alhamdulillah.. selesai interview dietetik aku. fuhh.. my first interview. not bad. well, last kne interview mse aku sekolah rendah. tu pun untuk jawatan ape tah.. haa, ketua pengawas. tu tak kire r sebab mak aku cikgu sekolah tu kan. hahhaha.
okay. biar r aku cerita sikit. mne tau besok ade adik2 yang nak pergi interview untuk course ni jugak ke. aku share pengalaman je. kalau membantu, alhamdulillah la.. kalau x seberapa.. harap maaf, ini mungkin hanya sekadar bacaan ringan. hee :)
aku serious nervous sangat. hhahahha. aku mula2 x tahu pun dietetik tu amende. bila dah dapat interview, baru la aku selidik. oo.. ini rupenye kerja dietitian. sejak aku google pasal course dietetik ni, tetiba aku rasa macam.. dah "jatuh cinta" pulak dengan course tu. hehe.
dietetik? amende?
dietetik ni.. hmm.. aku bagitahu ringkas2 je.. yang len, kau pandai2 cari.. kalau x nanti, kau mesti x ingat.. so, buat la homework sendiri ye.
dietitian ni, kerja dia.. berkaitan makanan. mostly akan bekerja di hospital. ade je yang kerja dekat klinik kesihatan dan kerja luar macam institut pemakanan. dietitian ni berbeza sikit dengan nutritionist. (mse temuduga berbelit lidah aku nak sebut bende alah ni. nervous punya pasal kan. haha. redha je lah). aku bagi dalam point lah. aku tau. kau mesti malas bce kan. :p
dietitian
- MERAWAT penyakit dengan membantu pesakit melalui kawalan pemakanan pesakit. corak pemakanan,penyakit,persekitaran dan keperluan pesakit akan dikaji.
- mostly interact face-to-face dengan pesakit. lebih personal
- pakar dalam bab pemakanan, nutrisi, zat makanan, dan lain-lain.
nutritionist
- lebih mesra dengan komuniti
- bekerja di klinik kesihatan and mostly untuk komuniti la
- MENCEGAH penyakit kronik dari menjadi lebih teruk
- kebanyakkan anjuran progam/kempen ni, kerje diaorang la
- beri informasi tentang penjagaan makanan
- interact mostly dengan orang yang sihat
ok. pengalaman aku. aku duk kedah. interview dekat kelantan. jauh tu.. hahha.. kau try la sendiri travel dari kedah ke kelantan. SATU FAKTA MENARIK. aku x tahu pun sebelum ni.. hahha. jalan ke kelantan x ade tol. aku macam.. biar betul! x caye kot. haha. tp memang x de tol. hehe. jimat lorh.
apa kau kne buat kalau dapat inteview course ni? apa persedian kau untuk interview course dietetik?
- selidik pasal course ni.. (duhhh -.-)
- beza kan dengan course2 yang mungkin ada persamaan. mana tau panel temuduga suh kau compare. (memang suruh pun)
- selidik pasal usm. kalau rajin la. (aku x buat pun dan panel x tanya pun. lol)
- be prepared about ur body language. kau pergi la google pasal psikologi sikit. aku tnya cousin je.
- prepare baju yang.. elok la. dan jangan lupa seterika. serious. -.-
- be confident. untuk temuduga.
- buat nota ringkas kalau rse sherammmm sangat kann
- google map. mana tau kot sesat ka
ala. kau buat kajian sikit la. kaji ape itu dietetik semua. tu je.
temuduga aku pukul 8.15 pagi. awal tu.. bertolak dari kedah pukul 12 malam. sampai sana pukul berapa tah.. 5 lebih sampai dah rse. aku siap2 dengan baju kurung... then.. pergilah ke USM Kubang Kerian.
susah jugak cari tempat. sebab aku tersesat dekat blok mna tah. then tanya staf usm tu. pembantu pentadbiran rasanya. dia kecek kelate. NASIB BAIK KOLEJ MARA KULIM DULU RAMAI BUDAK KELATE. family aku semua bergantung pada aku je la kalau ore kecek kelate. sebab family aku x pehe (x faham). hahha. makanan kat cafe sedap gak. hehe
sampai dekat tempat temuduga, ade macam kerani (kot) dia minta sijil. check2 slip kehadiran dan sijil akademik. lepas tu ada ujian rabun warna lak. aku lulus. alhamdulillah. then, tunggu la nk masuk dalam bilik. sekali temuduga 4 orang. aku tak nafikan ramai Chinese. ada yg dari a-level, matriks,asasi la ape la.
