Friday, October 18, 2013

Thursday, October 17, 2013

ok. here it goes ..

salam.

 it takes longer than I thought to make this post for you alia (or naz).. I don't know why but I guess I need time to accept this whole fast-moving-out thing.. fuhhh

look, mula2 hang cakap hang nak pindah.. ok, aku boleh terima lagi.. I take that as a warning for me. didn't take it seriously sebab ada pihak yang x bagi hang pindah..  then lamaaa sikit, I saw some documents for this U. hang Tanya soalan yang berkaitan keluar kolej then bila aku Tanya pasai apa boleh pulak cakap x dak apa2.. eleh, nak bgi hint lah tu :P then, aku terusha sikit kertas tu, U mana hang nak pi.. cos apa.. and... dah tgk sikit aku blah je la.. sebab nama pun dah TERRRtengok kan.. lagipun aku x nak tahu semua sebab..aku nak dengar sendiri dari mulut hang. besides, its ur privacy. :) so, aku tunggu je lah hang nak cakap apa. and it takes longer than u should! oh myyyy... -.-

then, u submit the form. dah hantar surat. masa tu aku boleh terima lagi. yeyeyeyye.. gelak ketawa macam x ada apa.. still rasa hang dekat dengan aku~

ingat x kita selalu makan bersama, pergi baca mathurat sama2.. dan lain2 bersama.. boleh dikatakan banyak jugak aktivit kita bersama.. :P

aku rasa, kita start berpisah sementara bila hang ada praktis bola tampar untuk kasukma. hang selalu balik lambat ke cube and jarang la kita dapat makan malam sekali time tu.. huhu.. then aku lak dah pandai tidur cube bella hujung minggu. huhu.. kesian pulak bila fikir, ye lah.. tinggal hang sorang2 kan.. huhu. sorry. then, aku pulak ada praktis olahraga and aku tinggalkan hang sengsorang lebih kurang 5 hari la jugak. and serious cakap, masa aku kat Johor..... I kinda miss u. erkkkkk. why is thattttt?!!!!! ohhh! and, masa aku beli number baru, hg orang pertama aku bagitau.. sila rasa terharu. wakakaka..

then, bila aku balik Johor, hang pulak pergi Pahang untuk bola tampar. kakom ke kasukma? aku x ingt lak. huhu.. siap boleh "bercuti" dengan AC lagi.. x nak mention CA. hahaha :P rasa lama gila kot. haha. masa aku study (tu diaa aku study baq hang. hahaha), arsyi cakap "aisyah, rindu naz kee?? hehe" aku pun sengih je la. apa punya soalan -.-

semakin lama kawan, semakin banyak waktu kita berjauhan. mungkin Allah persiapkan kita untuk masa sekarang. persiapkan aku untuk redha dengan pemergian hang ke UIA. (ayat pasqahhhhh).

hehe. aku ingat lagi berapa banyak hang sukaaaa minum nescafe.



 haha. aku x berapa suka. minum sekali pastu bagi kat hg. pernah minum sekali je. sekali jee. then, aku rindu kena tunggu hang jemur anak2 wlaupun masa tu kita dah lambat nak pi perhimpunan. wakakakka. tapi aku tunggu je lah. biar lambat sama2 kan. hehe. yang aku paling x leh lupa .. ayat ni..

"sukahati kau lah. aku ok je"

ayat ni x leh blah. selalu hang cakap cmni bila aku Tanya benda yang hang mmg nak. hahahhaha. aku Tanya sebab aku ni jenis blur.. hang pun mengaku aku mmg jenis blur kan. hahahahha. hmm, tulah.. so, kalau hang cakap ayat lebih kurang macam ni, aku tau dah maksud dia apa. hang nak la tuuuu :P

hang orang kedua aku jumpa yang ada THIS persamaan yang sebelum ni aku x pernah jumpa selain wardina. tapi antara hang dengan wardina, hang lagi banyak persamaan. sebab hang stay lama dengan aku kot. hehhe. tau x persamaan apa? can't state it here. hehe

ingat lagi time bila kita tgk video sama2. hehe. then, masa kita tgk minionnsssssss... hehe.


we laughed hard. very hard. dengan parody kita berdua. x leh blahh. hahah.

 sorry aku selalu cakap hang poyo. hang x poyo pun.. aku saje je cakap camtu. ntah la. mulut aku ni suke sangat sebut poyo. don't know why. hehe

I really,really,really miss you.

