Wednesday, May 7, 2014

matrikulasi? DONE! bye-bye Kolej MARA Kulim

bismillah.. assalamualaikum :) hai..

ni cubaan kedua. masa kali pertama aku tulis banyak2, pastu internet down, draft save 2-3 line je. tau x parah betul hati aku time tu. sedih!

ok sambung.
dah cukup 8 hari aku tamat pengajian matrikulasi. well.. banyak kenangan. banyak yang aku belajar. biar aku cerita.

first.. post sebelum ni aku ada cakap.. aku x nak msuk matrik dan entah macam mana takdir masuk kan aku dalam Kolej MARA Kulim ni. hehe. jawapan istikarah aku. dan aku x menyesal masuk Kolej MARA Kulim. seriously :)

ok la. aku cte pasal Kolej MARA Kulim. (aku type dengan penuh usaha mengurangkan geseran dan tekanan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang kuat. sebab? sebab mak aku suruh tido. hehhe)

em.. cte pasal matrikulasi dulu la. matrik dulu ada dua pilihan je. aku cakap pasal aliran sains tau. akaun segala benda aku x tau. dulu ada sains hayat dan sains fizikal. tapi sekarang ni len sikit. dia ikut modul.

modul 1

  • biologi
  • chemistry
  • physics
  • mathematics
modul 2
  • physics
  • chemistry
  • mathematics
  • science computer
modul 3
  • biologi
  • chemistry
  • mathematics
  • science computer
so kat sini korang dah nampak.. spe yang trauma biology mse spm, disyorkan amik modul 2. spe yang fobia dengan physics mse spm, ambil modul 3. spe yang yakin walaupun result dulu x seberapa.. x de hal. ambil je modul 1 dan mana2 modul yang kau nak. 

lebih bagus kalau korang dah tahu nak ambil ijazah ape nanti.. so x payah la ambil subjek yg x diperlukan. contoh.. nak jadi engineer kapal.. perlu ke ambil biology? x kot. tapi kalau kau ambil biology, x de masalah. boleh je jadi engineer kapal. 

aku x kan cakap modul satu senang dapat ijazah. sebab pada aku.. yg penting result final. kalau kau ambil modul 1 tapi x boleh bawak, x gune jugak. macam ni la. kalau blur x tahu nak ambil yang mana, kau solat istikarah ok?

x salah aku modul dah ditetapkan. tpi jangan risau. kau leh tukar modul. bukan mse daftar la. ade la time2 lepas tu. jangan sem 2 baru nak tukar dah la. bengong namenye.

kalau pasal lecture.. pada aku... lain lecture, lain demand nye. hahahhahaha. serious. -.- meh aku cte lecture aku cmne.

cikgu physics - Pn. Fazlina

cikgu ni pada aku la.. mke dia macam cina sikit. hehe. lawa tu subjektif. tp pada aku, dia lawa la jugak. motto dia.. bergerak dalam kelajuan cahaya. hahha. kalau ada baki masa 2-3 minit.. kau jangan harap nk keluar awal. haha. dia simple je. masuk kelas jangan lambat. kalau kau lambat, hahha. buat lah ketuk ketampi. lepas tu.. aku dulu.. setiap ahad kne masuk awal kelas dia. contoh, kuliah start 2.30, kami kne masuk 2.15. hehhe. cmtu la. cikgu ni, kau jangan bagi dia marah la. dia paling marah kalau bende senang kau x leh buat. fuhh.. pada aku.. tu macam pantang dia la. kalau korang fokus, aku rse ok kot. sebab cikgu ni dia suka ulang. hehe

cikgu chemistry - Pn. Elyani

kami panggil dia teacher El. comel baq hangg! muka macam kacukkan tapi dia cakap.. dia original Malaysia. hahha. aku bersyukur sangat dapat dia sebagai cikgu chemis aku. sebab, mse spm dlu, chemis aku mcm pe je. aku trauma skit. tapi bila masuk matrik, alhamdulillah.. result chem aku, x pernah buat aku sedih. dia ajar mmg best! dia lebih fokus dekat tutorial. dengan teacher El, satu je. siapkan tutorial dia. kalau x buat tutorial, jangan berani masuk kelas dia. lebih baik kau ponteng. sebab pada dia, tutorial tu semua basic. kalau x buat basic, macam mna nak pi buat past year question. haa. one more. cikgu ni, lemah lembut je. tapi kalau kau buat dia marah.. siap la kau. hati yang besar, boleh kering jadi kecik sekecik-keciknya. ayat dia.. fuhhh.. dia x jerit atau tinggi suara.. tapi, sekali dia marah... kadang2, kau x sanggup nk tgk muka dia. walaupun dia marah umum. aku cmtu la. heheh. touching lebih :P

