekarang pukul berapa?"
"pukul 9.30 pagi"
"lahh baru pukul 9.30 ke? rasa dah lama. ingat bajet tembok sejam, spider web sejam,    boleh skip monkey bar"
hahaha. ramai tak nak main monkey bar sebab kalau jatuh kena bermandikan lumpur. Tapi, Abe Yie mulakan dengan menunjukkan semangat yang tinggi dan tauladan yang baik.

video
video edited by Dr Raja


walaupun aku main lontar peluru (assumed tangan kuat), aku pun rasa nervous sama je macam orang lain. hahhaa. malu gila part landing boleh terjatuh pulakkkk!! nasib tak kena lumpur. tak sangka ada yang tolong record. rasa terharu sangat. haha. Credit and Thanks to Adham Hakim

video


Narenda tergamam bila Alia kata aku buat 300 push ups setiap hari. hahhaa. Narenda hampir percaya. kah kah kah!

dah habis aktiviti, kita pun pulang ke bilik. adududu.. macam nak tidur je dalam bilik, xsey (tak nak) balik hahaha. tapi apakan daya hidup perlu diteruskan, so siap-siap barang, naik atas bas menuju ke Padang Besar. hehe. sementara siap tu sempat lagi karaoke dengan Kak Anis dan Mus. lagu nasyid pun kami nyanyi hahaha

bila dah sampai Padang Besar, aku ingat nak window shopping je tapi akhirnya aku shopping gak, habis Rm 100. haha. tara-tara nak jimat tuhhh. lol. disebabkan aku nak balik Kedah, aku naik KTM Arau means x ikut bas balik ke Kelantan la. masa otw ke KTM sesat jap haha. dah la tu, beg sampai 3 tak termasuk baby bear dengan barang yang aku beli dekat Padang Besar. bila sampai part nak naik tangga tinggi tu perghhhh... lemah nya. penat nak mampuihh. NASIB LA ADA ABANG SADO TOLONG. rasa terharu sangat. huhu. tq abam. 

so beli tiket and tunggu la train. shades masa dalam train sangat berguna sebab bila tidur tak nampak hodoh sangat. lol. I LOVE my spectacles!


so itulah pengalaman camping di Tasoh Lake Resort. tak pasti sama ada kenangan manis dan perasaan gembira ni sampai melalui penulisan aku (lama tak update blog, jari keras menaip). i really had fun with the others. <3




terima kasih semua.

SAYA SAYANG MURNI. SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA. SAYA SAYANG EHEM EHEM!

Jumpa lagi ye!

sekian.. terima kasih :)


Saturday, November 26, 2016

happiness in November


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. fuhh skema. hahaa.


So, dah berapa lama aku punya nak update blog tapi tak update pun sebab first, tak ada mood. Second, tak ada mood. hmm macam tu lah.

Sem ni aku tak ada lah masuk banyak event tapi aku banyak cuba benda baru macam, join keluarga MPDM, MRS, and even orchestra! I've met so many people. Yang best nya, kalau dulu jumpa macam krik-krik tapi sekarang boleh bertegur sapa, senyum lebar gittuw.. and of cos, semakin banyak crush aku. haha. (can't help it).


Orchestra 2016
Seriously, aku buta note. aku boleh baca do re mi macam tu tapi bila hang bagi aku score the suruh baca not A B C D semua tu aku memang tak boleh. haha. aku belajar tak habis. then, aku masa practise orchestra aku macam marah diri aku sebab ye lah kan, masa sekolah dulu aku belajar apa dekat SBS Band (Sultan Badlishah School Band). kenapa aku tak tau tu? kenapa aku tak tau ni? huhu. susah aku nak main euphonium guna score trombone.

Anyway, i've met so many talented person! amazing people. such an inspiration. contoh nya Boon Seng, Boss (Ong Chin Yee), and especially Sir Aaron. awal-awal tu aku ingat Sir Aaron ni student tau sebab ye lah kan.. dia duduk rilek je main trombone. then bila dia betulkan aku punya mistake masa practise orchestra lagi lah aku kagum dekat dia. rupa-rupanya, instructor Chung Hwa. haha. patut la. tapi Sir Aaron comel sangat. melting sekejap bila tengok dia. haha. (shhh. secret)

yang paling happy sekali, aku dapat berkenalan dengan pelajar Chung Hwa. Dua orang main saxophone (Hannah dan Le Yean), sorang main euphonium sama macam aku (Ai Cia) dan sorang lagi kalau tak salah aku, dia main percussion (Xiao Jun). sila lihat lampiran. haha.

