Sunday, December 7, 2014

video pendek karnival kampus usmkk 2014

assalamualaikum.

lama tak update. bukan sebab tak ada bahan, tapi sebab tak ada masa yang terlalu lapang untuk aku bukak blog. haha. ni pun sebab... sebab Allah izin kan kot? hahha

alhamdulillah.. rezeki aku malam ni, dapat tempat kedua dalam pertandingan video pendek. tapi bila aku upload dekat youtube, gambar jadi blur. aduh.. sedih gila.. masa haritu okay je.. hmm ada la tu salah setting ke apa. btw.. thanks kepada mereka yang bantu aku hasilkan video pendek ni dalam jangka masa 2 hari WOW. aku pun dok edit video sampai pukul berapa.. habis mata bengkak2.. hahaha. nak kejar tarikh tutup lah katakan.

tadi masa nak ambil hadiah.. aku segan nak guna tongkat. pastu bila dah separuh jalan nak naik pentas, mula la nak cover teruk. hahahha. paling mantop bila nak naik tangga la. hahahhaha. tapi sakit-sakit kaki pun, sebab dapat hadiah punya pasal kan.. sakit-sakit pun boleh jalannnn punyaa. hahahaha.

so.. silakan menonton video pendek dari budak noob ni. hehhe.

p/s: persembahan UNIC memang gempak habis lah wei!!!!!



Monday, November 3, 2014

kem Back to Basic 561

assalamualaikum.. 

sepatutnya aku tidur dah time macam ni, but then.. something happened just now, i got a phone call.. and its not a good news. so.. nope, i can't sleep yet. 

so.. last weekend aku join kem Back to Basic 561 dekat putra valley tanah merah. tempat pimpin siswa aku dulu. masa pi memang terimbau kenangan la. haha. tapi penempatan kali ni perghh sikit. dalam bilik ada aircond. bukan dalam khemah. haha. tapi aku rindu shower x ada bumbung tu. ada dinding je. nama je shower, tapi semua amik wuduk je kat situ. aku suka sebab.. malam2 boleh amik wuduk sambil tgk bintang. hahha. 

asalnya, kem back to basic ni penuh.. penuh yang amat sampai nama aku diaorg simpan dlu. last2, sebab continuous assesment (CA).. ramai tarik diri. memang rezeki aku agaknya. masa bg nama haritu, kakak BTB tu cakap dah penuh. tapi aku redha je la time tu. berlapang dada. tup2 dapat mcj kata ada kosong, aku boleh join. ape lagi.. on je la. hee

so.. kem tu bermula lepas isyak kat masjid murni. pagi jumaat baru bertolak ke putra valley. ok aku bukan nak cerita semua benda yang ada dalam tentatif. aku cerita sikit2 je la. 

best x kem BTB (back to basic)?

-serious best. segelintir orang macam was2 nak pergi ke tak kem BTB ni sebab ada CA.. tapi pada aku.. kalau aku x pergi kem BTB ni, belum tentu aku study anatomy time cuti. haha. so, daripada gagal dua-dua... aku decide join BTB. x dapat ilmu anatomy, dapat ilmu agama pun bagus jugak. lagipun, basic aku ni macam dah tak basic. huuu 

kakak btb ada cakap, kalau kita nak buat baik.. kita jangan fikir banyak. jangan fikir sangat apa kesan dia, apa rugi dia. bla bla bla.. i mean.. kita buat benda baik.. so, just pray to Allah.. mohon agar Allah jadikan kita, masukkan kita dalam golongan orang yang beruntung. insyaAllah. itu yang aku faham.

kem ni bunyi islamik. dengar ceramah je ke? 