sementara tunggu orang dalam bilik tu habis ditemuduga.. aku lepak kat luar dulu. duduk2 sambil sembang, kejap je la sembang nye pun. x tahu nak sembang ape. menguap je lebih. bukan aku sorang, semua lebih kurang sama je. ngantuk kot. atau maybe bosan. hahah. ok. sorry. skip kepada temuduga.. jeng3..
masuk dalam bilik.. panel temuduga (lelaki) yang bukak/pegang pintu. gentle gak r. hehe
mula2 panel tu perkenal kan diri diaorang. aku ni susah nak ingat nama. lebih senang ingat muka. so, aku punya la fokus last2 aku ingat dua daripada empat je nama penemuduga tu. lol. then dia suruh kami perkenal kan diri. aku kira beruntung la sebab dalam bilik tu.. yg ditemuduga ada 3 perempuan melayu, 1 perempuan cina. so, x de lah kekok sangat. Dr tu cakap dalam bahasa melayu, so kami pun cakap la dalam bahasa melayu. kalau dalam batch sebelum ni, kakak tu cakap ade test dalam bahasa inggeris dan melayu. cuak jugak aku. haha.
Dr. : sila perkenalkan diri kamu.. latar belakang, family,dan kenapa pilih dietetik?
aku : pot pet pot pet. heheh
alhamdulillah.. soalan yang dia tanya aku boleh jawab. syukur. ade je soalan killer macam..
"karbohidrat ada berapa jenis?"
"apa beza dietitian dan nutritionist?"
"kamu tahu masak?"
walau x ambil bio mse matrik, boleh la aku jawan soalan dia sebab search google punya pasal. hehhe. kalau nak harap spm.. erk.
cmni je.. kalau dia tanya, kau jangan jawab something yang kau x berapa pasti. JANGAN TUNJUK PANDAI LA. serious. sebab nanti kau kne balik. contoh?
Dr : "apa itu dietetik?"
candidate : "dietetik tu macam merawat penyakit. bla2.. penyakit berjangkit nanti bla.. bla.. bla,,"
then tetiba Dr tu akan tanya.. (walaupun macam krik krik je)
Dr : " bagi contoh penyakit x berjangkit "
candidate : "penyakit x berjangkit tu, maksudnya tidak terjejas walaupun berlaku persentuhan bla.. bla.."
jawapan dia senang je.. sakit jantung, diabetis. kanser..
diaorang x nak kau skema sangat. x nak lebih kepada theory. kne open la. ringkas dan padat. so, semuanya ikut kepada apa yang kau jawab. then, diaorang akan tanya soalan berdasarkan respon yang kau bagi tu.
emm.. gatal sikit.. sebelum pegi temuduga.. kene daftar dekat pendaftaran setempat dulu dekat kantin. sign nama then isi borang. lepas sign kertas, aku duduk sebelah makcik ni. nak isi borang kan. aku tgk mak cik ni sorang je. pastu tetiba dia beramah mesra dengan aku. aku pun layan je la. hahhaa. mak cik tu orang terengganu. aku ni, kalau dengar orang cakap terengganu, automatik suara Ustaz Azhar berkumandang dalam otak aku. hahahha. semua lebih kurang sme je.. sembang punya sembang, rupa-rupanya anak dia kat depan r.. hensem gak. muka nerd je. heheheheheheh.. anak dia amik course kejururawatan. anak bongsu. aku pun " oh ye ke? " . hahha. sekadar melihat. kejap je la. tgk lame2 bahaya. hahah
tu je la. sekian.
ngantuk r. huhu.
ape2 pun.. usaha tangga kejayaan. rezeki Allah kita x boleh nak duga. kalau x ada kat dietetik, mungkin ada kat tempat lain. kau tahu x.. dalam 100++ permohonan.. USM nak 25 ORANG SAHAJA. hahha. how bout that?
p/s: hp battery mati. charger buat hal. adik2 aku semua phone battery low tahap gaban. abah aku orang paling bahagia sebab anak2 dia x pegang hp. huuuuuuu. abah aku bawak 3 phone. apa cita? nk pinjam pun x bagi. saje je. hahhah. x pe la. at least, lebih masa dengan family. ye lah. kalau teknologi dah ada kat tangan.. faham2 je la. fesbuk memanjang.
ciaw. all the best!