Dari kiri ke kanan. Le Yean, Xiao Jun, Ai Cia dan Hannah
aku bersyukur sangat jumpa budak-budak ni. diaorang lah semangat aku nak pergi rehersal orchestra. hehe. Spend time dengan diaorang buat aku imbas kembali zaman sekolah. Especially dengan masa latihan dengan Sir Yap Ling. Kelakar orangnya haha. Seronok bila dia focus satu-satu masa latihan,buat aku teringat masa Sir Yong ajar dulu dekat sekolah. Kalau aku main salah note pun Sir Yong boleh tahu. Dah la garang gila tapi actually, Sir Yong baik sangat. hehe.

So, masa lepak-lepas dengan girls ni, aku belajar main saxophone dari Hannah. Aku agak kagum dengan Hannah sebab dia pandai berbahasa Mandarin. like whattttt. haha. Hannah ni agak peramah la and easy going. Aku senang dengan dia. Paling happy bila dia cakap aku fast learner sebab boleh belajar main saxophone dalam masa kurang dari sejam. Aku cakap dekat Hannah, aku pandai belajar sebab shes a great teacher. betul lah kan? hehe. Hannah ada jugak ajar aku bahasa mandarin. hehe. aku siap buat video lagi sebagai appreciation untuk diaorang. honestly, I am so grateful i've met them. From depression, I felt so alive. Alhamdulillah. Anyway, Hannah cakap aku cool. hehehe. (kembang kuncup I :P)

This is me with Le Saxophone. Acah sikit

With Le Teacher a.k.a Hannah, Saxophone player
Hannah cakap jangan lost contact. Frankly, aku tak tahu nak mcj apa dekat Hannah sebagai pembuka bicara tapi aku memang ada teringat dia. well, the memories remain. Apa-apa pun, thanks Hannah for the great moments. Wish you all the best in your studies. Stay cute!

Aku sertakan sekali video untuk gegirls ni haaaaa. sila la tgk.. korang faham ke bahasa Mandarin? haha


video


Booth CPR - Karnival Kampus 2016
sem ni, aku memang tak berapa ngam dengan teknologi haha. Phone hilang, charger laptop rosak, sim failed.. macam-macam lah haha. aku anggap itu semua adalah dugaan. huhu. anyway, as aku request dekat Asyihah untuk bukak booth CPR, aku minta tolong kawan-kawan aku Le Power Ranger Girls untuk tolong. Honestly aku rasa sangat bersyukur dan terharu dengan back up kawan-kawan aku ni. Rasa blessed sangat dapat Ain, Inaz, Una and Odah sebagai kawan aku.

ada sekali tu, aku balik rehat dekat bilik jap. plan nye pukul 1.30 sampai 2.30 ptg je. then masa rehat(tido) dalam bilik tu, Ain tumpang solat jap so aku sambung la tido haha, lepas tu bila Ain keluar, dia tak gerak aku pun sebab alasan nye aku tak suruh dan sebab dia tengok aku tido. alahaiiii~ lama jugak la aku tido pun :P

aku enjoy masa penat bersama kawan-kawan aku. Depa bukan je tolong aku bukak booth, siap tolong aku bersih-bersih sampah sekitar DU lagi. tetiba depa jadi ajk kebersihan secara bidan terjun. Ya Allah.. tak tau nak kata macam mana rasa dalam hati ni.

aku akan ingat kenangan-kenangan manis ni contoh, Ain seram naik moto dengan aku masa nak ambil mannequin haha.. Inaz penat berzumba sebab gigih teman aku.. main game kad (noob betul), uish.. macam-macam lah. hahhaa. haihhh

anyway.. terima kasih sangat-sangat semua yang membantu. Sarah, Dr Raja, Afiq, Abe Yie, Mus.. alaa banyakkk sangat. kalau aku list dalam ni memang penuh post nanti. terima kasih kepada mereka yang sentiasa membantu saya secara lansung atau tidak lansung. hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian :').

harap semua orang yang melawat booth CPR dapat pengisian yang baik.

Depa bergambar masa aku tidur dalam bilik haha

Haluu~ hehe

terang dekat pak cik ni. serious x tahu nk panggil pak cik atau abang so aku tanya
 "nak pggil pak cik ke abang?"

Bergambar selepas ambil mannequin hehe

ok lah. itu je untuk harini. sudah penat. haha. Terima kasih Allah kerana mengurniakan orang yang baik-baik di sekeliling aku. syukur alhamdulillah. jadikan lah aku manusia yang sentiasa bersyukur. :)

bye. thank you sebab baca, ehe~~

Tuesday, August 30, 2016

This is what i feel

Salam.