-yang ni serious macam tipikal thinking . haha. aku faham. xpe. biar aku jawab. x, kem ni bukan ceramah semata-mata.. ada banyak aktiviti lain termasuk aktiviti fizikal. kau nak ape? explorace? mandi lumpur? mandi tasik? terjun tasik? hmm.. semua ada derrr... night walk pun ada.

islam ni menyeluruh. syumul. kau jangan jumud. x semestinya kalau cakap pasal agama, semua dalam masjid.. orang yang sampai kan ceramah ni semua ustaz-ustaz, ustazah-ustazah belaka. tak.. jangan fikir macam tu. tolonglah. aku mohon. jangan asingkan. study also is a part of Islam. 

ade je aktifviti fizikal. of course la a bit of islamic. setiap aktiviti ada pengisian. ada ibrah dia. yang mana satu faveret aku? aku suka............... explorace. fasal aktiviti.. aku nak cerita 3 aktiviti je. explorace, LDK dengan night walk.

explorace.

ada 8 checkpoint. macam2 la kena buat dalam checkpoint tu. group aku start dengan checkpoint 5 sebab kami group 5. aku cerita checkpoint yang menarik dan aku ingat boleh? actually semua menarik tapi..... aku dah x berapa ingat so... sorry eh. bukan x best, semua best. serious.

checkpoint 7. 

kami diberi satu situasi. kakak fasi berlakon dan kami kena teka situasinya. pandai kakak2 berlakon. haha.  situasinya adalah.. dua orang perempuan berada di tepi tasik. mereka mendedahkan aurat mereka (bukak tudung) dan bercampur antara lelaki. konon macam ada budak lelaki tengah mandi kat situ la. so.. soalannya..

1. nyatakan situasi itu. (aku dah cerita kat atas tu.)
2. apakah reaksi anda pada ketika itu?
3. nyatakan bagaimanakah anda akan menasihati berdasarkan/seperti Nabi Muhammad S.A.W.

untuk soalan dua.. kami jawab.. first kami terkejut then kami approach diaorang. nk bagi nasihat.
untuk soalan ketiga.. berdasarkan fahaman  sekiranya melihat satu kemungkaran, perlu dicegah melalui 3 perkara. tangan, lidah atau hati berdasarkan kemampuan. so.. sebab kami x berkemampuan dari segi tangan(kuasa).. maka kami akan menasihati melalui lidah. so.. cakap la gitu-gini..

then balik dari kem BTB aku teringat. betul ke aku boleh menasihati melalui lidah sekiranya aku mampu. kalau ada student study duduk sebelah-sebelah dua orang je.. berani ke aku nak pergi kat diaorang nasihat apa yang patut? will i ever do that atau aku just duduk/jalan jauh-jauh buat kerja aku? haha. i mean, aku x nak la jadi orang yang hebat bercakap tapi tak ada action. tapi berani ke aku? korang berani x? 

checkpoint 8. 

kami diberi cawan. dalam cawan tu ada isi air. task kami.. terbalikkan cawan tanpa tumpahkan air. so.. kami guna daun2 besar kat situ.. ye la.. try and error. x kan nak serah kalah je.. try2.. still tumpah juga setitik dua tiga dan empat titik. hahaha. banyak titik la tu maksudnya. abg fasi tu memang yakin je air akan tumpah. cis. haha. xpe lah. then. diaorang minta kami teka apa pengajaran di sebaliknya. klu dia ikhtilat.

ikhtilat tu pergaulan atau percampuran antara lelaki dan perempuan. dulu aku x tahu. serious. masuk matrik baru tahu. macam lambat je kan. hahah. xpe.. better late than never. so.. kami pun... hentam je la.. 

air itu ibarat ikhtilat. sejauh mana kami jaga x nak bagi tumpah walaupun cover dengan daun.. setitik dua still akan jatuh jugak. contoh yang aku ambil.. kepada mereka yang study lelaki perempuan ni la.. study berdua je. atas alasan study. aku cakap.. atas alasan apa pun.. perasaan tu still akan  wujud kalau x jaga ikhtilat. then.. dah dengar jawapan.. abg fasi tu cerita la yang sebenarnya..

air itu ibarat masyarakat. terbalikkan cawan itu ibarat perintah Allah. something like that. kadang2 kita nak buat apa yang Allah suruh, tapi kita terlalu concern pasal masyarakat sampai kita teragak-agak. camtu la yang aku faham. kalau salah........ astagfirullahalazim. haha. semoga Allah beri hidayah kat aku. 

