salam.
baru habis orientasi 14/15 dekat Kolej MARA Kulim. this time, aku jadi fasi. hehehhee. what's up??
kalau nak cakap pasal dugaan tu, memang banyak jugak r dugaan jadi fasi ni. tapi, tolak tepi pasal cerita x best, aku lebih suka senyum sengih sorang-sorang ingat peristiwa manis. hehehhe
masa nak pi kolej, aku x tau sapa lagi kawan aku nak pi jadi fasi. yang aku tau, aku akan jumpa abg famirul dan kak wa. ni semua ihsan whatsapp dengan facebook r ni. hehhe. paling lawak, dalam facebook sembang baikk punya tapi bila jumpa? senyap je. aku la yang senyap tu. saya ni pemalu orangnya. hahahahhaah! suara aku siap in vibrate mode bila bercakap dalam post mortem. sebab ada abg famirul dengan kak wa. kalau cakap depan orang ramai yang aku x kenal, aku x de la nervous sangat.
aku masuk biro multimedia. not bad. i mean, selalu lelaki yang handle benda2 macam ni tapi kali ni, semua ahli biro multimedia adalah perempuan. aku msuk mne pun aku x kisah. so, 25hb Mei bermulalah hari aku sebagai seorang fasilitator Kolej MARA Kulim.
hari pendaftaran, aku jaga dobi.. kerja aku, bagi budak try baju2.. mostly semua nak yang saiz s je.. baju muslimah pun nak saiz s. yang tu aku x berapa faham. nama pun baju muslimah dik. bukan nya "baju adik awak". hmmm.. hari pendaftaran memang penat gilaa!! serious penat. budak perempuan x payah cakap la.. ramai bangat!! biasalah.. dh dekat akhir zaman. *peringatan. btw, penat2 pun seronok.. x tahu knp.. aku seronok.. so, penat x terasa sangat waktu tu. cuma maybe muka aku nampak mcm stress, sampai abg apek tegur tanya okay ke tak. dan hari2 seterusnya ade je orang tanya aku okay ke x. aku ok je. muka memang camni. kot. errrr.. btw, prihatin nye seniors semua. ngee~
aku ade jugak gerak budak2 orientasi pagi2 dengan kak wa. hehe. aku la orang yang bunyikan siren tu. aku la orang yang annoying gerakkan adik2 waktu pagi2. ngeh2.. alaaaaa, nanti korang jadi fasi, secara automatik korang pun annoying jugak. :P
aku nak cte pengalaman aku jadi fasi. pengalam budak2 kne orientasi, suh depa sendiri la cerita. haaha. ape kenangan manis aku sepanjang bergelar fasilitator Kolej MARA Kulim?
- aku dapat bekerjasama dengan seniors aku. masa orientasi dulu jumpe depan pentas je. tapi sekarang, siap boleh sembang2 dan bergurau senda lagi. hehe.
- aku dapat pengalaman menjadi ahli biro multimedia. segala dugaan menjadikan semuanya amat indah. serious talk :) aku tahu cmne nak pasang projector, connect via laptop, jadi dj, cuma.... aku x tahu mana suiz amplifier. heheh. tapi yang lain2 rse best sebab aku belajar bende baru.. so, bila partner aku sibuk buat bende lain pun aku x kisah. cuma, jgn tipu aku dah la. yg tu, aku x ske. btw, bila aku nak jadi pro ni??
- baru tahu beza ultrabook dengan laptop. abg apek tanya aku ada laptop atau ultrabook. aku mna tau ultrabook tu apa time tu.. so, dengan yakin aku cakap aku ada laptop. tp, masalahnye, laptop aku ni nipis, dah tu, x de lubang alah nak connect ke projector. jadi, diputuskan untuk masa tu, ultrabook la jawpannya. tapi tadi aku check, rupa2 nya laptop. cuma laptop aku memang jenis nipis. hahhaa. x kisah la ape pun. :P
- aku kenal dan semakin rapat dengan fasi lain. aku baru kenal hafiz, zulaikha,farhana (dok depan rumah aku je), dan ramai lagi la.. yang dah kenal makin rapat.. memang best r. :). x tahu nak cakap macam mana tapi aku bersyukur dapat luang masa dengan depa. tambah2 lagi seniors. aku syokkkkkkkk sangat seniors datang jadi fasi. banyak jugak seniors yang aku x kenal rupa2 nye. hehe
- masa jadi fasi, aku dapat buang rasa negative. kalau ada masalah, aku lebih fokus kepada solution. so, aku rasa, benda tu bagus untuk aku.