masa hang pergi.... semua Nampak aku tough. macam x de apa2 berlaku. ramai jugak yang Tanya

"aisyah x sedih ke NAZ pergi?"

again, apa punya soalan.. -.- herghhhhh...

entah la. tapi aku tahu yang hang tahu ape aku rasa dalam hati ni kan? u know me better than them :) sebab tu aku x perlu tunjuk kat diaorang. kau sorang tahu dah la. kan?

haih.. baru berapa hari hang pi rasa dah berbulan aku x luah perasaan.. hahahahha. hmm. tau x aku mimpi iqbal kelas hang haritu. haru wehh.. hahahha. mimpi dia cakap apa tah pasai kaki. ish3.. -.- kalau mimpi AC x pa la jugak. haaaaa! haritu terserempak dengan CA kat ko-op. tapi aku buat derk je la sebab.. hang x dak. kalau x boleh buat poyo kat situ sama2. hehe.

babe, aku senyap sebab aku tak tahu kita akan contact lagi ke x lepas ni. sebab tu aku x call, x mcj.. nak persiapkan diri takut kalau... hang lupa aku nanti (which I hope wont). huhuhuhuhuhuhuhuhu

I miss you so much! x tahu nak cakap apa. rajin2 la jenguk aku kat Kulim. biarlah persahabatan kita kekal sampai anak cucu weh. haha. nanti aku bawak cucu aku kita jalan sama2 kat taman. hahah. sweet gitu. kalau panjang umur lah. InsyaAllah. hehe. call aku kalau nak luah apa2. call je. aku sentiasa on. heheh. call tauu

that's all from me. thank you. thanks Nazlia for being my superb cubemate and thanks Allah pertemukan aku dengan dia. :)

muah! (rasa macam nak buat video je kat hang) hahhha.

Saturday, October 5, 2013

kenangan manis :) re:KAKOM

salam.

harini hari sabtu dan aku berada di rumah instead KMKu. hahahha. :P gelak dekat diri sendiri sebab tak rasa kerja assignment boleh siap. hehhhehehehe

btw... kenangan manis dekat Johor masih terngiang-ngiang... first time aku menyertai kejohanan peringkat kebangsaan. dulu stuck sampai negeri ja.. walaupun setapak je lagi aku boleh sertai kebangsaan time tu, tapi aku x dak rezeki dan aku tahu itu yang terbaik untuk aku. sebab kalau lah aku pi kebangsaan masa form 5.. hahahhahahahah.. hanya Allah yang tahu. dan aku mungkin tak akan jejak ke negeri Johor 2 minggu lepas. :)

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi aku dapat bawak balik pingat emas untuk Kolej MARA Kulim dalam acara lontar peluru. nasib x berapa nak menyebelahi aku dalam acara lempar cakera. aku redha. aku pasti ada hikmahnya disebalik setiap kejadian. nak kata frust tu.. bohong la kalau x dak tapi aku yakin Allah merancang yang terbaik untuk aku. heheh..

join olahraga.. menemukan aku dengan triple-A. gelaran yang cikgu Siti Zubaidah bagi *muka Nampak macam student. x pernah tgk dia marah. tu yang nampak awet muda. haha*.. kami digelar triple-A sebab nama kami start dengan huruf A dan kami rajin training sekali. :P

kami start rapatttt sangat masa dekat Johor. duduk sebilik. 3 orang je. yay. aku belasah 2 katil. *sebelah aku kosong je. sedih sebenarnya*. dari situlah mulanya manis bersahabat.. rutin kami.. bangun 3 pagi.. buat apa yang patut.. then study.. yang kelakarnya study kejap, pastu tido. bangun study lagi dan tidur.. sampai la kena turun padang. hahahaha.. janji kami bangun study okay ...

aku bersyukur dapat lepak dengan depa masa dekat Johor. kenapa? sebab.. kami saling ingat-memperingati.. ingat lagi masa jamuan mesra KAKOM.. majlis start dalam pukul 8 camtu.. masa nak start.. azan berkumandang.. aku, Ain dengan Adlin dah serba salah.. masjid dekat je.. aku pernah baca, dosa kalau keluar masjid bila dengar azan berkumandang kecuali kalau niat nak patah balik untuk solat. entah la. wallahualam. tapi, yang menjadi dilemma time tu, peserta disuruh ambil tempat dan kehendak kami nak ke masjid. rasa takut nak ingar arahan pengerusi pada masa yang sama.. gerun tidak melakukan perintah Allah.. kami putuskan ambil tempat dulu bawah khemah.. x nak malukan nama KMKu. lama sikit.. hati rasa resah x menentu.. tiba2, Ain pass kat aku tanda nama suruh simpan dalam beg. aku pun macam pelik la .. "korang nak gi mana?" tengok Adlin dah blah.. boleh pulak dia Blah sorang2. buat pahala x nak ajak.. aku pun ikut sekali la.. kitaorang pun solat kat masjid. dah solat balik khemah.. hati x yah cakap la. senang lenang. hahahahhaha.. Alhamdulillah..