cikgu science computer - Pn. Aminahtun

cikgu ni baikk sangat. very concern about her students. pakai tudung labuh. cikgu ni selalu buat tazkirah ringkas sebelum dia start lecture. nk kata cikgu ni demand, x sangat. tapi.. mse msuk sem 2.. kami banyak kne dende macam ketuk ketampi dan cubit. cubit dia powerr oooo. hahahh. tu semua sebab dia cakap kami mcam main2. cikgu ni pemurah. dia bagi hadiah kalau score A dalam subjek dia. untuk quiz pun dapat hadiah. heheh. best btl! tapi nanti kalau batch korang x dapat, jangan minta2 kat dia lak. tu x tahu malu nama nya. 

cikgu english - Pn. Hairi Waznati Azra

nama dia unik kan? dan panjang. hehehhe. mula aku macma confuse jugak nak sebut nama cikgu ni. lama2.. biasa bro. teacher ni.. serious aku cakap.. baik betul!!!!!!!! kerja teacher organized. dia felo asrama jugak. kalau kau ade masalah, kau cakap je dengan cikgu ni. macam aku, kalau ade masalah asrama ke ape, aku cakap dengan teacher je. senang berbincang. teacher comel. english teacher, fluent perghhh.. satu je aku nak cakap pasal teacher ni.. hati dia.. sensitive sikit. aku pernah bergurau dengan dia dulu. tapi dia terasa. serious, aku menyesal gila sampai harini. x sangka lak aku dah sakitkan hati teacher. sorry teacher. huhu. KAU JANGAN CARI PASAL DENGAN TEACHER!

cikgu mathematics - emm

susah aku nak cakap. sebab cikgu math aku asyik tukar je kje. aku rse, cikgu math x banyak karenah dia. not bad la.. 

kat kolej aku, kami still panggil cikgu dan sir.. tapi matrik lain, ade je panggil madam bagai.. ikut kolej dan ikut lecture. hehe

kat KMKu ni.. penginapan pelajar bukan dalam bilik. tapi dalam asrama. setiap asrama ada lebih kurang 28-40 katil. setiap 2 katil akan dipisahkan dengan dinding. bilik hanya disediakan untuk pelajar USM. kau jangan tanya kenapa. -.-

kat KMKu ni, bukan ade pelajar matrik je.. dia ade jugak pelajar UniKl,USM dan UMK. KMKu selalu jemput penceramah. penceramah datang bagi ceramah la.. ape lagi.. selalunya hari khamis. lepas tu, hari Rabu ada kuliah fardhu ain. semua wajib turun. ada Ustaz Mudawwali. best ceramah dia. lawak dan kelakar dan berinformasi. TURUN TAU! JANGAN SKIP! then, untuk ladies, korang ada extra kuliah fardhu ain pada awal pagi jumaat, biasa la.. percentage perempuan nak masuk Neraka tinggi kan? deep ! :p

kat Kolej MARA, korang akan dapat elaun Rm 100.00 sebulan. matrik lain macam Penang,Changlun dan seangkatan dengannya yang bukan under mara akan dapat Rm 250.00 sebulan. mesti semua macam.. kenapa MARA bagi elaun sikit sangat? eh, kau ni mata duitan ke? hahha. gurau je. kalau MARA, dia dah sediakan makanan untuk korang. so, macam jimat la sikit. ok pe makan 4 kali sehari. ce kau kira kalau kau beli makan sendiri. cukup ke Rm 250 tu? kawan aku pun jimat tahap cipan kat matrik changlun tu.

baju? 

