Showing posts with label info menarik. Show all posts
Showing posts with label info menarik. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

halatuju lepas SPM

assalamualaikum dan salam sejahtera. so, result SPM dah keluar. apa cer?

first aku nak cakap, redha la dengan result korang tu. benda yang lepas jangan dikenang. kau dapat result SPM teruk? x payah nak menyesal sedih bagai kenapa kau x study 5 bulan awal or whatsoever lah. x perlu. just ambil pengajaran.  sepatutnya, waktu ni kau kena ligat mencari jalan mana hala tuju kau. percayalah aku, aturan Allah tu dah cukup cantik untuk kita. aku bukan nak jadi cliche kat sini, tapi aku cakap berdasarkan pengalaman aku. cukup manis.

okay. aku nak kongsi sikit pasal halatuju selepas SPM. aku tak ada la senior sangat bab ni tapi, aku suka berkongsi bab ni. kalau ada permohonan jadi fasilitator untuk program2 selepas SPM ni memang aku nak sangat masuk sebab lepas SPM ni lah kehidupan sebenar korang bermula.

ok. aku letak link kat sini. korang masuk group fb ni. ada kaunselor yang tubuhkan group ni. group facebook halatuju pendidikan selepas spm



klik link kat bawah kalau nak beli buku panduan selepas SPM. x mahal pun. KAU TEKAN LINK TU SEKARANG!


then korang leh semak post2 lama aku dalam blog ni. kalau rajin and rasa nak tambah ilmu, pergi la tekan link link yang ada. serious aku cakap, maklumat di hujung jari, kalau kau rasa kau nak ilmu, pergi klik dan baca. tiada paksaan. kalau malas scroll, pergi dekat sebelah kanan aku dah classified. 

untuk yang result x berapa banyak A sebab korang datang lambat, yang lain dah ambil banyak A tu (lawak hambar)... jangan seteghessss. A bukan penentu segalanya. bilangan A bukan penentu tawaran U yang korang akan dapat. pengambilan student adalah berdasarkan merit.


kawan aku seorang tu, aktif kokurikulum, dapat 8A, ketua pengawas lagi.. dia mohon asasi undang-undang tapi x dapat. walhal aku dapat kurang 8A dah dapat surat tawaran asasi undang-undang. aku bukan nak riak ke apa tapi aku nak buktikan kat sini yang bilangan A bukan penentu kemasukan ke sesebuah IPTA. !

ni laman web MARA. jangan nak menggedik rasa MARA ni low class. aku cepuk jugak kang. jangan cakap.. ala, x nak masuk kptm.. x de class.. x nak masuk situ.. nak masuk UITM jugak.. kalau aku dapat budak macam ni, memang aku tenyeh2 dia.. ada impian nak masuk tu x pe, kemudian-kemudian hari mana tahu leh sambung pengajian dekat universiti impian korang. tapi kalau jenis memilih ni payah. nak yang branded je. adik, x kisah la awak duduk mana yang penting proses belajar tu. nah. TEKAN LINK, BACA, HADAM DAN ISI. 


perkara penting korang kena alert.. TARIKH TUTUP PERMOHONAN! tolonglah alert bab ni. jangan terlalu lambat mengetahui sesuatu. 

okay. ada yang runsing result SPM low, so dia takut nak kerja apa nanti. JANGAN! as i said before, jangan risau pasal result korang. macam ni la, aku dah jumpa ramai senior, pakcik makcik study kos lain, kerja lain. lagipun kerja ni semua rezeki Allah. macam mana sekalipun lepas kita usaha dan merancang bagai.. at one point kita akan serah segalanya bulat-bulat dekat Allah sebab Dia maha berkuasa. makanya wahai adik-adik, bila awak isi UPU atau sebarang permohonan, pilih la kos yang anda minat. KOS YANG ANDA MINAT! bila awak minat, awak jadi lebih produktif, kreatif dan segala yang baik-baik. idea akan datang sendiri. 

buat sementara ni, banyak ni je yang terlintas kat fikiran aku. kalau ada apa2 aku nak kongsi lagi nanti aku bagitahu. kalau korang nak tanya apa2 just tulis kat comment. and kalau nak secara personal, u guys can je facebook me. kau jangan hack facebook aku lak. aku tampor kang. ok lah. thats all from me. all the best! 

nak gi kuliah niiii~

Wednesday, June 4, 2014

semak keputusan MATRIKULASI 2013/2014

bismillah..

ok. sepatutnya pukul 10.00 pagi 5.6.2014 dah boleh check result matrik. tapi tah macam mana, ada student cakap depa boleh bukak result ptg harini. kawan aku salah seorang nya... dia pun bagitau la aku. aku try la.. mmg boleh bukak.. tapi aku takut sangat nak percaya. haha. takut nak berharap. then dalam pukul 9.00 malam camtu kawan sekuliah aku mcj kat fb. dia cakap dia dah check result. tapi lepas dia check, laman web tu tutup. laman web tu cakap pukul 10.00 pagi nanti baru leh check. arh x kisah lah.

macam mana nak check? ada 3 cara!!!