then ada kakak buat penambahan sikit berdasarkan pendapat aku tadi sebab aku kata.. jaga macam mana sekalipun, perasaan tu tetap wujud. maksud aku sebenarnya.. merujuk kepada jaga perasaan masa belajar berdua.. but then, ayat BM teruk macam apa.. then.. ayat macam kurang proper so.. orang pun salah faham. its my fault. i know. but then.. bagus jugak kakak salah faham sebab lepas kakak tu buat penambahan dekat pendapat aku.. aku lebih jelas lagi dalam ikhtilat dan macam mana nak bagi orang faham maksud yang aku nak sampaikan.. so petik kata aku sendiri kat atas tu "air itu ibarat ikhtilat. sejauh mana kami jaga x nak bagi tumpah walaupun cover dengan daun.. setitik dua still akan jatuh jugak"... yang sebenarnya.. kita dah ada garis panduan. so.. just follow. bukan nya kalau jaga ikhtilat still akan ada perasaan. no. awak follow panduan tu then terjaga lah ikhtilat awak. so.. yang baca harap jangan pening. kalau pening.. tolong tanya yang berpengetahuan. 

then last sekali.. abg tu cakap.. jaga la ikhtilat. jaga ikhtilat dalam fb, ws, mana2 je lah. tapi yang paling aku tertarik bila dia kata jangan lembut tengkok. group aku semua cam blur je termasuk aku. pastu abg tu tunjuk contoh dengan melembutkan tengkok dia. haha. aku x ingat macam mana rupa abg tu bila dia lembutkan tengkok dia sebab aku lebih ingat reaksi kawan aku yg tengok abg tu. hehe. tapi......... aku rasa cam.. tahu2 je kenapa tetiba abg tu cakap pasal lembut tengkok. masa iron baju baru macam tahu kenapa. kenapa? ada la. :)


LDK

kami kena pilih sama ada nak guna lagu atau scene dalam movie. pilih dan kritik apa yang x elok serta bagi penambahbaikan secara islamik. group aku buat cerita frozen. serious aku sorang je dalam group yang tak tengok cerita tu lagi. so... diaorg bincang2 la.. aku bincang sikit2 je.. sebab aku kalau boleh... x nak bagi idea dalam bab2 berlakon ni. memang hancus. sebab aku dah try banyak kali dalam kem2 sebelum ni.. kalau aku beriya bagi idea dalam berlakon... group aku memang akan hancus punya lah. serious talk. so.. bincang2 aku jadi olaf. kami ambil scene ..... sorry x ingt. haha. masa bincang2 tu.. aku sembang dengan muaz. budak nursing. haritu aku jumpa dia dekat terminal bas. kitaorg x cukup 1 org lagi nak naik teksi. teksi mahal kot. boleh je dapat 15-20 tapi teksi tu nk 25. kurang asam betul. ha.. masa cakap dengan muaz ni la yang aku rasa macam tahu kenapa ada abg mention pasal lembut tengkok tu. hu hu hu . masa cakap dengan muaz, ada abg fasi lain x salah aku abg rafiq kot.. rasanya lah. (aku teruk sikti dalam hal2 ingat nama ni. MAAF). dia tengok je aku sembang dengan muaz. siap senyum lak tu. aku pun x tahu nk buat pe.. malu gak lah. yg abg mention lembut tengkok tu x salah aku nama dia hanif. kot. haha. 