emm.. lelaki baju jangan ketat. selalunya polos. polos tu mcm x de corak. tie!! tali leher kne ade. yang fashionista leh bawak banyak2. kasut berkulit. atau pvc. kau tanya aminrul dia pakai kasut ape. dia tu fesyen sikit. aku nii.. hahhaa. 

kalau perempuan.. jubah dulu dibenarkan.. lepas tu waktu akhir2 dah x boleh. sebab ade yang pakai jubah body hugging. erg. tapi kalau nak pakai jubah waktu makan x pe. waktu kuliah je x leh. baju kurung x boleh ketat. jangan jarang. tudung boleh pakai shawl,bawal,dan lain2. jangan nampak aurat atau x pakai tudung lansung dah la. kasut bertutup. warna gelap. pvc atau kulit.


apa yang disediakan oleh pihak Kolej semasa pendaftaran??

  • cadar dan 1 sarung bantal (aku bawak comforter dan 3 bantal yang gebu. KAU JANGAN BAWAK! NANTI TDO JE LEBIH KAT DORM)
  • baldi
  • beg dobi
  • baju makmal
  • tu je kot?
ape yg korang kne bawak?
  • extension x lebih 3 plug. maksud aku, paling banyak leh cucuk 3 plug je. 4 x boleh. 
  • ubat nyamuk. beli yang gune plug. jgn gune api
  • kertas pembalut hadiah. (lapik atas dan dalam loker)
  • air yang banyak (takut dahaga)
  • selipar dan sandal. (untuk dalam tandas dan turun makan)
  • telekung DUA! (bagi yang rajin turun surau. leh tinggal satu kat surau. hehe )
  • tu je kot?
yg lain pandai2 la fikir. kalau nak suruh aku check boleh. kau tulis list kau nanti aku check mne yang x cukup. mention kat twitter r. kalau okay, aku bgi facebook aku. hehe. aku memang kerek sikit. :P

ape lagi eh?

pengalaman dengan kawan.. best. first time aku dapat best friend lelaki. tpi kat sana aku dapat 3 best friend. satu lelaki. 2 perempuan. hehe. kat KMKu ni majoriti kelantan r. hahhaa. mula2 macam kekok tapi lama2, kau faham la sikit2 diaorang cakap apa. ade je budak kelantan cakap luar. tapi kalau kau dapat kawan yang cakap pekat, nasib kau r.

aku x tahu nk terang ape lagi. cmni la. kalau korang ade ape2 kemusykilan.. mention tweet aku.. tp aku bt tweet aku private. so, korang kne follow aku dlu. dah habis tanya.. boleh unfollow balik. heheeh. 

@aisyahelims

rsenye ade gambar, jap.




ni dorm aku. BLOK D. dorm ZUHUD. belah atas tu ZUHUD. aras bawah DORM VISI. UMK penghuninye.

lawa x pemandangan? 

pemandangan dari cube aku. spe dapat zuhud 33/34.. tu cube aku la tu. sorry lupe cabut nota chemis dekat loker. huu

kucing kat KMKu. ade banyak lagi kucing. korang boleh bawak makanan kucing bagi penggemar kucing. meoww

ni makmal komputer, abg tu.. budak kelas aku. tpi x sme tutorial. dia pegang hp. dia pegang je. eksyen. kau jangan ikut dia!

this is physics. waktu tutorial cikgu akan suruh buat kat depan. so, better siapkan tutorial kau

this is PRS. pembimbing rakan sebaya. aku PRS jugak. tp rsenye aku x de dalam tu. x yah la cari

ni bilangan pelajar dekat KMKu. mmg x ramai. kalau matrik lain boleh cecah 2 ribu kot.

this is the AMAZING HALL. hahha. dewan besar. kau akan tahu betapa amazingnya dewan ni

ok. this is my cube. sepatutnya ada cubemate. tp dia pindah. so aku gabung katil. sebab takut biarkan katil sebelah kosong

x boleh tauuuuuuu gabung katil. FELO MARAH. jangan ikut aku


kalau x bergambar, x sah. ni kawan aku dari tutorial lain. tgh buat experiment. yg tgh2 tu YDP. ahli Majlis Perwakilan Pelajar. abang Zul. ceh. abang. hahha.

pemandangan padang dari tingkat 3 from makmal computer. bagitahu aku kalau korang nampak permandangan ni


nak tgk x bestfriend aku??

nah!

