alhamdulillah aku dah sampai kelantan dan dah ada dalam bilik pun dengan selamatnya. SERTA maklumat tambahan, aku dapat connect wifi dengan sendirinya. haha. satu kejayaan kecil. hue hue hue.
so.... dah lama jugak aku x update blog. hmm nak kata busy tu, tak la sangat sebab aku still leh tidur pada waktu yang tak sepatutnya kan.. tapi tu lah, mungkin belum ada kesempatan. sekarang ada kesempatan :p
lately.. soalan paling common org tanya kat aku ialah
"macam mana kelantan? best x kelantan?"
hahha. aku x tau nak jawab dari segi best shopping ka, apa ka sebab aku x keluar mana pun. setakat keluar makan depan usm ja. paling teruk ke mydin. haha. tapi kalau dari segi makan, aku leh cerita. makanan kat kelantan ni, manis baq hangggg. hahha. minuman seharian aku air kosong. serious aku x berapa tahan dengan manis kelantan ni. manis makanan dia semanis wajah mereka. aicewahh.. ada reader kelantan ke kat sini? hehehe.
tapi yang paling aku x puas hati, masa aku pi kem pimpin siswa. time tu sakit hati baq hang. aku x nak cerita pasal fasi, aku nk cerita pasal... orang besar. pergh.. memang besar.
besar di sini bukan dari segi fizikal atau mental, tapi dari segi pangkat dia. macam ni cerita dia....
ada la satu aktiviti tu, hari jumaat, sebelum solat zohor. aktiviti tu dipanggil survival cooking. (ntah la. aku hantam je. hahah). kami semua ada tiga company. dalam tiga company tu ada 4 platun. aku company A, platun 3. kalau nak cari maii la, aku ada sini (bajet). setiap platun dalam company masing2, ada barang yang dibekalkan. semua berlainan dengan platun2 lain. so, kalau x cukup barang, kena la buat sistem barter dengan platun dalam company korang. kat situ leh nampak la siapa yang kedekut dan siapa yang x reti buat sistem barter yang adil kan. hahahhaaha. aku hidup kan api dan tanak nasi je. rasa cam terror jugak la aku hidup kan api tanpa guna mancis kan (curi api kat platun lain. eh bukan curi.. mintakk). hehehhe... boleh eksyen kat abah aku. :P tapi... bila teringat balik.. aku cam poyo dan terlebih over lak masa jaga api. hahhaa. mcm jaga anak uh. not that aku ada anak la.. -.-
so kami pun masak. ada yang kene sembelih ayam bagai.. tu malas cerita. straight to the point.. aku kena present pasal juadah yang platun kami sediakan. sampai turn aku.. aku goreng je la. tetiba orang besar ni tanya aku..
"awak rasa, kenapa orang kelantan ramai hidap penyakit diabetis?"
aku x tau kenapa dia tanya aku soalan tu, maybe sebab aku cakap kat dia aku ni program dietetik kot. xpe lah. anyway, aku jawab soalan dia.
"pada saya, mungkin sebab makanan kelantan manis-manis lagipun -.."
pastu tetiba orang besar tu menyampuk
"awak jaga sikit ea mulut awak!"
pergh bapak r time tu memang aku sentap bhaii.. dah la depan org ramai. nasib bek time tu x kenal. boleh aku buat muka selamba
"orang kelantan ni, dapat diabetis sebab mereka selalu makan nasi. orang dulu-dulu mereka- nanti dulu, awak orang mana?"
aku cakap la aku orang kedah. (bola kalah. x pa la. haha) pastu dia sambung ...
"orang dulu makan nasi tapi mereka turun ke sawah. orang kelantan sekarang makan nasi 4 kali sehari tapi hampir semua duduk dalam pejabat je. so, penggunaan bla bla bla.. glucose yang x digunakan tu punca utama diabetis. makanan manis satu hal.."
aku angguk je walhal panas derr dalam hati ni. haha
"hmm xpe. teruskan bagi pendapat awak."
"ok, saya lepasan pelajar Kolej MARA Kulim. (promote baq hang). majoriti pelajar sana semua dari kelantan. even bestfriend saya pun orang kelantan (salah satu). rata2 semua cakap makanan kelantan manis. so, sebab tu la saya cakap makanan kelantan manis. lagipun.." then aku x igt aku merepek apa lagi.
sat. masalah dia kat sini.. AWAT HANG INGAT ORANG KEDAH X MAKAN NASI KA APA? HUIIII ORANG KEDAH ADA LADANG PADI HANG TAUUU...
agak2 r.. memang lepas kena dengan orang besar tu.. aku nak makan pun x lalu.. hari tu je la. haha. hari2 lain semua aku sapu. heee. tu je la. sampai harini aku cam rasa.. erghh... geramnya! hahha.
tapi makanan sini memang manis. manis. manis. aku x larat nak makan luar. lidah belum adaptasi dengan makanan kelantan. belum adaptadi pun aku bedal je. hue hue hue.
tp overall okay la. nak kata mahal ke x, pada aku mahal. sebab guna duit sendiri atau memang harga makanan mahal... tu no comment.
buat sementara waktu, ni la peristiwa/kenangan yang melekat selekat-lekatnya dalam kepala otak aku. haha. next time sambung cerita lain maybe cerita teksi dan prebet sapu? (betul ke eja?) haha. ape2 pun.. assalam
thanks for ur time