selepas persembahan setiap group.. group lain kena bagi bintang.. group aku constant bagi 9 kat group lain because they deserve it.. we thought so. bila time group aku present.. memang awkward jugak la. aku jadi olaf. scene yang diaorg buat tu.. olaf macam x de kena mengena. haha. habis aku nak masuk kat mna? pastu ada sorang ni tetiba x de watak. so cakap je la kawan olaf. haha. nampak x betapa bijak nya kami cover. so.. diaorang berlakon je la and aku duduk je kat tepi.. aku nak participate jugak dalam persembahan because i should! because i'm a part of the group. then.. sebagai olaf.. aku bagi la sedikit pengisian dan pendapat aku sikit. perghh. aku baru intro orang dah gelak. i mean.. positive reaction la. wahh terharunya sebab mostly org krik2 je time persembahan kem dlu2. hahaha. then.. aku proceed la dengan pengisian dari aku. last sekali? penonton tepuk.. ahhhh bestnyee.. no more cengkerik. haha. dan paling best bila ada fasi cakap bgi 11 bintang. markah sampai 10 je. haha. sukeeeee :D

pengajaran aktiviti LDK ni sebenarnya.. yang aku dapat la.. sesuatu perkara ada baik buruknya. macam movies.. orang kata x elok.. banyak buruknya.. dari segi penyampaian tersirat tersurat.. itu la ini la.. actually its up to us. dalam buruk2 kita still boleh dapat kebaikkan. kita kena cari la. think out of the box. cuma.. bab aurat terbukak tu.. aku x sure la. so.. maybe korang tgk kartun je kot. haha. ape2 pun.. seronok nye dapat 11 bintang walaupun x diiktiraf 11. hahaa


next.. NIGHT WALK

actually x de la jalan dalam hutan. just tutup mata and diaorang bawa kami kat satu tempat. pftt depan tu je pun. tapi aku ni macam penakut sikit la.. kalau bab masuk hutan, baca doa tu semua memang aku anggap serious. haha. xpe lah. sebelum start, abg fasi briefing la itu ini.. salah satu nya.. dia cakap.. orang yang mengubat ni diorang mostly guna al-fatihah dengan.. ape tah. maaf saya x ingt. its somewhere in my brain but seems like i cant find it right now. its 2.43 am. (again.. ini berdasarkan pemahaman aku). so.. lepas aku diletakkan di somewhere.. aku duduk la. berzikir. abg tu cakap suh berzikir. mula2 macam seram tapi aku percaya aku selamat sebab aku bergantung sepenuhnya pada Allah time tu. pergh nikmatnya rasa time tu. aku pegang 3 perkara je time tu. perkara tu aku dapat masa dalam kuliah BTB ni la. antaranya..

1. kalau semua makhluk berpakat, bergabung untuk memberi manfaat kepada aku, hakikatnya mereka tak boleh beri satu manfaat pun kepada aku. kalau aku dapat juga, ia telah tertulis di luh mahfuz. kerja Allah semua tu.

2. kalau semua makhluk berpakat, bergabung untuk memudaratkan aku, hakikatnya mudarat yang terkena itu bukan kerana mereka, tetapi kerana ia telah tertulis di luh mahfuz. again, itu semua kerja Allah.

3. nak minta sesuatu, minta je dengan Allah.

so.. lepas aku duduk.. aku duduk je la.. ade je kakak2 kacau.. hehe.. xde la seram time tu. serious x seram. mungkin sebab aku bergantung sepenuhnya kat Allah.. nak dijadikan cerita.. ada seorang kakak ni (insyaAllah kakak fasi. x tahu la kalau......) dia datang pastu dia bisik cakap.. "jom awak.. ikut saya pergi tempat lebih cerah sikit." .. weh.. kalau kau dengar pun kau rasa ayat dia cam lain. ragu2 aku. haha. so aku mula2 nak bangun.. pastu aku duduk balik. aku berdalih la. aku x percaya tu kakak fasi. then aku suruh buktikan yang dia tu kakak fasi. dia cakap la nk bukti macam mana? aku cakap.. baca al-fatihah. dia baca la. sedap :) then dia kata "jom".. pastu...... aku cakap.. x nak. time tu aku dengar dia gelak. gelak macam pfttt. cmtu lah. haha. pastu dia kata " jom la.. nyamuk banyak kat sini. lagipun sini gelap". aku still degil x nak. yela dah aku ragu2.. kakak usrah cakap kalau ragu2 tinggal kan je. so aku "tinggalkan" kakak fasi yang ajak aku tu la. pastu kak fasi cakap lagi "nanti awak bukak mata pastu tgk tempat gelap ni, jangan marah akak ok?" aku cakap ok. psatu kakak tu cakap lagi.. "betul ni awak x nak ikut akak? awak percaya dengan Allah?" aku cakap ya. then kakak tu berlalu pergi selepas memberi salam. "waalaikumsalam" aku jawab. then memang ramai kakak fasi suruh aku ubah tempat. tapi cara dia macam kakak tadi la. ada yang cakap2 then tinggal je. ada yang bila aku suh buktikan.. dia blah je. hahha.. last2... aku jadi peserta terakhir yang masuk tapak perhimpunan. hahahhaha. sorry guys. sorry sgt2. huuu. harap x menyusah kan. tapi paling sedih bila ada kakak ni tanya "kakak mana yang awak dh kenal?" (camtu la maksud dia)... aku bagi la 2-3 nama. serious aku x ingt.. walhal ade je lagi nama yang aku tahu tapi aku x sebut. nervous ke ape aku pun x tahu.. pastu kakak tu bagi ayat pasrah bila aku cakap aku x ingat nama yang lain.. dia cakap "sampai hati awak." pergh... sentap derr.. sorry kakak.. sorry sangat2. :(