NI BESTFRIEND AKU SEJAK SEKOLAH MENENGAH. RASHIDAH NAMANYA.

x tahu knp ada salji. hahha. rashidah belah kiri. baju hijau. MPP tuuu




NI BEILA. ORE KELATE. COMEL!

gambar edit. heheheh.

sweet x kami? waktu bbq kelas D
beila!! ni dekat study putra

selfie candid! hehehe. 

ade running man dekat belakang ce tgk. hahhahha

i just miss her!! want to hug her again!
beila khusyuk. :D

MY NEXT BESTFRIEND. ZATIL. PELAJAR UNIKL :)
dia yg tengah2 tu. ramai cakap kami cousin. hehehehhe. 

perjumpaan bestfriends. hehe. zatil bawak ayam bbq kelas dia untuk aku. sweeeeetttt!!
zatil with me :) dekat surau


MY ANOTHER BESTFRIEND. AMINRUL. HERGH. DIA SUKA SELFIE. GUNA PHONE AKU. -.-
candid. aku suke tgk dia pakai songkok. hehhe. dlu la. sekarang.. entah la.. ikut dia la nk pakai ke x. hahha. 

ramai orang cakap hensem la. cute la. aku rse.. emm.. atas pagar. boleh le
waktu bbq. mule2 muke dia macam.. boring. then nsib bek dia senyum skit. dia tolong aku kupas carrot. thanks :) jenuh aku pujuk. sebab...... aku cakap dia menyibuk. aku x sengaje. aku gurau kasar. sorry xD


OK. YANG BAWAH NI SEMUA KAWAN2 AKU. :)
Exam. heheheheh


this is maziah. kawan rapat beila. orang kelantan. cubemate beila

ni El. orang ipoh. satu dorm dengan beila. sekelas dengan aku. :D

hari sukan. heheh. kami warna biruu! x tahu knp aminrul buat mulut mcm tu. perli aku ke ape?
ydp. zulhilmi. cats lover. sangat!

prs! kami tgh siapkan dewan. heheheh.


GUESS WHO IS THIS?!
this is me. mse KAKOM. aku masuk olaharaga. :)
thats all. harap membantu. lastly.. kau belajar mana pun, sama je. yang boleh ubah diri kau adalah kau sorang. so.. kalau buntu, solat istikarah,solat hajat buat la solat sunat. mengadu pada Allah kerana sesungguhnya Allah S.W.T lebih mengetahui. 

wasalam.


46 comments:

  1. Assalamualaikum. Nak tnya pasal pemakaian pelajar perempuan
    Kalau baju kurung moden boleh pakai tak? tapi baju kurung moden yg tak ketat/body hugging.
    Kasut warna biru gelap boleh pakai?? kalau kasut berwarna boleh pakai masa pg kafe mcm tu boleh?
    Klau kain n blouse boleh tak? suma tak body hugging.
    jubah mmg xleh ka?? ataupun boleh tp org jarang pakai.

    ReplyDelete
  2. Klau for non muslim perempuan boleh pakai baju kemeja panjang and seluar slack hitam x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm not sure tapi mostly for girls, kne pakai baju kurung la adik.. baju rasmi kan..

      Delete
  3. assalamualakum, akk mahu bertnye...
    sy dpt twrn kt sini under unikl, mksdnye FiST kt sini...
    sini kan adde bju rasmi, so sme je ke ngan FiST skali??
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. ye.. baju rasmi baju kurung warna biru. kalau ada gathering semua dalam KMKu, atau event khas, pakai baju sama je. unless kalau untuk FiST sendiri, akak x sure baju dia macam mana.. harap membantu :)

