kalau korang tengok post bawah-bawah, aku dah share pasal interview aku dulu. but then i just wanna share it again. why? because you must well-prepared!
tips aku..
First - check kau dapat ke tak temuduga. ada segelintir tu Universiti akan hantar mcj bagitahu diaorang dapat interview tapi untuk kepastian dan langkah berjaga-jaga, lebih elok kalau korang selalu update dan check sendiri kat laman web. maksud aku disini, jangan tunggu dapat mcj. haha.
Second - macam aku dulu, aku tak ingat aku pilih kos apa. then bila dapat interview aku sendiri macam 'eh aku memang pilih ke kos ni??' haha. tapi tak mengapa. korang still ada masa. so masa yang ada tu gunakan sebaiknya.
- cari segala yang berkaitan dengan kos korang. cari peluang pekerjaan yang ada. semualah yang berkaitan dengan kos korang. make sure u r keep on track. jangan cari banyak maklumat then korang tercampur itu ini. haha. haru weh.
- search background universiti pilihan korang. macam siapa dekan dia.. VC dia.. semua lah. tapi aku x buat pun dulu. sebab tak ada orang bagitahu pun. dan alhamdulillah tak ditanya. haha. aku dah la lemah bab ingat nama ni. hehe. so optional. kalau korang rasa perlu ingat.. sila lah hafal
- cari la senior sorang. korang rujuk. sekarang semua di hujung jari. haha. facebook kan ada. facebook connecting people.
Third - dress good. clean. pergi la search cara-cara afdal nak duduk macam mana.. nak cakap macam mana.. secara ringkas aku boleh bagi... jangan silang kaki, duduk tegak dengan tenang, senyum, cakap dengan jelas, kurangkan pergerakan tangan, JANGAN JADI PASIF! kalau kau pasif memang silap la. macam peluang dah ada depan mata tapi kau berjalan je nak rebut peluang tu. walhal yang lain berlari siap naik jet lagi. tapi bila dah tak pasif kau jangan terlalu poyo lak. macam kawan aku.. (interview kelab). orang tu tanya soalan kat aku, tetiba dia yang jawab. haha. aku rilek je la sebab aku nak try nasib je. hehe. tapi kat situ leh amik pengajaran lah.
Fourth - kalau tempat interview tu jauh dan korang tak pernah pergi, sila lah bukak google maps. hahaha. serious ni. dan jangan lupa book hotel/motel/rumah tumpangan. senang nanti tak payah nak cari-cari dah.
Fifth - bawak pen. susun sijil ikut tahun. yang paling baru dan diikuti paling lama. then jangan lupa sarapan. kalau boleh beli la biskut. mana tau lapar masa nak daftar ke. hee. then, apa lagi ek.. haa minum banyak air. jangan dehydrated. tak nak dalam bilik interview nanti kau nampak macam tak bermaya je. emmm tu je kot. kalau ada apa-apa nanti aku update lagi.
kalau ada apa nak tanya u guys can just email me kalau aku tahu, aku jawab. insyaAllah. all the best! ingat rezeki Allah yang bagi. :) kerja kita buat yang terbaik je. mulakan dengan baik dan habiskan dengan lagi baik. thats all from me, harap bermanfaat. goodluck~
i would be happy if u can give some response in comments below.
No comments:
Post a Comment