tu lah antara perkara yang aku nak kongsikan harini. ada banyak lagi. serious banyak lagi tapi, cukup lah setakat ini. hehe.

ada sekali tu.. aku dengan kawan2 aku jalan ke dewan makan nak sarapan pagi.. pastu abg hanif tetiba tegur cakap.. "pakai baju tasik ke? bau tasik je".. pergh baq hang... bau tasik kot. terus aku menghidu baju dan tudung. gile la kalau orang dah tegur cmtu.. malu kot.. memang la aku x pakai baju mandi tasik semalam tapi... hati  masih tak tenteram time tu. x tahu la aku abg tu tgh buat lawak ke atau serious. ntah la. huhu

so.. ape-ape pun.. aku bersyukur aku terpilih untuk join kem BTB ni. insyaAllah.. iman akan terus dimantopkan. cewah. 

jap ada lagi nk bagitahu... apa yang kita tengah buat.. perbuatan biasa macam belajar, study, tidur makan.. tu semua boleh jadi ibadah kepada Allah. memang kita hidup di muka bumi ni pun untuk beribadah kepada Allah. so, lepas solat subuh.. sambung sikit dalam doa tu agar segala perbuatan kita menjadi ibadah kepada Allah. 

dan ingin aku sampaikan kata atau peringatan abg/fasi Rafiq...


Kita nampak baik sebab Allah masih menutup aib kita. Jika Allah buka aib,pasti ada yang saling meludah dan membaling tahi ke wajah.
Lebih menghairankan adalah mereka yang sengaja menunjukkan aib sendiri seperti golongan yang tidak menutup aurat(aib) dengan sempurna seperti "Jilboobs"(bertudung tidak menutupi dada) yang semakin menular dalam kalangan masyarakat.
Astaghfirullah. Bukan niat nak menunjukkan kononnya diri lebih baik. Semoga mereka menjadi lebih baik.

lebih kurang mcm ni la maksud dia. teks ni aku copy dari fb. tpi dia jugak lah yang karang. sumber dan isi still sama. 

satu lagi.. sepotong ayat yang abg/fasi hanif selalu kongsikan.. 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
"Hai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 


thats all. salam. 

p/s: gambar xde. sorry

Sunday, October 26, 2014

awak jaga sikit mulut awak!

salam. hai. selamat pagi. hahhaha

alhamdulillah aku dah sampai kelantan dan dah ada dalam bilik pun dengan selamatnya. SERTA maklumat tambahan, aku dapat connect wifi dengan sendirinya. haha. satu kejayaan kecil. hue hue hue.

so.... dah lama jugak aku x update blog. hmm nak kata busy tu, tak la sangat sebab aku still leh tidur pada waktu yang tak sepatutnya kan.. tapi tu lah, mungkin belum ada kesempatan. sekarang ada kesempatan :p

lately.. soalan paling common org tanya kat aku ialah

"macam mana kelantan? best x kelantan?"