      Delete
  4. wahh mcm best tp kn kak,,kwn2 ckp mtrik ni hard kit,,kna struggle btl2..mcm tkot je nk msuk...tp lau sy p yg upu,,sya asasi syariah(xminat :'( ),,pstu u lain diploma je..kt blog KPM dy ckp lbih krg cm ni la 'lpsn STPM/ASASI/MATRIKULASI DIUTAMAKAN lau nk smbung degree,,lau DPLOMA pn dy ambik bila ad kkosongn je...lgpn matrik 1 thn ja..diploma 3 thn..tp lau dpt pointer low kna tendang kn...mcm mna ni kak,,,, :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. macam ni la adik.. awak kena cuba dulu. belum cuba belum tahu. akak dulu SPM low je tapi masuk matrik alhamdulillah cgpk 3.5 keatas. dulu akak x suka matrik. bukan sebab susah tapi sebab memang x suka.. last2 ditakdirkan masuk matrik juga. semua nya bergantung kepada awak. awak usaha, awk dapat. susah senang sebenarnya tu semua bergantung kepada awak. trust urself okehhh~ akak sarankan adik ikut mint adik.. jangan ambil satu2 kos tu sbb semata mata nak masuk U. JANGAN! haha. pada akak sme je diploma atau matrik. pasal takut nanti x leh ambil degree, tu adik jgn risau. rezeki Allah kita x boleh nak duga. for now, adik list haluan adik, istikarah minta Allah tunjuk mana jalan yg terbaik untuk adik. asalkan adik tahu mana adik nk tuju.. itu dah mencukupi. matrik 1 tahun dengan diploma 3 tahun.. nanti ambil degree lebih kurang je tahun pengajian dia. so.. no worries.. fikir apa awak minat, list down kemana dan bagaimana cara untuk awak capai halatuju awak, selainnya awak tawakal. :) harap membantu. all the best~

      Delete
  5. assalam kak, saye nk tnye..satu dorm die ade brape orng? pakaian mcm skirt dn kemeje dbnarkan tk? trma ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. kat KMKu ada banyak blok. blok A,B,C,D bla bla bla.. blok Fatimah la ape la.. then.. untuk dorm.. ada dua jenis. satu 40 orang satu lagi 20 orang. pakaian? skirt dan kemeja awak bleh pakai lepas pukul 5. nak outing ke. nak pergi library ke. tapi dari pagi sampai petang untuk kuliah harian kena pakai baju formal ye yakni baju kurung. time aku camtu la. 2013/2014. harap membantu :)

      Delete
  6. Akak . Elaun plak akan trus dpt bila dh msuk tu atau kna tnggu lama skit ? And pakaian plak msti byk bju krung la kn? Kuliah plak hr2 ade ke apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. elaun kne tunggu lambat sikit dikk. hahha. haah. banyak kan pakaian baju kurung. kuliah setiap ahad hingga khamis macam awak sekolah. cuma this time dari pagi sampai petang. embrace urself.

      Delete
  7. Baju laki wajib kosong ke xkesah sngt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jalur2 pun boleh. Tapi polos tu maksudnya x de corak

      Delete
  8. akak ad kwn yg ambil modul 1 ? susah ke modul 1 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade je.. susah tu.. depends lah adik. kalau awak x bersungguh, x study automatik semua jadi susah. huhu. sebenarnya lebih baik awak ambil modul yang leh bantu awak kejar cita2. kalau nk jadi engineer, x yah ambil bio. tapi kalau dah ambil ok je. still leh amik kos engineering. akak syorkan adik amik modul yang bantu capai cita-cita adik. harap menjawab soalan.

      Delete
  9. Modul kita blh pilih x? Mcm mana klu x dpt modul yg kita suka? Blh tukar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pilih insyaAllah. time akak dulu boleh pilih masa orientasi. kalau dapat modul yang kita x suka.. awak redha je lah. hahaha. tapi boleh je minta tukar modul. pergi dekat yang berkenaan la. pejabat ke ape ke. tapi kena buat awal.. jgn tunggu lama2 baru nk tukar. payah nanti. harap menjawab soalan

      Delete
    2. Thanks. Akak punya info sangat membantu saya.. outing blh ke mana ja eh? and peralatan elektrik apa tu blh ke bawa? n laptop apa semua tu membantu x kalau bawa?

      Delete
    3. outing? kalau dalam kulim awak pergi giant je la. pastu ada tesco. kalau leh drive, awk sewa kereta pergi seberang prai atau penang. dalam 30 minit dah sampai naik highway. tapi akak dlu x keluar mna sangat pun. busy. hahaha

      Delete
    4. Klu baju mcm jeans tu blh bawa? N peralatan elektrik mcm serika n laptop guna bnyak x? N bju rasmi tu kain apa2 pn blh ke ataupn kain biru tu juga.