1. guna laman web.


2. guna sms

taip MOE MAK <NO KAD PENGENALAN> hantar ke 15888
hantar masa pukul 10.00 5.6.2014

3. telefon Kolej masing2.. nk no tel kolej, hangpa kena bukak link ni.. NO TELEFON MATRIKULASI SAYA

kalau PNGK hangpa antara 1.5 dan 2.0... hangpa akan mengulang PST... kalau yang dah mengulang tapi PNGK antara 1.5 dan 2.0 jugak.. dikira gagal..

JANGAN LUPA KEMASKINI UPU FASA 2.


jodoh rezeki dan maut tu semua rahsia Allah. yang penting kita dah usaha.. wallahualam.


Friday, May 9, 2014

interview dietetik. usm. hehe

assalamualaikum. hehehhe

alhamdulillah.. selesai interview dietetik aku. fuhh.. my first interview. not bad. well, last kne interview mse aku sekolah rendah. tu pun untuk jawatan ape tah.. haa, ketua pengawas. tu tak kire r sebab mak aku cikgu sekolah tu kan. hahhaha.

okay. biar r aku cerita sikit. mne tau besok ade adik2 yang nak pergi interview untuk course ni jugak ke. aku share pengalaman je. kalau membantu, alhamdulillah la.. kalau x seberapa.. harap maaf, ini mungkin hanya sekadar bacaan ringan. hee :)

aku serious nervous sangat. hhahahha. aku mula2 x tahu pun dietetik tu amende. bila dah dapat interview, baru la aku selidik. oo.. ini rupenye kerja dietitian. sejak aku google pasal course dietetik ni, tetiba aku rasa macam.. dah "jatuh cinta" pulak dengan course tu. hehe.

dietetik? amende?

dietetik ni.. hmm.. aku bagitahu ringkas2 je.. yang len, kau pandai2 cari.. kalau x nanti, kau mesti x ingat.. so, buat la homework sendiri ye.

dietitian ni, kerja dia.. berkaitan makanan. mostly akan bekerja di hospital. ade je yang kerja dekat klinik kesihatan dan kerja luar macam institut pemakanan. dietitian ni berbeza sikit dengan nutritionist. (mse temuduga berbelit lidah aku nak sebut bende alah ni. nervous punya pasal kan. haha. redha je lah). aku bagi dalam point lah. aku tau. kau mesti malas bce kan. :p

dietitian

  • MERAWAT penyakit dengan membantu pesakit melalui kawalan pemakanan pesakit. corak pemakanan,penyakit,persekitaran dan keperluan pesakit akan dikaji. 
  • mostly interact face-to-face dengan pesakit. lebih personal
  • pakar dalam bab pemakanan, nutrisi, zat makanan, dan lain-lain.
nutritionist
  • lebih mesra dengan komuniti
  • bekerja di klinik kesihatan and mostly untuk komuniti la
  • MENCEGAH penyakit kronik dari menjadi lebih teruk
  • kebanyakkan anjuran progam/kempen ni, kerje diaorang la
  • beri informasi tentang penjagaan makanan
  • interact mostly dengan orang yang sihat
ok. pengalaman aku. aku duk kedah. interview dekat kelantan. jauh tu.. hahha.. kau try la sendiri travel dari kedah ke kelantan. SATU FAKTA MENARIK. aku x tahu pun sebelum ni.. hahha. jalan ke kelantan x ade tol. aku macam.. biar betul! x caye kot. haha. tp memang x de tol. hehe. jimat lorh.

apa kau kne buat kalau dapat inteview course ni? apa persedian kau untuk interview course dietetik?
  • selidik pasal course ni.. (duhhh -.-)
  • beza kan dengan course2 yang mungkin ada persamaan. mana tau panel temuduga suh kau compare. (memang suruh pun)
  • selidik pasal usm. kalau rajin la. (aku x buat pun dan panel x tanya pun. lol)
  • be prepared about ur body language. kau pergi la google pasal psikologi sikit. aku tnya cousin je. 
  • prepare baju yang.. elok la. dan jangan lupa seterika. serious. -.-
  • be confident. untuk temuduga. 
  • buat nota ringkas kalau rse sherammmm sangat kann
  • google map. mana tau kot sesat ka
ala. kau buat kajian sikit la. kaji ape itu dietetik semua. tu je. 

