alhamdulillah.. aku dah siap packing beg. :) huhuhu.. aku bukan nak berkeluh-kesah tapi.. rasa sedih pula bila nak tinggalkan mak dan abah aku untuk dua minggu ini. walhal, waktu cuti semester. so sad. tengok abah aku macam sedih, mak aku pula macam nak tak nak bagi aku pergi.. MACAM. i don't know. banyak sangat masa aku yang tidak diluang bersama mereka. macam ini ke aku untuk alam pekerjaan nanti? harap-harap tak. mak abah aku dah bagi makan pakai cukup *tgk la body. tough. vitamin ABDCE semua cukup. :P*. ajar itu ini dekat aku. kalau ada kekurangan dan silap.. bukan salah mak abah aku, tapi salah aku yang belum bijak berfikir. kasih sayang melimpah-limpah untuk aku. itu yang aku ni nampak macam anak bongsu. kui3.. so, kalau boleh.. InsyaAllah.. aku nak balas jasa mak abah aku nanti..
so,here i am.. menghabiskan masa-masa yang ada dalam rumah ni. serious, rasa nak menangis pula bila fikir esok dah nak bertolak. sedih rasa bila mak aku mengadu rindu aku.. sedih rasa bila tak boleh tolong mak aku packing barang nak pindah rumah. paling sedih bila teringat aku dah jarang bergurau senda dengan mak. OMG. aku boleh menangis sekarang jugak. hahha. anak manja. rasa bahagia tak terkata bila mak masak untuk aku. nasi lemak. sedap kot. baru merasa air tangan mak. kalau kat ds, org tu masak pastu dok marah2. macam x ikhlas. lain la mak. mak masak dengan kasih sayang :'). pernah rasa masakan dengan kasih sayang? sedap kan? aku terharu bila mak aku masak sebab.. aku tahu mak aku sibuk.. cikgu kan? tambah-tambah lagi perjumpaan waris nak dekat. parents x semua membantu. salah sikit melenting. macam cikgu ni hamba depa. kadang-kadang anak yang belajar kat sekolah tu lagi betul daripada cikgu. kadang-kadang aku tertanya, kalau mak bapak x respect kat cikgu, macam mana anak-anak nak hormat, dengar cakap cikgu? dimanakah berkat sesuatu ilmu kalau adab kepada guru tu tiada? berkat x? maybe sebab tu, ramai anak muda ponteng sekolah. maybe sebab tu, pelajar kita x berapa nak maju. maybe? aku tak tahu. tapi korang pandai-pandai lah fikir kesan x hormat guru. :) especially if you are parents.
so, tu lah..hmm.. mak aku ada tanya nak hp apa.. aku cakap la samsung note 3. mak aku nampak eager sangat nak beli.. tapi aku x kisah pun kalau mak aku tak beli. aku cakap je *gatai mulut*. aku sangat2 x nak susahkan mak aku. cukup la dia bekerja nak bagi makan kat aku. atau, maybe tu bahasa halus mak aku nak bagi hint aku jarang call dia? sorry mak T.T
mak aku nak sangat bawak aku pi bercuti luar negara. hmm.. sabar ye mak. nanti ecah kumpul cukup duit.. ecah bawak mak pi mana ja mak nak. okay? mak tunggu sat ja. nanti ecah dah kerja.. insyaAllah mak rilek goyang kaki je. mak bersara lah jadi cikgu.. biar ecah tanggung mak. ok?
ok. berhenti sedih2. sebab aku tahu, kalau aku sedih mak aku lagi sedih. dan bila mak aku lagi sedih, aku akan jadi lagi lagi sedih. dan bila aku jadi camtu mak aku lak jadi lagi lagi lagi lagi sedih.. dan aku pulakkk.. arghh.. begitu lah putarannya. sedih x habis. hahahha
so.. harini makan durian. haritu cakap nak makan durian last2, abah beli dah harini. see? anak manja. hehehehhehehehehehe. :P
hmm.
wow. aku kagum jugak dengan diri aku. aku x balas mcj harini. x banyak. selalu kalau kawan aku mcj, aku balas je. harini, entah la. sorry. setiap orang ada masalah dan aku perlukan masa bersendirian. masa berfikir. masa untuk segala-galanya.
seriously.. luka yang dalam meninggalkan parut, dan untuk menghilangkan parut.. ianya memerlukan masa yang sangat lama. dan serious cakap, susah. :) so.. be patient. maaf tu dah pasti.. already forgive you.. its just that.. i need time to forget. this is the effect of keeping it everything in your heart. mungkin kita orang yang jenis taram atau senang cerita pendendam.. tapi aku, jenis taram yang simpan dalam hati.. hadam segalanya sampai.. aku sendiri x boleh nak kawal *which is not good* . bila sampai limit, aku burst sedikit rasa dan rasa itu mengganggu segala-galanya walhal dalam hati aku masih ada "rasa itu". lainlah hang, punya bicara yang bisa menusuk mana2 kalbu dengan kata2 yang boleh menjadi pedang atau madu pada sesiapa yang kau bicarakan. senang cerita.. hang diibaratkan landak yang ada duri tajam sebagai SHIELD dan aku hanya kura-kura yang bersembunyi disebalik cengkerang. tidak berbisa cukup sekadar perlingdungan.
