Monday, November 3, 2014

kem Back to Basic 561

assalamualaikum.. 

sepatutnya aku tidur dah time macam ni, but then.. something happened just now, i got a phone call.. and its not a good news. so.. nope, i can't sleep yet. 

so.. last weekend aku join kem Back to Basic 561 dekat putra valley tanah merah. tempat pimpin siswa aku dulu. masa pi memang terimbau kenangan la. haha. tapi penempatan kali ni perghh sikit. dalam bilik ada aircond. bukan dalam khemah. haha. tapi aku rindu shower x ada bumbung tu. ada dinding je. nama je shower, tapi semua amik wuduk je kat situ. aku suka sebab.. malam2 boleh amik wuduk sambil tgk bintang. hahha. 

asalnya, kem back to basic ni penuh.. penuh yang amat sampai nama aku diaorg simpan dlu. last2, sebab continuous assesment (CA).. ramai tarik diri. memang rezeki aku agaknya. masa bg nama haritu, kakak BTB tu cakap dah penuh. tapi aku redha je la time tu. berlapang dada. tup2 dapat mcj kata ada kosong, aku boleh join. ape lagi.. on je la. hee

so.. kem tu bermula lepas isyak kat masjid murni. pagi jumaat baru bertolak ke putra valley. ok aku bukan nak cerita semua benda yang ada dalam tentatif. aku cerita sikit2 je la. 

best x kem BTB (back to basic)?

-serious best. segelintir orang macam was2 nak pergi ke tak kem BTB ni sebab ada CA.. tapi pada aku.. kalau aku x pergi kem BTB ni, belum tentu aku study anatomy time cuti. haha. so, daripada gagal dua-dua... aku decide join BTB. x dapat ilmu anatomy, dapat ilmu agama pun bagus jugak. lagipun, basic aku ni macam dah tak basic. huuu 

kakak btb ada cakap, kalau kita nak buat baik.. kita jangan fikir banyak. jangan fikir sangat apa kesan dia, apa rugi dia. bla bla bla.. i mean.. kita buat benda baik.. so, just pray to Allah.. mohon agar Allah jadikan kita, masukkan kita dalam golongan orang yang beruntung. insyaAllah. itu yang aku faham.

kem ni bunyi islamik. dengar ceramah je ke? 

-yang ni serious macam tipikal thinking . haha. aku faham. xpe. biar aku jawab. x, kem ni bukan ceramah semata-mata.. ada banyak aktiviti lain termasuk aktiviti fizikal. kau nak ape? explorace? mandi lumpur? mandi tasik? terjun tasik? hmm.. semua ada derrr... night walk pun ada.

islam ni menyeluruh. syumul. kau jangan jumud. x semestinya kalau cakap pasal agama, semua dalam masjid.. orang yang sampai kan ceramah ni semua ustaz-ustaz, ustazah-ustazah belaka. tak.. jangan fikir macam tu. tolonglah. aku mohon. jangan asingkan. study also is a part of Islam. 

ade je aktifviti fizikal. of course la a bit of islamic. setiap aktiviti ada pengisian. ada ibrah dia. yang mana satu faveret aku? aku suka............... explorace. fasal aktiviti.. aku nak cerita 3 aktiviti je. explorace, LDK dengan night walk.

explorace.

ada 8 checkpoint. macam2 la kena buat dalam checkpoint tu. group aku start dengan checkpoint 5 sebab kami group 5. aku cerita checkpoint yang menarik dan aku ingat boleh? actually semua menarik tapi..... aku dah x berapa ingat so... sorry eh. bukan x best, semua best. serious.

checkpoint 7. 

kami diberi satu situasi. kakak fasi berlakon dan kami kena teka situasinya. pandai kakak2 berlakon. haha.  situasinya adalah.. dua orang perempuan berada di tepi tasik. mereka mendedahkan aurat mereka (bukak tudung) dan bercampur antara lelaki. konon macam ada budak lelaki tengah mandi kat situ la. so.. soalannya..