temuduga aku pukul 8.15 pagi. awal tu.. bertolak dari kedah pukul 12 malam. sampai sana pukul berapa tah.. 5 lebih sampai dah rse. aku siap2 dengan baju kurung... then.. pergilah ke USM Kubang Kerian. 

susah jugak cari tempat. sebab aku tersesat dekat blok mna tah. then tanya staf usm tu. pembantu pentadbiran rasanya. dia kecek kelate. NASIB BAIK KOLEJ MARA KULIM DULU RAMAI BUDAK KELATE. family aku semua bergantung pada aku je la kalau ore kecek kelate. sebab family aku x pehe (x faham). hahha. makanan kat cafe sedap gak. hehe

sampai dekat tempat temuduga, ade macam kerani (kot) dia minta sijil. check2 slip kehadiran dan sijil akademik. lepas tu ada ujian rabun warna lak. aku lulus. alhamdulillah. then, tunggu la nk masuk dalam bilik. sekali temuduga 4 orang. aku tak nafikan ramai Chinese. ada yg dari a-level, matriks,asasi la ape la. 

sementara tunggu orang dalam bilik tu habis ditemuduga.. aku lepak kat luar dulu. duduk2 sambil sembang, kejap je la sembang nye pun. x tahu nak sembang ape. menguap je lebih. bukan aku sorang, semua lebih kurang sama je. ngantuk kot. atau maybe bosan. hahah. ok. sorry. skip kepada temuduga.. jeng3..

masuk dalam bilik.. panel temuduga (lelaki) yang bukak/pegang pintu. gentle gak r. hehe

mula2 panel tu perkenal kan diri diaorang. aku ni susah nak ingat nama. lebih senang ingat muka. so, aku punya la fokus last2 aku ingat dua daripada empat je nama penemuduga tu. lol. then dia suruh kami perkenal kan diri. aku kira beruntung la sebab dalam bilik tu.. yg ditemuduga ada 3 perempuan melayu, 1 perempuan cina. so, x de lah kekok sangat. Dr tu cakap dalam bahasa melayu, so kami pun cakap la dalam bahasa melayu. kalau dalam batch sebelum ni, kakak tu cakap ade test dalam bahasa inggeris dan melayu. cuak jugak aku. haha.

Dr. : sila perkenalkan diri kamu.. latar belakang, family,dan kenapa pilih dietetik?
aku : pot pet pot pet. heheh

alhamdulillah.. soalan yang dia tanya aku boleh jawab. syukur. ade je soalan killer macam..

"karbohidrat ada berapa jenis?"
"apa beza dietitian dan nutritionist?"
"kamu tahu masak?"

walau x ambil bio mse matrik, boleh la aku jawan soalan dia sebab search google punya pasal. hehhe. kalau nak harap spm.. erk.

cmni je.. kalau dia tanya, kau jangan jawab something yang kau x berapa pasti. JANGAN TUNJUK PANDAI LA. serious. sebab nanti kau kne balik. contoh?

Dr : "apa itu dietetik?"
candidate : "dietetik tu macam merawat penyakit. bla2.. penyakit berjangkit nanti bla.. bla.. bla,,"

then tetiba Dr tu akan tanya.. (walaupun macam krik krik je)

Dr : " bagi contoh penyakit x berjangkit "
candidate : "penyakit x berjangkit tu, maksudnya tidak terjejas walaupun berlaku persentuhan bla.. bla.."

jawapan dia senang je.. sakit jantung, diabetis. kanser.. 

diaorang x nak kau skema sangat. x nak lebih kepada theory. kne open la. ringkas dan padat. so, semuanya ikut kepada apa yang kau jawab. then, diaorang akan tanya soalan berdasarkan respon yang kau bagi tu.

emm.. gatal sikit.. sebelum pegi temuduga.. kene daftar dekat pendaftaran setempat dulu dekat kantin. sign nama then isi borang. lepas sign kertas, aku duduk sebelah makcik ni. nak isi borang kan. aku tgk mak cik ni sorang je. pastu tetiba dia beramah mesra dengan aku. aku pun layan je la. hahhaa. mak cik tu orang terengganu. aku ni, kalau dengar orang cakap terengganu, automatik suara Ustaz Azhar berkumandang dalam otak aku. hahahha. semua lebih kurang sme je.. sembang punya sembang, rupa-rupanya anak dia kat depan r.. hensem gak. muka nerd je. heheheheheheh.. anak dia amik course kejururawatan. anak bongsu. aku pun " oh ye ke? " . hahha. sekadar melihat. kejap je la. tgk lame2 bahaya. hahah

tu je la. sekian. 