unlike you.. you have so many mediums to advice people. fb, dakwah,seniors and more. but me? aku lebih suka pilih pendekatan yang personal. and it takes times. very long time. yes. aku belum move on. sebab sejujurnya.. aku tak tahu bila aku boleh melupakan perkara ni. dan aku x tahu kenapa, hang selalu ingat kenangan yang pahit sedangkan belakang kita ada banyak kenangan manis. atau maybe aku je yang rasa kenangan manis tu dan segalanya pahit untuk hang. idk. sorry.
so.. aku x boleh respon apa2 kat hang. i dont have the strength.. do not want to rely on anybody,x nak susah kan sesiapa dengan masalah aku ni.. so, i'm going to handle it by myself.. and.. i need time.
arghh.. rasa macam malas pulopp nak pi Pahang. dah la da masalah transport haritu. nasib baik abah boleh keluar hantaq aku jap. walaupun aku maybe sampai awal 1 jam tapi.. at least abah aku dah bg huge effort untuk aku. orang kerja swasta ingat senang ke nak keluar2 kerja? aku x cakap kerja kerajaan senang ponteng. x pun. jangan nak salah faham lak. -.-
btw.. mula2 abah aku saja gempak cakap.. dia kata kat pengurus aku x jadi pi. huhuhuhuhuhuhuh. time tu frust. tapi sat ja. sebab.. serious aku x kisah. i mean, serious.. hahhaha. macam x dak rasa apa. aku boleh terima. last2, bapak aku call kata esok dia hantaq.. so.. yeah.. aku pi. hurmm.. nampak perngorbanan ibu bapa kita? kita merungut kita x dak apa2,mereka x berusaha,semua tidak mencukupi tapi sedarlah.. mereka buat yang termampu untuk kita. :)
hmm.. x tahu nak cakap apa. its just that.. i'm feeling little fresh right now after......
OHHH! nak sampaikan satu cerita pengajaran yang aku rasa.. wow. aku rasa. hangpa aku x tau la
cerita dia.. budak perempuan ni nak laptop. katanya dia perlu, atas dasar sebagai seorang pelajar, dia nak buat tugasan yang diberi. so, dia request kat bapak dia. (request kot. hahahaha). then.. sampai satu masa, bapak dia beli laptop ni.. tapi bapak dia x bagi teruih kat budak perempuan tu. bapak tu just sediakan akaun khas untuk anak perempuan dia. so, kalau anak dia nak guna, just bukak akaun. tapi akaun tu boleh dipantau oleh bapak dia. family security yooouuuuu. haha. bapak perempuan tu x bagi anak perempuan dia bawak laptop pergi kolej. maybe sebab takut anak perempuan dia lagha dengan laptop atau risau akan perkara negative. bapak dia hanya hantar laptop kalau urgent je. baik kan? siap hantar lagi. punya nak jaga anak perempuan dia. ingat senang nak ada anak perempuann? lepas tu.. satu hari.. anak dia cuti sem.. menghadap laptop je keje. dulu study, sekarang online je. katanya.. takpe. bapak dia bagi. laptop is yours. then, satu hari ni.. anak perempuan dia keluar tidur rumah kawan, lupa nak tutup laptop.. esok hari, bila budak perempuan tu cari laptop, x de.. last2 dia jumpa kat bilik bapak dia. dia serba salah nak ambil.. sebab dalam bilik bapak dia.. tapi sebab x nak bosan (alasan. ) dia amik jugak. dia cuma berharap bapak dia x marah. bila dia bukak laptop, dia nampak akaun bapak dia still on. x log off lagi. wow. i mean, peluang besar kan? tapi atas didikan mak bapak dia.. dia tau jaga hak privasi orang lain. so, dia pun tolong bapak dia log off akaun dan dia bukak akaun dia lalu.. macam biasa. aktiviti yang selalu dia buat.. onlineee je keje. waktu berjalan menghampiri waktu petang. dia mula gelisah. bapak dia nak balikk dahhh. balik kerja. dia fikir.. sama ada dia letak balik laptop dalam bilik atau biarkan kat ruang tamu. kalau letak balik dalam bilik, bapak dia mungkin tak berapa nak perasan tapi kalau bapak dia bukak laptop, kantoi la sebab dia dah tolong bapak dia log off td. tapi, kalau biar kat ruang tamu, tu dh kira menyerah habis.. so, dia fikir punya fikir.. dia decide.. dia letak je kat ruang tamu. simbolik dia berterus-terang. apa yang berlaku, itu akan berlaku. kalau dia bersalah, maka dia akan tanggung. so, bila bapak dia balik.. dia buat2 tido sebab takut bapak dia tanya soalan sherammm.. tapi, sebaliknya berlaku. bapak dia x marah pun. even adik dia siap highlight cerita pasal laptop.. bapak dia x amik kisah pun.. so.. dia legaaa hati x tau nak kata laaa. hahaha..
pengajaran?
- hormat privasi orang. amanah
- jangan ambil tanpa minta izin
- jangan masuk bilik orang tanpa kebenaran
- LEBIH BAIK BERTERUS TERANG DARI MENIPU
Sebab.. a lie lead to another lies. so.. be careful. jangan jadi macam budak tu.. which is aku. >.< lol
thats all from me. tq. salam.
never mind, you may have your time.. :)
ReplyDeleteit is not that we have no sweet memories.
i'm waiting for you to show it. show the affection and spread the love.
waiting for ur goodluck and all. maybe it is that we have different characters.
i say what i want people to know, and i try to show that i care.
now that i see, it is all about time. thanks. somehow, u kinda make up my day.
knowing that u are still there :)