lepas jamuan makan.. ada persembahan.. persembahan menyanyi aku boleh gagah lagi.. mai masuk persembahan tarian... Allahuakbar... sesak dada,mata,hati aku tengok. aurat x yah cakap la kalau baju pun macam nak terdedah.

siapa la yang tak tergoda dengan lentik seorang perempuan.

aku yang tertengok ni pun susah nak paling muka. astagfirullah... last2, kami triple-A naik dorm *bilik sebenarnya.* hohoho... masa acara penutup pun ada gak persembahan tarian cuma wardrobe dia lebih pergh la.. macam biasa, kami triple-A x de la balik bilik cuma berpandangan antara satu sama lain. haha. tapi aku respect la dekat felo aku sorang tu. dia x tengok pun persembahan tarian tu. dok hadap handphone ja. x tau la ralik main fb ke apa, dengan niat x nak tengok persembahan atau x sengaja.. tapi.. kalau ada orang boleh lari pi depan stage tgk dan rakam dan dia stay tgk handphone.. at least... its something right??

aku beli sim card celcom baru. dengan alasan nak ringankan beban abah aku yang bagi aku celcom line ni. tapi last2.. number baru ke mana, pakai line jugak. ye lah, dari abah aku bagi orang lain, baik aku pakai. x gitu nok?? :P

masa pergi sana, Alhamdulillah x de crush. x de minat2 kat pelajar atau peserta KAKOM.. x de ngorat2. rasanya. haha. kalau tegur melebih tu.. x sengaja. maaf.

waktu balik, triple-A naik van. hahha. mula2 aku duk belakang. bestttttttttt sangat. ops. lupa letak " ". hahahhha. then, abg camera tu tukaq tempat dengan aku. masa awai2 marah aku duk depan. bila aku duk belakang nak tukar lak. rasa bersalah ke? heheh.. x de lah gurau je. at least, dia bersikap gentlemen. boleh la. x tau la dia rasa apa kat belakang tu. siap boleh baring lagi. amboiii... dalam perjalan ke KMKu, kami singgah zoo Melaka. best. x ramai nak masuk sebab mahal tiket. cikgu hajar cakap tiket dalam RM3-5  ja. last2 harga sebenar.. RM 15. hahaha. amik hang. so, aku guna duit elaun. bhehehheeh.. penat doe jalan laju2.. masuk 10.45 kena keluar 11.30.. gilaalahh.. nak tawaf satu zoo.. tapi sempat je. hehe. rasanya x pergi semua tempat.

ada seorang kakak ni *aku panggil kakak je la* muka dia comel kot. pakai spek besaq. agak trendy.. mata dia serius aku cakap bulat kot. dah la bulat besaq la tu. mula2 kami triple-A macam ragu2.. spek dia ada power ke x.. teori aku... dia pakai contact lense then pakai spek x dak power or vice versa. hehe. then aku tgk, spek dia ada power.. so, maybe mata dia memang bulat dan besar. ahhaha..

dalam perjalanan.. depa belanja buah jambu kat kami. hahahha. last2.. aku bawak balik dorm 3 bungkus. tahu la aku suja jambu tapi... haha. sakit perut gak la lepas makan tu. banyak sangat. btw thanx sebab belanja. so nice u guys!

tu lah. salah satu kenangan manis aku semasa belajar di KMKu. Alhamdulillah.. :)

there is someone that... I love spending my time with.. walaupun bukan kawan atau.... seseorang yang rapat.. at least, lepak jauh2 dengan dia pun cam best je rasa. ergh.. ni dah masuk phase suka ka? x kot.. hohohoohoho.. -.-

k la. ciaww. banyak assignment x siap. *cakap homework marah lak satgi. budak kolej la katakan*.

salam

here's a pictures of my medal. <3

 

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...