ngantuk r. huhu.

ape2 pun.. usaha tangga kejayaan. rezeki Allah kita x boleh nak duga. kalau x ada kat dietetik, mungkin ada kat tempat lain. kau tahu x.. dalam 100++ permohonan.. USM nak 25 ORANG SAHAJA. hahha. how bout that?

p/s: hp battery mati. charger buat hal. adik2 aku semua phone battery low tahap gaban. abah aku orang paling bahagia sebab anak2 dia x pegang hp. huuuuuuu. abah aku bawak 3 phone. apa cita? nk pinjam pun x bagi. saje je. hahhah. x pe la. at least, lebih masa dengan family. ye lah. kalau teknologi dah ada kat tangan.. faham2 je la. fesbuk memanjang. 

ciaw. all the best!

Wednesday, May 7, 2014

matrikulasi? DONE! bye-bye Kolej MARA Kulim

bismillah.. assalamualaikum :) hai..

ni cubaan kedua. masa kali pertama aku tulis banyak2, pastu internet down, draft save 2-3 line je. tau x parah betul hati aku time tu. sedih!

ok sambung.
dah cukup 8 hari aku tamat pengajian matrikulasi. well.. banyak kenangan. banyak yang aku belajar. biar aku cerita.

first.. post sebelum ni aku ada cakap.. aku x nak msuk matrik dan entah macam mana takdir masuk kan aku dalam Kolej MARA Kulim ni. hehe. jawapan istikarah aku. dan aku x menyesal masuk Kolej MARA Kulim. seriously :)

ok la. aku cte pasal Kolej MARA Kulim. (aku type dengan penuh usaha mengurangkan geseran dan tekanan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang kuat. sebab? sebab mak aku suruh tido. hehhe)

em.. cte pasal matrikulasi dulu la. matrik dulu ada dua pilihan je. aku cakap pasal aliran sains tau. akaun segala benda aku x tau. dulu ada sains hayat dan sains fizikal. tapi sekarang ni len sikit. dia ikut modul.

modul 1

  • biologi
  • chemistry
  • physics
  • mathematics
modul 2
  • physics
  • chemistry
  • mathematics
  • science computer
modul 3
  • biologi
  • chemistry
  • mathematics
  • science computer
so kat sini korang dah nampak.. spe yang trauma biology mse spm, disyorkan amik modul 2. spe yang fobia dengan physics mse spm, ambil modul 3. spe yang yakin walaupun result dulu x seberapa.. x de hal. ambil je modul 1 dan mana2 modul yang kau nak. 

lebih bagus kalau korang dah tahu nak ambil ijazah ape nanti.. so x payah la ambil subjek yg x diperlukan. contoh.. nak jadi engineer kapal.. perlu ke ambil biology? x kot. tapi kalau kau ambil biology, x de masalah. boleh je jadi engineer kapal. 

aku x kan cakap modul satu senang dapat ijazah. sebab pada aku.. yg penting result final. kalau kau ambil modul 1 tapi x boleh bawak, x gune jugak. macam ni la. kalau blur x tahu nak ambil yang mana, kau solat istikarah ok?

x salah aku modul dah ditetapkan. tpi jangan risau. kau leh tukar modul. bukan mse daftar la. ade la time2 lepas tu. jangan sem 2 baru nak tukar dah la. bengong namenye.

kalau pasal lecture.. pada aku... lain lecture, lain demand nye. hahahhahaha. serious. -.- meh aku cte lecture aku cmne.