Supposedly aku update blog tentang praktikal aku di Shah Alam. So many things yang aku nak share tapi i'm just not in the mood.

Aku rasa penat sangat. As if i cannot bear whats happening inside me right now. aku duduk dekat rumah tak buat apa pun rasa penat. mungkin penat dengan apa yang aku fikir, atau apa yang aku rasa.

Tidur tak mampu hilangkan apa yang aku rasa ni. it does not fade away. i can just cry out of the blue. i feel helpless. i feel entah lah. all i want is to end this.

i did think about suicide several times tapi as a muslim, i wouldnt dare to do it. i just keep it as my thoughts. how.. where.. when..

i am so tired right now. i dont have a grip. i cannot feel happy. as if i am trapped in someone else souls. i dont enjoy eating as much as im used to. im hungry but i dont feel like eating. i cant smile. i dont know.

gosh i feel so tired right now.

i thought this feeling would fade away tapi dia berterusan since 2 sem lepas lagi. i can say this would ruin my life. i dont know where i belong anymore.

if you ask me anything, my answer would probably be "I Don't Know". frankly, semua macam blank. i wish someone can get into my muscle and give them a hug. because i lost grip. i would hit a pause button if i had one.

i would do anything if there is somehow any chances i could escape from this feelings, even for a second..

aku x tahu nak cakap dengan siapa. dan kalau aku bercakap pun, tak tahu nak cakap apa. aku tak tahu apa punca. i dont know!

so thats it. aku post ni dalam blog so that.. if... if anything happen to me, someone would get a clue what it is about. one of life lessons i learnt while im doing my practical was.. People Dont Care. Sure, you show tantrum or an attitude and they saw it. something definitely is wrong. but just because they knew, doesnt mean they care. unless you are someone to them.

However, aku rasa lega lepas tulis blog. it helps even a bit.

thats all. take care.

Struggling,
Aisyah.

Saturday, June 11, 2016

Memories Remain

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :) 

ni, salah satu penguat semangat aku. haha. take a look. 


aku selalu tahu, and selalu dapat this nice feelings bila awal-awal tak suka, lama-lama jatuh cinta. aaa gittew. haha

kalau kau baca post lepas aku pasal FESKI, korang boleh relate la dengan post yang ni. awal-awal aku rasa macam ada barrier and rasa saaaaangat lah tak boleh ngam dengan depa ni. but then, everything changed. sekarang aku rasa happy sangat bergurau, lepak-lepak dengan diaorang. aku tak kisah pun balik pukul 2-3 pagi and so on. sebab hati aku suka. rasa terhibur, gembira.. rasa terisi hati ni. serious. haha

susah aku nak translate perasaan aku dengan kata-kata ni. tapi yang aku tahu, aku happy sangat sem ni. kalau lah kan... kalau lah aku x jadi one of this FESKI's family, my life would be miserable this sem. haha. aku mungkin akan terperuk duduk dalam bilik melayan perasaan, then excessively tidur and so on.. maybe tapi alhamdulillah, those nightmares x berlaku. i spend my time well. kawan aku tanya tak serabut ke kerja-kerja macam ni.. apa yang boleh aku cakap..
"its worth it"
sooner or later, aku dengan mereka mungkin tak akan rapat macam ni dah since u know kerja-kerja dah habis (i hope not), maybe bila jumpa sekadar senyum ramah dan sebagainya tapi.. one thing for sure, even when the person left, the memories remained.

seronok mengenali perlbagai jenis characters and traits among the HICOMs. hehe. very interesting.

yang paling sweet kannnn.. masa awal-awal meeting Aiman bagi button badge. baaanyakk sangat, rambang mata iolss. haha. aiman ni betul-betul aiman runcit. lepas tu pulak, tetiba zaid suruh tutup mata. ingt kan nk buat apa. haha. rupa-rupa nya dia bagi buah tgn dia beli masa dia pergi LAOS. awhhh so sweetttt la u guys. aku suka sangat button badge dengan gelang tu. dapat-dapat terus pakai, x bukak-bukak dah. hehe. tq tauu. emm aku ingt malam tu nak buat bubur jagung or sandwich telur tapi hampeh x sempat. hahaha. emm len kali yee :D

ni button batch aiman kasik

ni lak gelang yang zaid bagi. ada gambar gajah hehe. 

thanks for everything. thanks for the memories. :) if you guys need help, just ask. i will be there, helping as much as i could.

with love,
Aisyah.