hahha. aku x tau nak jawab dari segi best shopping ka, apa ka sebab aku x keluar mana pun. setakat keluar makan depan usm ja. paling teruk ke mydin. haha. tapi kalau dari segi makan, aku leh cerita. makanan kat kelantan ni, manis baq hangggg. hahha. minuman seharian aku air kosong. serious aku x berapa tahan dengan manis kelantan ni. manis makanan dia semanis wajah mereka. aicewahh.. ada reader kelantan ke kat sini? hehehe.

tapi yang paling aku x puas hati, masa aku pi kem pimpin siswa. time tu sakit hati baq hang. aku x nak cerita pasal fasi, aku nk cerita pasal... orang besar. pergh.. memang besar.

besar di sini  bukan dari segi fizikal atau mental, tapi dari segi pangkat dia. macam ni cerita dia....

ada la satu aktiviti tu, hari jumaat, sebelum solat zohor. aktiviti tu dipanggil survival cooking. (ntah la. aku hantam je. hahah). kami semua ada tiga company. dalam tiga company tu ada 4 platun. aku company A, platun 3. kalau nak cari maii la, aku ada sini (bajet). setiap platun dalam company masing2, ada barang yang dibekalkan. semua berlainan dengan platun2 lain. so, kalau x cukup barang, kena la buat sistem barter dengan platun dalam company korang. kat situ leh nampak la siapa yang kedekut dan siapa yang x reti buat sistem barter yang adil kan. hahahhaaha. aku hidup kan api dan tanak nasi je. rasa cam terror jugak la aku hidup kan api tanpa guna mancis kan (curi api kat platun lain. eh bukan curi.. mintakk). hehehhe... boleh eksyen kat abah aku. :P tapi... bila teringat balik.. aku cam poyo dan terlebih over lak masa jaga api. hahhaa. mcm jaga anak uh. not that aku ada anak la.. -.-

so kami pun masak. ada yang kene sembelih ayam bagai.. tu malas cerita. straight to the point.. aku kena present pasal juadah yang platun kami sediakan. sampai turn aku.. aku goreng je la. tetiba orang besar ni tanya aku..

"awak rasa, kenapa orang kelantan ramai hidap penyakit diabetis?"

aku x tau kenapa dia tanya aku soalan tu, maybe sebab aku cakap kat dia aku ni program dietetik kot. xpe lah. anyway, aku jawab soalan dia.

"pada saya, mungkin sebab makanan kelantan manis-manis lagipun -.." 

pastu tetiba orang besar tu menyampuk

"awak jaga sikit ea mulut awak!" 

pergh bapak r time tu memang aku sentap bhaii.. dah la depan org ramai. nasib bek time tu x kenal. boleh aku buat muka selamba bodoh bijak. pastu orang besar  berkata....

"orang kelantan ni, dapat diabetis sebab mereka selalu makan nasi. orang dulu-dulu mereka- nanti dulu, awak orang mana?"

aku cakap la aku orang kedah. (bola kalah. x pa la. haha) pastu dia sambung ...

"orang dulu makan nasi tapi mereka turun ke sawah. orang kelantan sekarang makan nasi 4 kali sehari tapi hampir semua duduk dalam pejabat je. so, penggunaan bla bla bla.. glucose yang x digunakan tu punca utama diabetis. makanan manis satu hal.."

aku angguk je walhal panas derr dalam hati ni. haha

"hmm xpe. teruskan bagi pendapat awak."

aku memang x nak serah kalah la. bukan suka2 hati aku cakap kelantan makan manis. so aku jawab la

"ok, saya lepasan pelajar Kolej MARA Kulim. (promote baq hang). majoriti pelajar sana semua dari kelantan. even bestfriend saya pun orang kelantan (salah satu). rata2 semua cakap makanan kelantan manis. so, sebab tu la saya cakap makanan kelantan manis. lagipun.." then aku x igt aku merepek apa lagi.