cikgu physics - Pn. Fazlina

cikgu ni pada aku la.. mke dia macam cina sikit. hehe. lawa tu subjektif. tp pada aku, dia lawa la jugak. motto dia.. bergerak dalam kelajuan cahaya. hahha. kalau ada baki masa 2-3 minit.. kau jangan harap nk keluar awal. haha. dia simple je. masuk kelas jangan lambat. kalau kau lambat, hahha. buat lah ketuk ketampi. lepas tu.. aku dulu.. setiap ahad kne masuk awal kelas dia. contoh, kuliah start 2.30, kami kne masuk 2.15. hehhe. cmtu la. cikgu ni, kau jangan bagi dia marah la. dia paling marah kalau bende senang kau x leh buat. fuhh.. pada aku.. tu macam pantang dia la. kalau korang fokus, aku rse ok kot. sebab cikgu ni dia suka ulang. hehe

cikgu chemistry - Pn. Elyani

kami panggil dia teacher El. comel baq hangg! muka macam kacukkan tapi dia cakap.. dia original Malaysia. hahha. aku bersyukur sangat dapat dia sebagai cikgu chemis aku. sebab, mse spm dlu, chemis aku mcm pe je. aku trauma skit. tapi bila masuk matrik, alhamdulillah.. result chem aku, x pernah buat aku sedih. dia ajar mmg best! dia lebih fokus dekat tutorial. dengan teacher El, satu je. siapkan tutorial dia. kalau x buat tutorial, jangan berani masuk kelas dia. lebih baik kau ponteng. sebab pada dia, tutorial tu semua basic. kalau x buat basic, macam mna nak pi buat past year question. haa. one more. cikgu ni, lemah lembut je. tapi kalau kau buat dia marah.. siap la kau. hati yang besar, boleh kering jadi kecik sekecik-keciknya. ayat dia.. fuhhh.. dia x jerit atau tinggi suara.. tapi, sekali dia marah... kadang2, kau x sanggup nk tgk muka dia. walaupun dia marah umum. aku cmtu la. heheh. touching lebih :P

cikgu science computer - Pn. Aminahtun

cikgu ni baikk sangat. very concern about her students. pakai tudung labuh. cikgu ni selalu buat tazkirah ringkas sebelum dia start lecture. nk kata cikgu ni demand, x sangat. tapi.. mse msuk sem 2.. kami banyak kne dende macam ketuk ketampi dan cubit. cubit dia powerr oooo. hahahh. tu semua sebab dia cakap kami mcam main2. cikgu ni pemurah. dia bagi hadiah kalau score A dalam subjek dia. untuk quiz pun dapat hadiah. heheh. best btl! tapi nanti kalau batch korang x dapat, jangan minta2 kat dia lak. tu x tahu malu nama nya. 

cikgu english - Pn. Hairi Waznati Azra

nama dia unik kan? dan panjang. hehehhe. mula aku macma confuse jugak nak sebut nama cikgu ni. lama2.. biasa bro. teacher ni.. serious aku cakap.. baik betul!!!!!!!! kerja teacher organized. dia felo asrama jugak. kalau kau ade masalah, kau cakap je dengan cikgu ni. macam aku, kalau ade masalah asrama ke ape, aku cakap dengan teacher je. senang berbincang. teacher comel. english teacher, fluent perghhh.. satu je aku nak cakap pasal teacher ni.. hati dia.. sensitive sikit. aku pernah bergurau dengan dia dulu. tapi dia terasa. serious, aku menyesal gila sampai harini. x sangka lak aku dah sakitkan hati teacher. sorry teacher. huhu. KAU JANGAN CARI PASAL DENGAN TEACHER!

cikgu mathematics - emm

susah aku nak cakap. sebab cikgu math aku asyik tukar je kje. aku rse, cikgu math x banyak karenah dia. not bad la.. 

kat kolej aku, kami still panggil cikgu dan sir.. tapi matrik lain, ade je panggil madam bagai.. ikut kolej dan ikut lecture. hehe

kat KMKu ni.. penginapan pelajar bukan dalam bilik. tapi dalam asrama. setiap asrama ada lebih kurang 28-40 katil. setiap 2 katil akan dipisahkan dengan dinding. bilik hanya disediakan untuk pelajar USM. kau jangan tanya kenapa. -.-

kat KMKu ni, bukan ade pelajar matrik je.. dia ade jugak pelajar UniKl,USM dan UMK. KMKu selalu jemput penceramah. penceramah datang bagi ceramah la.. ape lagi.. selalunya hari khamis. lepas tu, hari Rabu ada kuliah fardhu ain. semua wajib turun. ada Ustaz Mudawwali. best ceramah dia. lawak dan kelakar dan berinformasi. TURUN TAU! JANGAN SKIP! then, untuk ladies, korang ada extra kuliah fardhu ain pada awal pagi jumaat, biasa la.. percentage perempuan nak masuk Neraka tinggi kan? deep ! :p

kat Kolej MARA, korang akan dapat elaun Rm 100.00 sebulan. matrik lain macam Penang,Changlun dan seangkatan dengannya yang bukan under mara akan dapat Rm 250.00 sebulan. mesti semua macam.. kenapa MARA bagi elaun sikit sangat? eh, kau ni mata duitan ke? hahha. gurau je. kalau MARA, dia dah sediakan makanan untuk korang. so, macam jimat la sikit. ok pe makan 4 kali sehari. ce kau kira kalau kau beli makan sendiri. cukup ke Rm 250 tu? kawan aku pun jimat tahap cipan kat matrik changlun tu.