Tuesday, April 5, 2016

aku dan Feski 2016

assalamualaikum,

berakhir sudah FESKI sidang 2015/2016. tanggungjawab kali ni lebih berat dari sidang lepas tapi jujur aku cakap, pengalaman kali ini lebih manis dari sebelum nya. sangat manis. aku nak cerita pengalaman pahit manis ni, aku nk cerita perasaan aku yang orang mungkin tak pernah sedar. minta maaf kalau ada yang terasa bila baca tulisan aku ni. tapi aku percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan kalau aku x rasa apa yang aku rasa dulu, manis nya mungkin sedikit kurang dari apa yang aku rasa sekarang. hehe.

bersama Devotees (siyes aku x tau Devotees tu sapa tp suara depa best.)
okay, here it goes..

mula-mula aku dilamar Leen (Timbalan Pengarah) untuk jadi Bendahari atas dasar, aku ni jenis.. aku lupa Leen cakap apa tapi yang aku ingat sebab aku ada buku. dari sem 1 sampai sem skrg, aku akan ada satu buku khas aku, dalam tu aku catit perbelanjaan seharian dan sebarang event-event atau perkara penting. maybe dia nampak aku particular dari segi tu so, aku dilamar untuk menjadi Bendahari FESKI. okay, so meeting pertama. aku time tu tak rapat sangat dengan Leen dan hicom-hicom yang lain.. antaranya ialah..

Encik Zaid (sport science third year)
Encik Aiman
Cik Leen
Cik Sarah
Cik Bella
Cik Aisyah
Encik Faiz

tu je rsenye. ok. yg pasal Faiz ni kan, aku mula2 macam, ok kenapa dia jadi Bendahari 2? time tu aku rasa macam, "ala, aku boleh buat kot semua ni". tpi aku x de le menentang dia jadi Bendahari 2, sebab aku tahu two is better than one. lagipun kerja Bendahari ni penting ada junior untuk sambung lead sidang depan, so dalam macam pelik-pelik aku pun, aku nampak la kewarasan Faiz jadi Feski 2. haha. he is very helpful. very cooperative. seronok bekerja dengan Faiz. tapi aku mula-mula macam ada perasaan herghhh gak la dengan Faiz ni sbb dia macam, entah la. hahaha. nk kata poyo pun ada. first impression la. lepas tu dia x panggil aku akak lak tu, (not that aku kisah) rupa2 nya sebaya. ok la tu. pastu yang paling kelakar, Faiz pernah text aku..

"Aisyah, macam mana nk study Medic?"

aku dah blur time tu. macam... aaa... study mcm mne ek? kalau aku plan nye awal sem, tapi selalu study pun last minute. hahaha. then aku cakap la aku ni bukan Medic, aku ni PSK.. Faiz kata dia tahu.. hmm kesian lak aku time tu. sampai aku rujuk senior Medic aku.

okay sambung Feski.

okay. masa first meeting, bonding tu serious aku cakap, memang kurang lah. ok aku jujur, macam xde bonding mula-mula. haha. tambah lagi dengan Hicom lain macam x faham aku cakap apa, time tu aku rasa, aku tak nak bekerja dengan diaorang. aku rasa tak ngam. semata-mata diaorang tak nampak perspektif pandangan aku. tapi sebelum aku tarik diri tu, aku timbang balik keputusan aku tu. aku fikir masa tu, kenapa aku setuju nak jadi bendahari. first sebab aku nak tolong berdakwah. aku nak terlibat dalam usaha berdakwah tu. second, sebab aku dah setuju dengan Leen therefore, aku dah bersetuju akan commit dengan kerja berndahari ni. atas dua sebab ni, aku putuskan aku stay dalam Hicom Feski 2016 and aku akan just be professional. no feelings should be invovled. x perlu nk bagi pendapat whatsoever. itu pada awalnya. tapi lama-kelamaan lain pulak jadinya. :)

i must admit, x senang jadi bendahari. people will not like us. haha. itu perasaan aku. especially bila aku cut budget pengarah. hahahha. lepas tu asyik minta resit. not to mention aku keep on whatssap minta budget terbaru and so on. hahaha. tu baru pengarah, belum exco induk lagi. huhu. prinsip aku jadi bendahari ni dua je. satu ; berbelanja dengan berhemat. dua ; duit feski bukan duit saya,bukan duit awak, bukan duit kita. therefore, tiada siapa boleh belanja sewenang-wenangnya tanpa alasan yang munasabah. thats why aku minta list. list akan prevent korang beli barang yang tak sepatutnya dan list juga akan buat korang nampak apa korang nak buat, beli or whatsoever lah kan. so, aku sebagai bendahari maybe annoy korang sometimes tapi, im just doing my job. harap memahami. nothing personnal.