1. nyatakan situasi itu. (aku dah cerita kat atas tu.)
2. apakah reaksi anda pada ketika itu?
3. nyatakan bagaimanakah anda akan menasihati berdasarkan/seperti Nabi Muhammad S.A.W.

untuk soalan dua.. kami jawab.. first kami terkejut then kami approach diaorang. nk bagi nasihat.
untuk soalan ketiga.. berdasarkan fahaman  sekiranya melihat satu kemungkaran, perlu dicegah melalui 3 perkara. tangan, lidah atau hati berdasarkan kemampuan. so.. sebab kami x berkemampuan dari segi tangan(kuasa).. maka kami akan menasihati melalui lidah. so.. cakap la gitu-gini..

then balik dari kem BTB aku teringat. betul ke aku boleh menasihati melalui lidah sekiranya aku mampu. kalau ada student study duduk sebelah-sebelah dua orang je.. berani ke aku nak pergi kat diaorang nasihat apa yang patut? will i ever do that atau aku just duduk/jalan jauh-jauh buat kerja aku? haha. i mean, aku x nak la jadi orang yang hebat bercakap tapi tak ada action. tapi berani ke aku? korang berani x? 

checkpoint 8. 

kami diberi cawan. dalam cawan tu ada isi air. task kami.. terbalikkan cawan tanpa tumpahkan air. so.. kami guna daun2 besar kat situ.. ye la.. try and error. x kan nak serah kalah je.. try2.. still tumpah juga setitik dua tiga dan empat titik. hahaha. banyak titik la tu maksudnya. abg fasi tu memang yakin je air akan tumpah. cis. haha. xpe lah. then. diaorang minta kami teka apa pengajaran di sebaliknya. klu dia ikhtilat.

ikhtilat tu pergaulan atau percampuran antara lelaki dan perempuan. dulu aku x tahu. serious. masuk matrik baru tahu. macam lambat je kan. hahah. xpe.. better late than never. so.. kami pun... hentam je la.. 

air itu ibarat ikhtilat. sejauh mana kami jaga x nak bagi tumpah walaupun cover dengan daun.. setitik dua still akan jatuh jugak. contoh yang aku ambil.. kepada mereka yang study lelaki perempuan ni la.. study berdua je. atas alasan study. aku cakap.. atas alasan apa pun.. perasaan tu still akan  wujud kalau x jaga ikhtilat. then.. dah dengar jawapan.. abg fasi tu cerita la yang sebenarnya..

air itu ibarat masyarakat. terbalikkan cawan itu ibarat perintah Allah. something like that. kadang2 kita nak buat apa yang Allah suruh, tapi kita terlalu concern pasal masyarakat sampai kita teragak-agak. camtu la yang aku faham. kalau salah........ astagfirullahalazim. haha. semoga Allah beri hidayah kat aku. 

then ada kakak buat penambahan sikit berdasarkan pendapat aku tadi sebab aku kata.. jaga macam mana sekalipun, perasaan tu tetap wujud. maksud aku sebenarnya.. merujuk kepada jaga perasaan masa belajar berdua.. but then, ayat BM teruk macam apa.. then.. ayat macam kurang proper so.. orang pun salah faham. its my fault. i know. but then.. bagus jugak kakak salah faham sebab lepas kakak tu buat penambahan dekat pendapat aku.. aku lebih jelas lagi dalam ikhtilat dan macam mana nak bagi orang faham maksud yang aku nak sampaikan.. so petik kata aku sendiri kat atas tu "air itu ibarat ikhtilat. sejauh mana kami jaga x nak bagi tumpah walaupun cover dengan daun.. setitik dua still akan jatuh jugak"... yang sebenarnya.. kita dah ada garis panduan. so.. just follow. bukan nya kalau jaga ikhtilat still akan ada perasaan. no. awak follow panduan tu then terjaga lah ikhtilat awak. so.. yang baca harap jangan pening. kalau pening.. tolong tanya yang berpengetahuan. 

then last sekali.. abg tu cakap.. jaga la ikhtilat. jaga ikhtilat dalam fb, ws, mana2 je lah. tapi yang paling aku tertarik bila dia kata jangan lembut tengkok. group aku semua cam blur je termasuk aku. pastu abg tu tunjuk contoh dengan melembutkan tengkok dia. haha. aku x ingat macam mana rupa abg tu bila dia lembutkan tengkok dia sebab aku lebih ingat reaksi kawan aku yg tengok abg tu. hehe. tapi......... aku rasa cam.. tahu2 je kenapa tetiba abg tu cakap pasal lembut tengkok. masa iron baju baru macam tahu kenapa. kenapa? ada la. :)


