Friday, June 14, 2013

asalkan itu yang terbaik untuk awak...

salam..

hari ni hari minggu.. sepatutnya hari ni aku happy sangat sebab hari ni boleh rehat. *ketepikan fikiran tentang homework.* tapi... aku disampaikan satu berita yang sangat sedih,sebak. x tau la nak habaq camna kan...

harini aku mengaku aku bangun lewat walaupun ada kuliah fardhu ain. *rasa teruk gila sebab dah diperingat jangan lewat*. aku punya jam loceng aku tutup selamba derk ja. pastu sambung tidur. huhu. jangan risau. solat subuh sempat lg.. hehe. tu pun nasib baik sebab kawan aku yang kejut. alia.

alia bagitahu aku.. wardina dah dapat jawapan. aku time tu macam mamai semacam je. aku iyekan je pastu aku blah.. dah lamaa... bila dah fresh.. baru aku teringat "eh... wardina dapat jawapan apa?"

rupanya dia dapat tawaran UIA. pergh. aku dulu x buat rayuan. sebab aku ingatkan kalau dah dapat upu x leh buat rayuan. tapi budak depan cube aku ni buat je.. dan.. dia pun dapat pi UIA. hmm..

sedih x yah habaq la.. pagi ni aku tau.. pagi ni wardina pergi.. tudung dia yang aku pinjam x sempat basuh.. baju dia yang koyak aku x sempat nak tolong jahit.. haritu.. aku Nampak baju dia koyak sikit kat bahu.. aku cakap la.. "awat hg tak jahit koyak ni?" aku mintak la nak tolong jahit. tapi sebab dia tgh pakai then xpa la... pastu... satu hari tu.. aku Nampak koyak kat tenpat lain lagi.. aku tegur la.. then, malam tadi dia dah bg baju.. aku lak tidur awal.. x sempat jahit baju dia. rasa terkilan betul. maafkan aku wardina. kau tau tak.. aku dah suruh mak aku beli subway, sebab aku tau kau suka subway. alih2, kau blah cepat je. huhu.

wardina, lepas ni.. aku dah x boleh gelak kat tangga depan dewan besar tu dah.. aku x boleh lari dari orang macam yang kita selalu buat.. dan yang paling sedih.. aku x boleh nak merajuk sebab hang je orang yang selalu pujuk aku..

kalau aku cakap "haaaa, x pa la.. pi laaa.. piiii"
hang mesti cakap.. "ala aisyah  ni.. pastu hg macam serba salah je"
aku yakin, aku pasti rindu saat tu. aku yakin, ada makna kenapa Allah pertemukan kita masa pendaftaran hari tu.. mungkin makna itu ialah makna sayang terhadap seorang kawan?

weh, lepas ni.. aku x boleh nak buat style rambut bagai.. kau je yang sama style rambut dengan aku pun. sedih la wei.. kau je yang faham aku walaupun baru kenal. kau dah tahu perasaan aku terhadap sesuatu perkara tu.. hmmmm

aku pun x sempat nak ajar kau blogging. xpe la. kau belajar la dari orang la dari orang lain :( aku baru ingat nak bersukan dengan kau. kau je yang reti lembing, kau je yang reti main tennis. weh.. aku rindu kau sekarang ni.. dari pagi tadi,sampai sekarang.. tekak aku ni rasa tebal je.. tahu x rasa tekak bila kita nangis? macam tersekat.. macam tu la aku rasa. walaupun aku x menangis kat luar.. tapi kat dalam ni Allah je yang tahu...

memang la shidah bestfriend aku.. tapi, aku rapat kot dengan kau.. so, kau dah blah.. aku macam tinggal seorang je.. mmg la nazlia dengan shidah ada.. tapi.. emm, kau faham kan maksud aku? *shidah, nazlia jangan terasa...kalau ada fikir yang boleh sentapkan hati, tu bukan apa yang aku maksudkan.*

btw, aku x tahu la sama ada aku akan rindu bunyi mcj hp kau tu.. bunyi siling jatuh. macam real je. seram tau.. dah la berulang. huhuhu...

ok la wardina. aku tahu kau berhijrah untuk kebaikan kau. sebab, itu lah jawapan istikarah kau. sebenarnya, aku dah prepare diri aku siap2 kalau shidah berhijrah.. aku dah cakap, kalau dia berhijrah, itu untuk kebaikan dia dan aku x patut bersedih sebaliknya.. gembira sebab... itu jalan menuju kejayaan dia. alih2, kau pulak yang beredar. x sempat pun kau nak singgah rumah aku yang dekat ni. dan.. aku memang x prepare untuk kau.. so, memang sedih la sekarang ni. :(

tp, apa2 pun... aku gembira dan bersyukur sangat Allah pertemukan kita berdua. sekurang-kurangnya... aku dapat kenali kau dan aku dapat pengalaman yang.. manis ni. :)

aku sayang hang. *aku jarang cakap aku sayang orang *dengan ikhlas*. so, sila la rasa special sikit :P*

aku nak boh gambar kita ramai2, berdua.. tapi, adik aku amik camera tadi. so, insya-Allah lain kali aku boh.

sorry x sempat bagi kau rasa nasi kandaq. weh, hg nak aku cakap bahasa Kedah ka? kalau nak habaq. nanti aku translate post ni pi bahasa Kedah naa. jangan lupa formula aku ajaq hang cakap Kedah ni.. huruf R tukaq jadi huruf Q. ingat ABC tu macam mana.. meh aku nyatakan.. takut2 hang x ingat..

A B C D E F G H I J K L M N O P Q Q S T U V W X Y Z.

jangan lupa substitute Q into R. :D

bye wardina. selamat mengejar kejayaan. salam.

update. nah gambar kita.. satu je. banyak2 nanti.... hehhe




No comments:

Post a Comment

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...