- dapat tayangkan hasil kerja aku (video) di hadapan khalayak yang ramai. dulu aku buat video tunjuk kat mak aku je. sekarang? perghhh.. walaupun banyak halangan, aku berjaya hasilkan dan tayang video aku. my first time may not be great but it will be sooner or later. its just a matter of time. besides, practice make perfect!
- aku dengar banyak cerita seram. bapak r. aku bersyukur gila aku x dengar cerita seram tu masa aku duk Kolej MARA Kulim dulu. hahha
and last but not least..
- aku rasa gembira walaupun aku terpaksa balik awal sebab nak hantar adik aku masuk Uitm. aku x boleh join fasi2 lain makan kfc. sedih. serious sedih. aku duduk je kat bilik seroja tu. ade la 2-3 fasi lain dalam bilik seroja tu. yang lain dan ready nak bergerak. semua dah kat van/kereta bagai.. aku malas keluar awal sebab.. aku rasa macam aku ni.. jenis orang yang tak suka cakap goodbye. tapi last2, semua fasi perempuan salam2 cium2 bagai. huuuuu sebakkkkkkkk.. rse mcm nak nangis. tapi x nangis la sebab kalau nangis nanti hilang sebak. so x feel lah kan. hahhah. pastu, ade senior ni siap offer nak hantar.. baik la jugak. haha.
mse aku otw ke shah alam, aku tdo je dalam kereta. masa tunggu adik aku daftar pun, aku tertidur jugak atas bangku.. penat sangat la kot. ganti waktu tido untuk seminggu masa orientasi haritu. haha. paling x tahan, sampai tersengguk-sengguk.. lantak la orang tgk ke ape.. aku ngantuk gle.
masa waktu riadah, aku bertugas pasang lagu xi shua-shua la. gemuruh la, tali kasut la.. macam2 la. mse tgk pasang lagu guna laptop kolej, tiba2 lagu stop. laptop terpadam.. semua budak jerit " arghhhhh ". ARGHHHHHHHH mana aku tauuu kenapa. so, aku sambungkan terus ke laptop aku. nasib bek aku ade buat copy siap2. ye la. prepare for the worst kan. bila lagu dan pasang, aku amik charger laptop kolej.. charge la laptop tu.. no wonder la mati sebab battery pun x de. haha. then, TETIBA laptop aku warning battery tinggal 10%. GILE KACAUUUU!!! aku pun kalut la pasang charger kat laptop aku. hahah. haih.. nasib baik laptop aku x mati. selamattt~ tpi best gak dapat rasa kekalutan ni. hehe
ade sekali tu, aku sampai tertido mse persembahan LDK. tema nostalgia P. Ramlee. group mne nk guna multimedia semua jumpa aku. aku dok sebelah je. aku terang sikit then pandai2 la diaorang uruskan. ada satu masa ni, lepas aku biar group ni handle, aku letak kepala atas meja jap. berbantalkan lengan aku ni, tiba2 terlena. perghhh.. rsa best je tdo atas meja. haha. mula2 terjaga, group tu x habis la present so aku sambung tdo baik.. second time terjaga, time tu fadhilah gerak aku.. bangun2 atas pentas kosong. adik tu hilang tah ke mana.. ya-Allah.. kalut la aku pasang lagu. hahah. haih.. boleh pulak tertdo.. ish2
kalau nak cita satu2, aku takut keyboard aku ni haus sebab banyak sangat aku taip. hahah. maksud aku, banyak sangat kenangan terindah.. xpelah.. biar yang selebihnya aku simpan sendiri. :)
yang penting, always spread the positive. :) itu yang aku belajar sepanjang menjadi fasilitator di Kolej MARA Kulim selama seminggu.
aku nak jadi fasi tahun ni sebab tahun lepas masa orientasi fasi2 dulu banyak motivate aku. sampai buatkan aku nak jadi fasi jugak. atas sebab tu dan sebab aku nak kotakan kata2 aku kat seorang fasi ni, maka.. jadilah aku fasilitator 14/15. :) . andai kata akak x berjaya motivate adik2 yang len, akak harap suatu hari nanti mungkin adik2 boleh motivate junior adik.
satu cerita aku simpan sejak hari orientasi.