LDK

kami kena pilih sama ada nak guna lagu atau scene dalam movie. pilih dan kritik apa yang x elok serta bagi penambahbaikan secara islamik. group aku buat cerita frozen. serious aku sorang je dalam group yang tak tengok cerita tu lagi. so... diaorg bincang2 la.. aku bincang sikit2 je.. sebab aku kalau boleh... x nak bagi idea dalam bab2 berlakon ni. memang hancus. sebab aku dah try banyak kali dalam kem2 sebelum ni.. kalau aku beriya bagi idea dalam berlakon... group aku memang akan hancus punya lah. serious talk. so.. bincang2 aku jadi olaf. kami ambil scene ..... sorry x ingt. haha. masa bincang2 tu.. aku sembang dengan muaz. budak nursing. haritu aku jumpa dia dekat terminal bas. kitaorg x cukup 1 org lagi nak naik teksi. teksi mahal kot. boleh je dapat 15-20 tapi teksi tu nk 25. kurang asam betul. ha.. masa cakap dengan muaz ni la yang aku rasa macam tahu kenapa ada abg mention pasal lembut tengkok tu. hu hu hu . masa cakap dengan muaz, ada abg fasi lain x salah aku abg rafiq kot.. rasanya lah. (aku teruk sikti dalam hal2 ingat nama ni. MAAF). dia tengok je aku sembang dengan muaz. siap senyum lak tu. aku pun x tahu nk buat pe.. malu gak lah. yg abg mention lembut tengkok tu x salah aku nama dia hanif. kot. haha. 

selepas persembahan setiap group.. group lain kena bagi bintang.. group aku constant bagi 9 kat group lain because they deserve it.. we thought so. bila time group aku present.. memang awkward jugak la. aku jadi olaf. scene yang diaorg buat tu.. olaf macam x de kena mengena. haha. habis aku nak masuk kat mna? pastu ada sorang ni tetiba x de watak. so cakap je la kawan olaf. haha. nampak x betapa bijak nya kami cover. so.. diaorang berlakon je la and aku duduk je kat tepi.. aku nak participate jugak dalam persembahan because i should! because i'm a part of the group. then.. sebagai olaf.. aku bagi la sedikit pengisian dan pendapat aku sikit. perghh. aku baru intro orang dah gelak. i mean.. positive reaction la. wahh terharunya sebab mostly org krik2 je time persembahan kem dlu2. hahaha. then.. aku proceed la dengan pengisian dari aku. last sekali? penonton tepuk.. ahhhh bestnyee.. no more cengkerik. haha. dan paling best bila ada fasi cakap bgi 11 bintang. markah sampai 10 je. haha. sukeeeee :D

pengajaran aktiviti LDK ni sebenarnya.. yang aku dapat la.. sesuatu perkara ada baik buruknya. macam movies.. orang kata x elok.. banyak buruknya.. dari segi penyampaian tersirat tersurat.. itu la ini la.. actually its up to us. dalam buruk2 kita still boleh dapat kebaikkan. kita kena cari la. think out of the box. cuma.. bab aurat terbukak tu.. aku x sure la. so.. maybe korang tgk kartun je kot. haha. ape2 pun.. seronok nye dapat 11 bintang walaupun x diiktiraf 11. hahaa


next.. NIGHT WALK

actually x de la jalan dalam hutan. just tutup mata and diaorang bawa kami kat satu tempat. pftt depan tu je pun. tapi aku ni macam penakut sikit la.. kalau bab masuk hutan, baca doa tu semua memang aku anggap serious. haha. xpe lah. sebelum start, abg fasi briefing la itu ini.. salah satu nya.. dia cakap.. orang yang mengubat ni diorang mostly guna al-fatihah dengan.. ape tah. maaf saya x ingt. its somewhere in my brain but seems like i cant find it right now. its 2.43 am. (again.. ini berdasarkan pemahaman aku). so.. lepas aku diletakkan di somewhere.. aku duduk la. berzikir. abg tu cakap suh berzikir. mula2 macam seram tapi aku percaya aku selamat sebab aku bergantung sepenuhnya pada Allah time tu. pergh nikmatnya rasa time tu. aku pegang 3 perkara je time tu. perkara tu aku dapat masa dalam kuliah BTB ni la. antaranya..

1. kalau semua makhluk berpakat, bergabung untuk memberi manfaat kepada aku, hakikatnya mereka tak boleh beri satu manfaat pun kepada aku. kalau aku dapat juga, ia telah tertulis di luh mahfuz. kerja Allah semua tu.

2. kalau semua makhluk berpakat, bergabung untuk memudaratkan aku, hakikatnya mudarat yang terkena itu bukan kerana mereka, tetapi kerana ia telah tertulis di luh mahfuz. again, itu semua kerja Allah.