sat. masalah dia kat sini.. AWAT HANG  INGAT ORANG KEDAH X MAKAN NASI KA APA? HUIIII ORANG KEDAH ADA LADANG PADI HANG TAUUU...

agak2 r.. memang lepas kena dengan orang besar tu.. aku nak makan pun x lalu.. hari tu je la. haha. hari2 lain semua aku sapu. heee. tu je la. sampai harini aku cam rasa.. erghh... geramnya! hahha.

tapi makanan sini memang manis. manis. manis. aku x larat nak makan luar. lidah belum adaptasi dengan makanan kelantan. belum adaptadi pun aku bedal je. hue hue hue.

tp overall okay la. nak kata mahal ke x, pada aku mahal. sebab guna duit sendiri atau memang harga makanan mahal... tu no comment.

buat sementara waktu, ni la peristiwa/kenangan yang melekat selekat-lekatnya dalam kepala otak aku. haha. next time sambung cerita lain maybe cerita teksi dan prebet sapu? (betul ke eja?) haha. ape2 pun.. assalam

thanks for ur time


Tuesday, June 24, 2014

X ambil tahu politik. Bodoh atau?????

lalang by matlutfi:
http://youtu.be/CDElNCUdMYg

Masa aku belajar dulu, aku jumpa ramai "ahli2 politik". Baik di alam maya, mahupun realiti. Bahkan, ada segelintir yang boleh aku cakap cukup fanatik.

Hidup bermasyarakat,aku x boleh memencilkan diri aku, hidup sorang2. Nak tak nak, aku kene join the group.

Aku paling x suka, bila kawan2 aku bincang pasal politik. Sebab, bila "berbincang" aku x nampak apa2.

Paling sakit hati bila mereka yang ada pendirian politik ni cakap... org yang tak ambil kisah dengan politik ni dungu. Ada. Kawan aku sendiri pernah cakap. X kisah la on facebook ke atau face to face ke.. ape hak kau nk cakap mcm tu? Hanya sebab segelintir org mcm kami yang mengelak "diskusi politik" kau tu, x bermakna kami x ambil tahu.

Hanya sebab kami senyap, x beritahu mana pendirian kami, x bermakna kami tak ambil kisah. Kenapa kami senyap? Kenapa?

Kalau kau tanya aku.. aku jawab.. belum cukup umur untuk aku cakap apa2 pasal politik. Cukup aku jadi pemerhati dan fikir masak2. Ada sebab kenapa ada had umur untuk mengundi. Besides, action speaks louder than words. Dan faktor utama kenapa aku senyap.. SEBAB AKU KELIRU DENGAN ORANG MACAM KAU.

Nk berpolitik, sila kan. Tapi.. fikir la balik. Apa yg betul apa yang salah. Dan jgn salahkan org yang tak ambil tahu dalam politik. Sebab hanya kerana diam, x bermakna x ambil tahu. Kami lebih senang simpan pilihan dlm diri sendiri dari bersuara dengan kuat, megahnya kau ada pendirian politik. :).

Tonton je la video mat lutfi ni. It says everything what i feel. X ada lebih, x ada kurang.

Sekian. Maaf andai ada yang terasa.

Wednesday, June 4, 2014

semak keputusan MATRIKULASI 2013/2014

bismillah..

ok. sepatutnya pukul 10.00 pagi 5.6.2014 dah boleh check result matrik. tapi tah macam mana, ada student cakap depa boleh bukak result ptg harini. kawan aku salah seorang nya... dia pun bagitau la aku. aku try la.. mmg boleh bukak.. tapi aku takut sangat nak percaya. haha. takut nak berharap. then dalam pukul 9.00 malam camtu kawan sekuliah aku mcj kat fb. dia cakap dia dah check result. tapi lepas dia check, laman web tu tutup. laman web tu cakap pukul 10.00 pagi nanti baru leh check. arh x kisah lah.

macam mana nak check? ada 3 cara!!!

1. guna laman web.