baju? 

emm.. lelaki baju jangan ketat. selalunya polos. polos tu mcm x de corak. tie!! tali leher kne ade. yang fashionista leh bawak banyak2. kasut berkulit. atau pvc. kau tanya aminrul dia pakai kasut ape. dia tu fesyen sikit. aku nii.. hahhaa. 

kalau perempuan.. jubah dulu dibenarkan.. lepas tu waktu akhir2 dah x boleh. sebab ade yang pakai jubah body hugging. erg. tapi kalau nak pakai jubah waktu makan x pe. waktu kuliah je x leh. baju kurung x boleh ketat. jangan jarang. tudung boleh pakai shawl,bawal,dan lain2. jangan nampak aurat atau x pakai tudung lansung dah la. kasut bertutup. warna gelap. pvc atau kulit.


apa yang disediakan oleh pihak Kolej semasa pendaftaran??

  • cadar dan 1 sarung bantal (aku bawak comforter dan 3 bantal yang gebu. KAU JANGAN BAWAK! NANTI TDO JE LEBIH KAT DORM)
  • baldi
  • beg dobi
  • baju makmal
  • tu je kot?
ape yg korang kne bawak?
  • extension x lebih 3 plug. maksud aku, paling banyak leh cucuk 3 plug je. 4 x boleh. 
  • ubat nyamuk. beli yang gune plug. jgn gune api
  • kertas pembalut hadiah. (lapik atas dan dalam loker)
  • air yang banyak (takut dahaga)
  • selipar dan sandal. (untuk dalam tandas dan turun makan)
  • telekung DUA! (bagi yang rajin turun surau. leh tinggal satu kat surau. hehe )
  • tu je kot?
yg lain pandai2 la fikir. kalau nak suruh aku check boleh. kau tulis list kau nanti aku check mne yang x cukup. mention kat twitter r. kalau okay, aku bgi facebook aku. hehe. aku memang kerek sikit. :P

ape lagi eh?

pengalaman dengan kawan.. best. first time aku dapat best friend lelaki. tpi kat sana aku dapat 3 best friend. satu lelaki. 2 perempuan. hehe. kat KMKu ni majoriti kelantan r. hahhaa. mula2 macam kekok tapi lama2, kau faham la sikit2 diaorang cakap apa. ade je budak kelantan cakap luar. tapi kalau kau dapat kawan yang cakap pekat, nasib kau r.

aku x tahu nk terang ape lagi. cmni la. kalau korang ade ape2 kemusykilan.. mention tweet aku.. tp aku bt tweet aku private. so, korang kne follow aku dlu. dah habis tanya.. boleh unfollow balik. heheeh. 

@aisyahelims

rsenye ade gambar, jap.




ni dorm aku. BLOK D. dorm ZUHUD. belah atas tu ZUHUD. aras bawah DORM VISI. UMK penghuninye.

lawa x pemandangan? 

pemandangan dari cube aku. spe dapat zuhud 33/34.. tu cube aku la tu. sorry lupe cabut nota chemis dekat loker. huu

kucing kat KMKu. ade banyak lagi kucing. korang boleh bawak makanan kucing bagi penggemar kucing. meoww

ni makmal komputer, abg tu.. budak kelas aku. tpi x sme tutorial. dia pegang hp. dia pegang je. eksyen. kau jangan ikut dia!

this is physics. waktu tutorial cikgu akan suruh buat kat depan. so, better siapkan tutorial kau

this is PRS. pembimbing rakan sebaya. aku PRS jugak. tp rsenye aku x de dalam tu. x yah la cari

ni bilangan pelajar dekat KMKu. mmg x ramai. kalau matrik lain boleh cecah 2 ribu kot.

this is the AMAZING HALL. hahha. dewan besar. kau akan tahu betapa amazingnya dewan ni

ok. this is my cube. sepatutnya ada cubemate. tp dia pindah. so aku gabung katil. sebab takut biarkan katil sebelah kosong

x boleh tauuuuuuu gabung katil. FELO MARAH. jangan ikut aku


kalau x bergambar, x sah. ni kawan aku dari tutorial lain. tgh buat experiment. yg tgh2 tu YDP. ahli Majlis Perwakilan Pelajar. abang Zul. ceh. abang. hahha.

pemandangan padang dari tingkat 3 from makmal computer. bagitahu aku kalau korang nampak permandangan ni


nak tgk x bestfriend aku??

nah!