yang merapatkan ukhuwah, yang menguatkan bonding adalah semasa meeting. semakin banyak meeting, semakin lama berjumpa, semakin banyak aku discuss dan bagi pendangan sewaktu meeting. dan part yang paling best, people take note apa yang aku cakap tu. some of it. dari meeting tu buat aku rasa bonding tu wujud walaupun pada mulanya punya la kayu kalau kata meeting pukul 10.30 malam habis, 10.30 malam jugak nak balik. haha. belum time rasa nk tuang meeting kan. hahha. so pengajarannya, jangan tuang meeting.

bendahari 2
faiz. aku ada tips sikit untuk bendahari. kalau macam event besar, bendahari kena kamcing dengan ajk penajaan. serious. aku bersyukur jugak Faiz jadi bendahari 2 sebab dia dengan shuk kira senang ajak berbincang. so apa-apa memang shuk akan inform dekat Faiz. tapi masa mula-mula pre Feski, aku memang blur time tu. bila meeting, Faiz bentang macam-macam and i was like, "what the heck, kenapa aku x tahu semua tu? mana semua info tu?" and time tu jugak aku rasa macam terpinggir dan sedikit frust. alhamdulillah, time frust tu aku confront terus Faiz. x tahu la dia perasan ke tak tapi everything went well. aku sembang dalam whatsapp dengan Faiz, and sembang sembang kemudian aku cakap, 'Faiz, kita kena inform each other. apa yang Aisyah tahu, Aisyah inform Faiz and apa yang Faiz tahu, Faiz patut inform Aisyah'. lebih kurang cmtu la ayatnya. i just wanna make it clear and alhamdulillah, Faiz faham dan segalanya berjalan dengan lancar lepas tu. aku x ketinggalan dalam meeting or anything berkaitan duit keluar masuk Feski 2016. aku rasa seronok sangat bekerja dengan Faiz. it was really fun. something that i will remember later.
*kalau suami aku pun nanti, aku nak dia inform everything macam ni. haha. aku serious ni. pada aku, knowledge is everything. aku nak tahu update. i wanna know whats happening. dalam case percintaan, aku nk tahu update hari-hari partner aku and aku nak tahu apa yang berlaku dalam hati dia. communicate. baik buruk berita tu aku tak kisah, aku just nak tahu. tapi kalau pasal ex, x payah bagitahu la. *

Faiz penatt. alololo comel nye

apabila bendahari-bendahari dikehendaki sebab nk claim. haha

aku suka gambar ni. sukati aku la en. hahaha


masa FESKI. okay, time ni aku bonding tu masih lagi dalam process pembinaan hehe. semua event kena datang. mula-mula rasa berat sangat. apatah lagi dengan event yang berbayar. jujur aku cakap ni, untuk orang macam aku, kalau ada event yang kena bayar memang aku tak pergi. atas faktor kewangan. tapi sebab Feski kali ni, aku beli jugak tiketnya. dekat mulut keluar "beli tiket sebab nak buat report" tapi dalam hati sebenarnya, aku beli sebab aku nak bersama-sama ajk Feski. :) ni macam masalah konflik dalaman pun ada. haha.

Allah maha adil. sem ni aku rasa kekosongan. kekosongan dari segi persahabatan. yang rapat dulu semakin jauh aku rasa. macam kawan aku yang nurani tu, aku terkilan sebab aku x berapa tahu update. tetiba macam, nahh wujud itu. wujud ini. frust aku rasa. lepas tu x sure la kawan2 murni perasan ke tak, tapi aku cuba untuk merapatkan ukhuwah yang ada. aku cuba. ye la, nk dekat 2 tahun kot, rugi la kalau bonding masih x kuat. hurmm. tapi tu la, sometimes aku sedih dengan kawan yang x macam berapa kawan sangat ni. contoh macam, cakap pasal aku tapi dekat belakang. and something yang secret, boleh dibocorkan pulak. haha. sedih la siot. x pernah ada kawan yang macam ni sebelum ni. kalau ada pun sama ada aku tak tahu atau maybe bukan dari kawan aku. just random person yang bercakap pasal aku, thats all. aku kalau aku sedih, aku jauhkan diri. aku x nak involve dengan benda atau perkara yang buat aku sedih. tapi bila aku jauhkan diri, even ended up kurang rasa sakit, aku terasa kekosongan. tapi, kekosongan itu diisi, dengan hadirnya ajk2 Feski. maybe diaorang tak rasa benda yang sama, maybe ajk2 lain x rasa hati diaorang dipenuhi kebahagian ke apa, tapi aku rasa. haha. thank you guys for that. :)

seronok. bekerja dengan orang memang mencabar tapi kau akan timba baaaanyak pengalaman.