      Delete
    5. baju jeans tu nak bawa.. boleh je. tapi x leh pakai dalam kuliah. kalau nak pakai waktu makan malam atau outing boleh je. tapi kalau sexy sendat semua.. harap maaf. Allah pun marah. haha. baju rasmi harus warna biru. xde warna lain dah. untuk peralatan elektrik.. akak dlu x bawak pun seterika sebab diaorang dah sediakan. akak bawah heater je (shhhhh senyap2).

      Delete
    6. Hehe... tahu2, bnda ketat x blh. Klu laptop? Akak x jawab2 pn soalan tu.. hehe... maaf klu trsilap bhsa

      Delete
    7. eh x jawab ea? haha sorry2. laptop boleh je bawak, in fact akan digunakan untuk assignment english dan untuk habiskan masa tgk movie. tapi akak dulu x tgk movie punnn. huhuhuhuhuhuhu. btw xpe. so far bahasa awak okay lagi. haha

      Delete
    8. Btl ke diorg ckp klu masuk Fist ni x blh jd dktr?

      Delete
    9. emm npe lak x leh? boleh rasanya sbb unikl ada campus kesihatan dekat ipoh, kalau x salah akak la. tapi staf sana ada mention, kemasukan ke kampus tu lebih kepada budak kolej mara kuala nerang. however..... kalau ada rezeki awak x kemana. akak rasa boleh jugak mohon dekat u lain guna result fist awak tu. asalkan ada requirement yg kos tu nak. wallahualam.

      Delete
    10. Mcm down pulak smngat bila dgr... klu nak mohon ke u lain tu nak kna mohon kot upu jugak ke?

      Delete
    11. lahh kenapa nak down pulak? hurmm.. kalau amik Fist.. awak terus ke Unikl.. tapi kalau la xde rezeki amik doktor kat Unikl and awak nak sgt jadi doktor.. then u can mohon U lain la. UPU salah satu. USM pun boleh kot. akak x sure, awak kena tgk requirement. tapi USM kena mohon asing. dia bukan under UPU. nak beli no pin pun mahal sikit la. awak kena korban kat situ sikit.

      Delete
    12. Ok2.. thanks akak. Sy ank tggl so sy x brpe thu. Brg2 mcm tumbler, mug, cofee, sncks tu kna bawa?

      Delete
    13. welcome, no prob. bawa la kalau nak bawa mug semua tu. kot2 mlam2 nk minum tea ke ape.. snacks nk bawa pun boleh. tapi kat kmku pun ade koop. kalau nak beli jajann ke apa situ ada jual

      Delete
    14. akak nk outing tuu ada bju rasmi ka? ��

      Delete
    15. kalau x salah kne pakai tshirt kmku.. tpi ade je pakai bju lain.. yg penting sopan laa

      Delete
  10. Assalamualikum akak..nk tnya sikit..baju rasmi yg wrna biru tu beli dekat sana atau kite beli siap2 dri sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. beli dan buat sendiri adik. kat sana xde jual. hehe.

      Delete
  11. Salam sis. Sya nak minta username facebook sis boleh ? Ada banyak benda nak tanya pasal KMKulim ni. Harap sis dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. awak tweet je kat twitter akak leh x? facebook not available buat mse sekarang. maaf ye. kalau x leh twitter.. email lah. ok?

      Delete
  12. Salam akak, saya nak namber akak buleh. Saya ada byak soalan nak mohon perncerahan dari akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam adik. number? nk bg cmne? sini umum la. hahaha. awak email ok? x pun awak halo2 akak kat twitter. nnti akak dm kamu no telefon akak. :) harap membantu

      Delete
  13. Akak. Saya minta maaf. Sya lembab sikit benda berkaitan ni. Em. Email akak nak tgok kat mana erk. Soriy😅

    ReplyDelete
  14. Dulu akak dpt elaun bila? Lama tak tunggu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm bila tu.. setiap bulan.. exact date akak x ingt lah adik. sorry ye

      Delete
  15. Such a good info. Thank you for all the info. All the best to you

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Salam,akak boleh saya tahu akak asal dari negeri mana?

    ReplyDelete

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...