3. nak minta sesuatu, minta je dengan Allah.

so.. lepas aku duduk.. aku duduk je la.. ade je kakak2 kacau.. hehe.. xde la seram time tu. serious x seram. mungkin sebab aku bergantung sepenuhnya kat Allah.. nak dijadikan cerita.. ada seorang kakak ni (insyaAllah kakak fasi. x tahu la kalau......) dia datang pastu dia bisik cakap.. "jom awak.. ikut saya pergi tempat lebih cerah sikit." .. weh.. kalau kau dengar pun kau rasa ayat dia cam lain. ragu2 aku. haha. so aku mula2 nak bangun.. pastu aku duduk balik. aku berdalih la. aku x percaya tu kakak fasi. then aku suruh buktikan yang dia tu kakak fasi. dia cakap la nk bukti macam mana? aku cakap.. baca al-fatihah. dia baca la. sedap :) then dia kata "jom".. pastu...... aku cakap.. x nak. time tu aku dengar dia gelak. gelak macam pfttt. cmtu lah. haha. pastu dia kata " jom la.. nyamuk banyak kat sini. lagipun sini gelap". aku still degil x nak. yela dah aku ragu2.. kakak usrah cakap kalau ragu2 tinggal kan je. so aku "tinggalkan" kakak fasi yang ajak aku tu la. pastu kak fasi cakap lagi "nanti awak bukak mata pastu tgk tempat gelap ni, jangan marah akak ok?" aku cakap ok. psatu kakak tu cakap lagi.. "betul ni awak x nak ikut akak? awak percaya dengan Allah?" aku cakap ya. then kakak tu berlalu pergi selepas memberi salam. "waalaikumsalam" aku jawab. then memang ramai kakak fasi suruh aku ubah tempat. tapi cara dia macam kakak tadi la. ada yang cakap2 then tinggal je. ada yang bila aku suh buktikan.. dia blah je. hahha.. last2... aku jadi peserta terakhir yang masuk tapak perhimpunan. hahahhaha. sorry guys. sorry sgt2. huuu. harap x menyusah kan. tapi paling sedih bila ada kakak ni tanya "kakak mana yang awak dh kenal?" (camtu la maksud dia)... aku bagi la 2-3 nama. serious aku x ingt.. walhal ade je lagi nama yang aku tahu tapi aku x sebut. nervous ke ape aku pun x tahu.. pastu kakak tu bagi ayat pasrah bila aku cakap aku x ingat nama yang lain.. dia cakap "sampai hati awak." pergh... sentap derr.. sorry kakak.. sorry sangat2. :(

tu lah antara perkara yang aku nak kongsikan harini. ada banyak lagi. serious banyak lagi tapi, cukup lah setakat ini. hehe.

ada sekali tu.. aku dengan kawan2 aku jalan ke dewan makan nak sarapan pagi.. pastu abg hanif tetiba tegur cakap.. "pakai baju tasik ke? bau tasik je".. pergh baq hang... bau tasik kot. terus aku menghidu baju dan tudung. gile la kalau orang dah tegur cmtu.. malu kot.. memang la aku x pakai baju mandi tasik semalam tapi... hati  masih tak tenteram time tu. x tahu la aku abg tu tgh buat lawak ke atau serious. ntah la. huhu

so.. ape-ape pun.. aku bersyukur aku terpilih untuk join kem BTB ni. insyaAllah.. iman akan terus dimantopkan. cewah. 

jap ada lagi nk bagitahu... apa yang kita tengah buat.. perbuatan biasa macam belajar, study, tidur makan.. tu semua boleh jadi ibadah kepada Allah. memang kita hidup di muka bumi ni pun untuk beribadah kepada Allah. so, lepas solat subuh.. sambung sikit dalam doa tu agar segala perbuatan kita menjadi ibadah kepada Allah. 

dan ingin aku sampaikan kata atau peringatan abg/fasi Rafiq...


Kita nampak baik sebab Allah masih menutup aib kita. Jika Allah buka aib,pasti ada yang saling meludah dan membaling tahi ke wajah.
Lebih menghairankan adalah mereka yang sengaja menunjukkan aib sendiri seperti golongan yang tidak menutup aurat(aib) dengan sempurna seperti "Jilboobs"(bertudung tidak menutupi dada) yang semakin menular dalam kalangan masyarakat.
Astaghfirullah. Bukan niat nak menunjukkan kononnya diri lebih baik. Semoga mereka menjadi lebih baik.

lebih kurang mcm ni la maksud dia. teks ni aku copy dari fb. tpi dia jugak lah yang karang. sumber dan isi still sama. 

satu lagi.. sepotong ayat yang abg/fasi hanif selalu kongsikan.. 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
"Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 


thats all. salam. 

p/s: gambar xde. sorry

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...