aku beli tiket balik awal. aku terlupa aku ada cakap dengan Faiz pasal nk stay sama-sama. aku tak ingat bila tapi macam kena balik lewat tu jadi topik kami berdua la. Faiz macam merungut and aku kata "xpa2. kita stay sama2". last2, aku yang beli tiket awal and Faiz xde cuti lansung pun. kah kah kah. what the heck. hahahha. so masa second last hari Feski memang aku macam emmm emmm. pastu bila Faiz ungkit lagi rasa bersalah wehh. haha. so malam Khamis tu aku macam nak balik ke tak, nak balik ke tak.. last-last aku x balik. Leen, Yb, Zaid and others semua macam terkejut and pada aku quite caring la. ada yang siap suh balik bila aku datang DU time closing Feski sebab katanya sempat lagi kalau nak pergi terminal bas. haha. tp aku memang x pergi la. cuma yang paling aku geram, Faiz kata 'lah orang gurau ja pasal semalam tu (pasal janji sama2 nak balik lewat).. aku macam, heyyy mamat niiiiiiii.. haha. yb pun cakap nk belanja makan tapi xde huhuhu. Sarah yang belanja KFC. eheee.. sedap2.
ini pukul berapa pagi makan KFC. astagfirullah banyak kalori. hehe *TQ SARAH SBB BELANJEEE~*

setiausaha. kalau bab minta2 surat aku banyak minta dengan Nabilah. Nabilah ni kenal dari masa Matrik lagi. sama la jugak dengan Sarah, Leen, Aiman and lain2 (ramai lagi sebenarnya). sebelum ni pun ada je masuk program sama2 dengan Nabilah ni tapi time Feski ni lah macam aku cakap, bonding nya terbina dengan kuat. :) seronok sangat. and even masa hicom lain x faham apa yang aku sampaikan dalam meeting, Nabilah faham. dia perasaan cadangan idea aku. time tu terasa terharu gila. Nabilah salah seorang yang menguatkan aku dalam Feski :) Sarah pulak, sebelum ni aku senyum-senyum dari jauh je and aku selalu tersilap dia dengan someone ni. hhahaha. masa Feski, baaanyak sangat sembang dengan Sarah. sweet orang nye. tapi kadang-kadang nampak macam sombong (first impression). lepas kenal-kenal, luangkan masa sepanjang Feski ni, Sarah sangatlah outgoing orangnye. very sporting. hehe. and suka senyum. lepas tu mata dia bulat. tambah-tambah lagi dia suka senget kepala kalau dia confuse atau x faham. hahaha. 15k Sarah. pun boleh. emm Sarah, jantung hati awak tu bermula dengan huruf E ke??? hehhe. kalau betul maybe boleh comment kat bawah ni. tu pun kalau awak baca la. haha.

Nabilah yang comel. dan sangat penyabar. senyuman dia, menenangkan jiwa yang bergelora. hehe

yang depan sekali tu Sarah. Sarah suka kenyit mata. hati2 guys

selain Faiz dan Setiausaha Nabilah & Sarah, at first aku rasa Aiman ni poyo gila. lepas tu Leen pulak rasa macam betul-betul cinta dua darjat. hahahhahahha. serioussss. yang Aiman ni dekat hujung2 betul-betul hujung Feski baru macam boleh gelak-gelak sembang-sembang dengan dia. baru boleh dapat rasa lawak kelakar dia. hoho. Aiman pandai decorate. kalau aku kahwin dkt USM, aku upah dia je la decorate dewan. eh, boleh ke kahwin kat dewan utama tu? haha. tapi aku pernah berangan masa sem berapa tah, nikah kat masjid murni. sebab lawa laaaaaaaaaaaa! ahhaha. ok, patah balik, sekarang aku tak rasa Aiman poyo dah. hehe. and Aiman suka buat pickup line. entah la sapa jantung hati dia, harap org tu suka pickup line. heehe. Leen..... salah satu yang aku kagum pasal Leen adalah, outfit Leen. elegant sangat (cinta dua darjat). aku suka tgk baju Leen. aku x pandai pilih baju-baju macam Leen hahhaha. boleh kata semua baju yang dia pakai semua aku suka tgk. lawa lah! tapi maybe sebab Leen yang pakai kot. kalau orang len pakai x sure lawa ke x lagi. ye dok? pasal Leen ni, aku akan was-was kalau dia angguk-angguk bila aku bagi penerangan. sebabnya, ntah la. aku memang was-was. kalau Leen angguk-angguk tu memang aku x percaya input masuk dekat otak dia. hahhaa. sorry Leen. Leen comelllll sangatt!! nanti maybe boleh tolong shopping pilih baju untuk Aisyah ke bila2? heheh
 