NI BESTFRIEND AKU SEJAK SEKOLAH MENENGAH. RASHIDAH NAMANYA.

x tahu knp ada salji. hahha. rashidah belah kiri. baju hijau. MPP tuuu




NI BEILA. ORE KELATE. COMEL!

gambar edit. heheheh.

sweet x kami? waktu bbq kelas D
beila!! ni dekat study putra

selfie candid! hehehe. 

ade running man dekat belakang ce tgk. hahhahha

i just miss her!! want to hug her again!
beila khusyuk. :D

MY NEXT BESTFRIEND. ZATIL. PELAJAR UNIKL :)
dia yg tengah2 tu. ramai cakap kami cousin. hehehehhe. 

perjumpaan bestfriends. hehe. zatil bawak ayam bbq kelas dia untuk aku. sweeeeetttt!!
zatil with me :) dekat surau


MY ANOTHER BESTFRIEND. AMINRUL. HERGH. DIA SUKA SELFIE. GUNA PHONE AKU. -.-
candid. aku suke tgk dia pakai songkok. hehhe. dlu la. sekarang.. entah la.. ikut dia la nk pakai ke x. hahha. 

ramai orang cakap hensem la. cute la. aku rse.. emm.. atas pagar. boleh le
waktu bbq. mule2 muke dia macam.. boring. then nsib bek dia senyum skit. dia tolong aku kupas carrot. thanks :) jenuh aku pujuk. sebab...... aku cakap dia menyibuk. aku x sengaje. aku gurau kasar. sorry xD


OK. YANG BAWAH NI SEMUA KAWAN2 AKU. :)
Exam. heheheheh


this is maziah. kawan rapat beila. orang kelantan. cubemate beila

ni El. orang ipoh. satu dorm dengan beila. sekelas dengan aku. :D

hari sukan. heheh. kami warna biruu! x tahu knp aminrul buat mulut mcm tu. perli aku ke ape?
ydp. zulhilmi. cats lover. sangat!

prs! kami tgh siapkan dewan. heheheh.


GUESS WHO IS THIS?!
this is me. mse KAKOM. aku masuk olaharaga. :)
thats all. harap membantu. lastly.. kau belajar mana pun, sama je. yang boleh ubah diri kau adalah kau sorang. so.. kalau buntu, solat istikarah,solat hajat buat la solat sunat. mengadu pada Allah kerana sesungguhnya Allah S.W.T lebih mengetahui. 

wasalam.


Thursday, May 16, 2013

hadiah hari guru... yang paling best~!

salam..

heheh.. semua orang tahu, hari ni hari GURU kan ! hehhe.. so, ceq ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia ni :)

cakap tentang hari guru, teringat bila mak aku penat bukak pembalut hadiah *penat tapi best* pemberian anak-anak murid dia. hahaha.. siapa yang tidak gembira apabila diri dihargai kann.... tapi, jadi cikgu ni, bukan setahun dua ja, tapi bertahun-tahun.. mama *gedik je panggil mama, selalu panggil mak. hahhaa* aku dah berkhidmat hampir 15 tahun dah.. so, kadang2 ada la jugak jenis2 hadiah yang boleh dikategorikan dari pemberian anak murid diaa. hahha. kelakar? benda ni serious okay :P

kategori hadiah *pemerhatian aku*


  • hadiah biasa
- pasu bunga kecik
- kad hari guru
- pewangi dalam botol bunga (zaman dulu femesss)
- key chain
- dan lain-lain


  • hadiah ringkas
- pen merah
- coklat
- bunga mawar fresh
- sms
- mug cawan

  • hadiah rumit
- cenderamata dari melancong
- makanan buatan sendiri
- kain baju/tudung
- pen yang diukir nama
- tuppaware/minyak wangi *mahal kot*

so.. masa korang kecik2 dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah, korang selalu bagi hadiah dalam kategori apa ek? hahahha

meh aku terangkan hadiah pemberian yang ideal...