waktu aku dulu, group LDK dibahagi kepada 2. separah untuk explorace separuh untuk persembahan. aku masuk explorace. best. tapi semasa explorace berlansung, seluar aku terkoyak. dari bawah zip kaki sampai betis. dua2 belah pulak tu. maluuu.. tapi, aku teruskan berlari membuat aktiviti takut group aku lambat. terkial-kial aku berlari sambil pegang seluar aku. orang lain kalau jumpa aku mesti tanya "seluar koyak ke?" hmm.. bende obvious tapi nampak la concern tu kan.. sampaiiii la satu checkpoint ni. dekat night walk. dewan kesidang x salah aku. then, ade abg senior ni tegur seluar aku.. aku pun sengih2 malu je la.. tetiba dia bagi aku kain tutup mata. warna purple. aku terharu gila time tu. gentleman sgt. aku tak ingat nama dia tapi aku ingat muka dia. sebab muka dia familiar betul..so, mulalah aktiviti. aku bagi arahan yang lain semua tutup mata. hard core gak r jalan dia. hahah. sampai kene menirap bagai. pergh.. tapi, semangat punya pasal.. cepat gak r habis checkpoint tu. hehe. aku gebang je. x ingt la cepat ke lambat. hahha. lepas habis aktiviti aku tny abg tu kne bg balik x kain tutup mata yang ikat kaki aku tu.. dia cakap, x yah la.. then guess what? masa aku jadi orientasi, dia ada datang kat Kolej MARA Kulim. kalau berdasarkan cerita kak wa, abg tu berkemungkinan besar nama dia... abg Najib. tapi kalau salah, x tahu la. wallahualam. aku ade try nk cakap dengan abg tu, nak cakap terima kasih la.. tpi aku segan. serious aku segan. saya ni pemalu orangnya. huhu. xpe lah. ade jodoh, jumpa lagi abg tu. kalau abg yang bagi aku kain penutup mata tu tgh baca blog ni.. emm..
"terima kasih sangat la abg. kalau x malu x kesudah saya. thanx :D"
budi yang baik dikenang jua. so, berjasa lah dimana sahaja anda berada walaupun tidak dihargai. :)
pesan aku kepada adik2..
belajar bersungguh-sungguh. tetapkan matlamat dan hala tuju agar kau tidak terkapai-kapai ditelan arus masa. binalah asas diri dan ambil masa yang ada untuk kenal diri sendiri. cari identiti agar di universiti kelak tiada kejutan yang boleh merosakkan kamu. jangan lalai dibuai perasaan. ianya mungkin fitrah, tetapi kawal lah fitrah kamu dengan iman. sesungguhnya jodoh, ajal dan maut itu rahsia Allah. usah bazirkan masa dan tenaga. banggakan orang tua mu dan balas lah jasa mereka sekurang-kurangnya dengan result kamu. jangan bongkak membangga diri kerana orang yang sombong adalah orang yang rugi. belajar menghormati orang lain dan juga diri sendiri. jangan sampai kamu berlaku zalim terhadap dirimu sendiri. jagalah mulut, jagalah perbuatan, jagalah segala-galanya agar maruah mu terpelihara. tutuplah aurat kerana ianya tuntutan. berusaha berubah dengan lebih baik dari kekal dalam kejahilan. all the best!!!
always improve yourself. <-- motto aku. :)
nah sikit gambar. video aku mungkin akan upload kat youtube. :) atas permintaan seorang sahabat baru, mana mungkin aku kecewakan dia ;)
|
solat dhuha berjemaah :) |
|
teamwork guys!! |
|
masam je adik ni. bakpo? |
|
abg azam dengan junior. i word untuk abg azam. bertanggungjawab. :) |
|
suap kek... !!! aaaaaa |
|
lekbi.. buat mukeeeeeee |
|
abg irfan dgn abg famirul |
|
kak wa!!!!!! yang comel~ |
|
ok. abg irfan suap balik. sweet gitu |
|
mpp.. 4+2 = ?? |
|
dewan melati.. hehehe |
|
tu saya!!!! |
|
fasi kawal kipas. kedekut fasi ni |
|
study kat dobi ke??? |
|
kalau x tgkap gambar.. x sahhh |
|
cikgu kamal :) |
|
scary x? |
|
cari cacing untuk adik2 |
|
kata2 akhir sebelum bertolak pulang. ye ke? |
|
ni tempat kerja multimedia. aku tgkp gambar. |
|
like a boss |
|
agak2 cikgu cakap ape? ce tnya lekbi. tu pun kalau dia ingt |
|
no caption |
|
Kolej MARA Kulim nii lawa sebenarnya |
|
eh? spe tuuu |
|
night walk. |
|
sungai yang indah |
|
semangat je bergambar |
|
explorace |
|
atas kepala tu ape? |
|
ratu cantik ke ratu surat khabar? |
|
siren bunyiiiiiiii!! |
|
tdo ke adik? |
|
smart la |
|
ya hanana |
|
israk mikraj. yeah! |
|
aktiviti riadah
tu je. byeee
|