Aiman bersama deko nya. haha
Leen yang comel. hue hue hue 
okay, last but not least, Zaid. ok aku jujur ni. aku tak tahu umur dia berapa. before this kalau bersembang aku akan avoid guna kata ganti nama diri. sebab aku x tahu umur Zaid berapa!!!! haha. aku confuse, dia sebaya ke atau tua lagi dari akuuuu?! haha. tapi last-last panggil Zaid je la. sebab Zaid x pernah suh aku panggil dia Abang Zaid ke ape. hahahha. Zaid x banyak cakap dalam meeting, kalau bagi pendapat dia akan suarakan tapi x meleret la. dia banyak mendengar dari berkata pada pemerhatian aku. pada aku la. tapi kalau bab doa dan bagi ceramah/perkongsian haa yg tu panjang. hehe. aku kagum dekat Zaid masa dia recite potongan ayat al-Quran masa orientasi. masa tu aku rasa kagum sangat. aku kagum kepada orang yang dengan yakin menggunakan ayat-ayat al-Quran dalam perbualan seharian dan yang kena pada tempat (tapi x suka la yang over-over berlagak tu). masa meeting awal-awal Feski, Zaid akan paksa kami baca buku. hahahha. lepas tu buat perkongsian. bagus la jugak tu. aku pun pernah kena tapi x buat la perkongsian sebab topik aku sama dengan Aini. Zaid pun lupa time tu, so aku bagi hard copy je la. ok yang ni x sure korang boleh hadam ke tak. emm move on.. Zaid pada aku sangat confident orangnya. sangat. haha. masa awal-awal Feski start aku macam krik-krik sikit dengan Zaid. sebab Vendor. haha. nak kata terasa tu x sure la tapi kalau terserempak ka apa memang aku avoid la. rasa x sedap. haha. lepas tu masa aku minta tlg dia ubah khemah time tu aku rasa aku ter annoyed dia kot. hahah. yg tu aku rasa bersalah. hahaha. aku tahu penat. lgpun dia pengarah surely dia sah busy gila kan. so, sorry ea. tapi lama-lama dah okayyy hehehe. Zaid suka smirk.
 
Zaid yang bersongkok tu. hehe. 

TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA ABAM-ABAM SADO FESKI ESPECIALLY SENIOR FESKI LEPAS YANG DATANG MEMBANTU SAYA UBAH KHEMAH! EX PENGARAH FESKI SEBELUM NI PUN DATANG TOLONG. THANKSSSSS.

aku rasa macam kecill sangat bila minta org tu org ni ubah khemah. kalau aku ada kuasa boboboi, aku buat sorang je. serious. kalau ada perempuan2 yang rasa diri dia gagah aku akan panggil diaorang angkat khemah. aku boleh angkat khemah tu. aku yakin. memang boleh pun. dh pernah tlg angkat dulu. ohh aku ada tnya Shasha. aku tanya ' Sha hang rasa hang perempuan yang gagah ke x?' Sha kata dia gagah then lepas tu aku cari 2 lelaki nk pi ubah khemah. last2 Shasha x larat. Cis Shasha. hahhaha. lepas Shasha x leh angkat, baru laaaaa abam-abam sado datang. huhu.

kalau ikutkan hati, aku nak tolong diaorang kemas dewan. nak tolong tapi aku dah sampai rumah. haha. aku harap sangat bonding ni akan terus kuat macam ni. aku harappp sangat something akan berlaku dan terus menguatkan bonding ni. maybe lebih kuat kalau kena urus event nikah spe-spe ke? hehhehehehehhehehe

kaki spe yg terdedah tu?