islam mengajar kita untuk bersederhana dalam setiap perkara. so, lebih baik kalau pilih kategori hadiah ringkas. kenapa? okay, aku bagi contoh.. pen merah.. bayangkan, kalau cikgu bagi satu kerja sekolah.. agak2, berapa banyak buku dia kena semak?? dalam satu hari tu pulak, berapa banyak kelas yang dia ajar? tambah-tambah semua, cuba kali dengan 5 * sekolah 5 hari seminggu* lepas tu kali 4 * 4 minggu sebulan dannnnn kali 11 *11 bulan setahun*.. agak2, berapa banyak duit cikgu kena beli pen merah? kat sini dah boleh nampak, bagi pen merah amat bermakna buat guru2. heheh .. jimatttt duit cikgu..

ada sesetengah lak hadiah yang jenis boleh guna kat rumah macam mug cawan.. memang akan selalu digunakan dan... maybe akan selalu dikenang.. mana tahu. :) then, macam barang2 yang boleh dipakai sehari/sekali macam bunga,coklat atau sms... maybe x kekal sampai tahun depan, tapi benda2 ni x menyusahkan cikgu2 nak simpan pasu bunga kecik ceria 99 . ye la.. nak buang sayang, x buang semak.. huhu.. jangan la membebankan cikgu anda.. contoh anak murid mak aku yang sorang ni.. bagi coklat hershey's.. so sweet what.. :)


so... pilih la hadiah mana yang korang nak bagi. asalkan tulus ihklas dari hati. :)

ciaww

Monday, May 13, 2013

how much is your website worth????

jeles betul dengan google :P


aku punya, x de la mahal sangat.. tapi lepas la kalau nak jalan2. wakakakak 

Sunday, April 21, 2013

adakah anda tergolong dalam 'attention seeker' ?

first of all, tahu ke apa itu attention seeker?


tahu tak apa itu HPD? HPD ialah Histrionic personality disorder yakni cluster B personality disorder. *bla..bla..bla..* orang yang ada penyakit ni cenderung untuk menarik perhatian orang lain. sesetengahnya mungkin akan "mengorat" ataupun cari fasal dengan orang lain untuk mendapatkan perhatian. penyakit "attention seeker" ni cenderung berlaku kepada mereka yang bergelar remaja ataupun.. TEENAGERS. *boleh tengok secara terang-terangan dekat facebook sekarang ni :P* . 'histrionics' mempunyai rasa yang kuat untuk memiliki PENGHARGAAN, KEKAGUMAN DAN KEYAKINAN. mereka digelar HEDONIS bagi yang kerap meluangkan masa dalam menjadikan diri mereka menarik dan popular.

nisbah yang menjangkiti wanita lebih tinggi dari lelaki iaitu.. 4:1.

kadangkala, mereka yang mempunyai penyakit HPD ini, mempunyai keinginan yang sangattt tinggi untuk perhatian, membuat penampilan yang tidak sesuai dan membesar-besarkan tingkah laku dan emosi mereka. mereka juga mungkin mempamerkan tingkah laku seksual yang provokatif, luahkan emosi yang kuat dengan gaya impresionistis, dann MUDAH DIPENGARUHI ORANG LAIN. antara ciri termasuklah, egocentrism, kepuasan diri, keinginan yang berterusan untuk peningkatan, dan tingkah laku manipulatif untuk mencapai keperluan mereka sendiri.

PUNCA HPD tidak ketahui namun, peristiwa zaman kanak-kanak seperti kematian atau pun penyakit dalam keluarga (rasa kebimbangan yang berterusan) , penceraian ibu bapa dan genetik berkemungkinan terlibat dalam punca HPD.

so.... adakah anda tergolong dalam 'attention seeker' ???

pada aku la.. siapa yang ada facebook, twitter, instagram, *bla.. bla.. bla..* tu semua attention seeker. :) tambah-tambah lagi , kalau ada gambar lebih dari mencukupi.. what is that?? what is it for?? yup. aku mengaku. aku pun mencari perhatian jugak. so what?! jangan tipu la kalau cakap x pernah nak tarik perhatian. sekurang-kurangnya mesti pernah tarik perhatian mak atau abah kan? senang cerita, semua benda ada batasnya.. tengok laa carian perhatian anda semua tahap mana. adakah semakin kritikal? adakah anda, adalah jenis yang melakukan segala-galanya hanyalah untuk perhatian? jangan lupa, kadang-kadang, kita juga perlu bersendirian. :)

adalah lebih baik sekiranya kita lakukan semua secara bersederhana. :)

yang penting, tahu apa yang kita buat. jangan sampai merana semata ingin mencari perhatian. jangan buat benda tak senonoh.. sebab apa sekalipun, kita dikurniakan akal. akal untuk membezakan antara baik dan buruk.

pengajaran :

fikir baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu
dan 
jangan bertindak mengikut nafsu...



Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...