yang aku x pasti apa punca nyaa

kemas kemas kemasssss~

alolo sweetnyee hehe

aku x leh lupa usrah pukul 4 pagi. hahha. yang paling input dalam otak aku ialah satu ; kita kena ada prinsip dan berpegang teguh dengan prinsip tu. dua ;  masa lepas seseorang bukan lah hal kita :)
pasal yang prinsip tu, aku setuju apa yang org tu kata. dia elaborate panjang pasal ikhtilat dan sebagainya even analogy/penerangan  dia mengenai rokok. cuma, aku perlu cakap aku tak berapa boleh terima lah. tapi aku dengar, aku x bangkang or whatsoever sebab aku x ada hujah. cuma aku ada prinsip. prinsip aku ; salah tetap salah. aku x de la pandai sangat bab2 agama ni, insyaAllah dalam penambahbaikkan (doa-doakan). tapi yang aku tahu, yang salah tetap salah. ini pandangan aku. pandangan boleh jadi betul atau salah. pandangan is just pandangan. kalau nk yang betul dan benar, rujuk lah al-Quran. ok here it goes. fitrah. kita semua ada fitrah tapi aku x rasa wajar fitrah tu jadi lesen untuk kita buat certain-certain perkara. betul, jadi diri sendiri tu lebih baik tapi kita sebagai manusia banyak buat salah. andai kata fitrah seorang perempuan untuk sentiasa disayangi seorang lelaki, patut ke dia couple dan putus dan couple (again and again) sebab fitrah dia je? atau maybe dia boleh salurkan fitrah dia tu kepada percintaan dalam persahabatan sesama jantina dia. of course, rasa cinta tu x sama tapi at least, dia jaga ikhtilat dia. kan? its ok. pada aku x apa kalau buat salah cuma aku x boleh terima kalau salah tu dijadikan benar. again, sorry just ingatkan ni pendapat aku je. kita manusia. memang normal asyik buat salah. itu memang kerja kita. haha. sebab tu Allah bagi kita peluang untuk bertaubat. cukup kita tahu apa kita x buat tu x betul, and cuba perbaik diri. x perlu nampakkan benda tu baik di depan mata orang. no need. kita buat something yang tak berapa betul dengan undang-undang Allah, tapi kita x kuat nak cut off camtu je. its ok, cuba sikit-sikit. minta tlg kawan-kawan. minta tolong doa dari sahabat-sahabat. figure out something. itu pendapat aku. there is no excuses. maaf kalau ada terkasar bahasa.

and pasal sejarah lama orang, well... its not our job to judge. :) boleh jadi yang jahil itu lebih baik di kemudian hari. cakap la apa dosa-dosa kau sebelum ni pun, aku harap aku x akan judge kau. x adil. sebab manusia mampu berubah. kita boleh bertaubat. dan apabila seseorang itu bertaubat, masyaAllah. :) itu semua ujian untuk kita.

usrah 4 pagi. hahahahah

muka Faiz pada pukul 4 pagi. haha

pergh panjang gile post. haha. ok la. ini sedikit je yang keluar. isi hati yang lain dalam hati ni tersimpan rapi. tapi insyaAllah semua yang baik-baik dan manis sahaja. hehe.

kalau korang ada kenangan manis dengan aku dalam Feski atau maybe masa kita sama2 bekerja sekali x kisah la bila2 pun, comment la kat bawah. i appreciate it so much. and kalau ada salah dan silap, nk tegur apa2 pun boleh comment juga.

ni permintaan kedua : comment first impression korang dekat aku. please please please. kalau x nk reveal nama boleh buat anonymous dkt comment tu. hehe

itu sahaja dari saya, terima kasih banyak-banyak meluangkan masa membaca (kalau ada readers) blog saya. :)

sekian,

yang benar

Aisyah Shahrowi
Bendahari 1,
Festival Kelestarian Islam sidang 2016,
Kampus Kesihtan,
Universiti Sains Malaysia.


:)

ini gambar-gambar lain semasa Feski. semua sumbangan dari group, gambar dari aku x ade sbb phone rosak. huhu sedih nyeeeee

macam gambar raya pulak hihi

gadis-gadis menantu pilihan

Aiman with Bro Boonnaa

cuba teka ni siapa? hahahha. ASYIHAH!

selfie

hajatnye nk camouflage 

diaorang cakap faiz copy paste aku

gambar ni comellll!!!




BOIB


haha Juwaidi. aku minta maaf kalau ada kasar dlm gurau tau



BERSAMA DEVOTEESSSSS. aku x kenal pun tapi suara sedap ;D

kenapa dengan shasha tu?


terima kasih semua. Feski 2016 #TerasaGetarannya