2. guna sms

taip MOE MAK <NO KAD PENGENALAN> hantar ke 15888
hantar masa pukul 10.00 5.6.2014

3. telefon Kolej masing2.. nk no tel kolej, hangpa kena bukak link ni.. NO TELEFON MATRIKULASI SAYA

kalau PNGK hangpa antara 1.5 dan 2.0... hangpa akan mengulang PST... kalau yang dah mengulang tapi PNGK antara 1.5 dan 2.0 jugak.. dikira gagal..

JANGAN LUPA KEMASKINI UPU FASA 2.


jodoh rezeki dan maut tu semua rahsia Allah. yang penting kita dah usaha.. wallahualam.


Monday, June 2, 2014

orientasi KMKu 2014/2015

sorry gambar x clear. x tahu knp. :(




orientasi kmku 14/15

salam.

baru habis orientasi 14/15 dekat Kolej MARA Kulim. this time, aku jadi fasi. hehehhee. what's up??

kalau nak cakap pasal dugaan tu, memang banyak jugak r dugaan jadi fasi ni. tapi, tolak tepi pasal cerita x best, aku lebih suka senyum sengih sorang-sorang ingat peristiwa manis. hehehhe

masa nak pi kolej, aku x tau sapa lagi kawan aku nak pi jadi fasi. yang aku tau, aku akan jumpa abg famirul dan kak wa. ni semua ihsan whatsapp dengan facebook r ni. hehhe. paling lawak, dalam facebook sembang baikk punya tapi bila jumpa? senyap je. aku la yang senyap tu. saya ni pemalu orangnya. hahahahhaah! suara aku siap in vibrate mode  bila bercakap dalam post mortem. sebab ada abg famirul dengan kak wa. kalau cakap depan orang ramai yang aku x kenal, aku x de la nervous sangat.

aku masuk biro multimedia. not bad. i mean, selalu lelaki yang handle benda2 macam ni tapi kali ni, semua ahli biro multimedia adalah perempuan. aku msuk mne pun aku x kisah. so, 25hb Mei bermulalah hari aku sebagai seorang fasilitator Kolej MARA Kulim.

hari pendaftaran, aku jaga dobi.. kerja aku, bagi budak try baju2.. mostly semua nak yang saiz s je.. baju muslimah pun nak saiz s. yang tu aku x berapa faham. nama pun baju muslimah dik. bukan nya "baju adik awak". hmmm.. hari pendaftaran memang penat gilaa!! serious penat. budak perempuan x payah cakap la.. ramai bangat!! biasalah.. dh dekat akhir zaman. *peringatan. btw, penat2 pun seronok.. x tahu knp.. aku seronok.. so, penat x terasa sangat waktu tu. cuma maybe muka aku nampak mcm stress, sampai abg apek tegur tanya okay ke tak. dan hari2 seterusnya ade je orang tanya aku okay ke x. aku ok je. muka memang camni. kot. errrr.. btw, prihatin nye seniors semua. ngee~

aku ade jugak gerak budak2 orientasi pagi2 dengan kak wa. hehe. aku la orang yang bunyikan siren tu. aku la orang yang annoying gerakkan adik2 waktu pagi2. ngeh2.. alaaaaa, nanti korang jadi fasi, secara automatik korang pun annoying jugak. :P

aku nak cte pengalaman aku jadi fasi. pengalam budak2 kne orientasi, suh depa sendiri la cerita. haaha. ape kenangan manis aku sepanjang bergelar fasilitator Kolej MARA Kulim?


  • aku dapat bekerjasama dengan seniors aku. masa orientasi dulu jumpe depan pentas je. tapi sekarang, siap boleh sembang2 dan bergurau senda lagi. hehe. 
  • aku dapat pengalaman menjadi ahli biro multimedia. segala dugaan menjadikan semuanya amat indah. serious talk :) aku tahu cmne nak pasang projector, connect via laptop, jadi dj, cuma.... aku x tahu mana suiz amplifier. heheh. tapi yang lain2 rse best sebab aku belajar bende baru.. so, bila partner aku sibuk buat bende lain pun aku x kisah. cuma, jgn tipu aku dah la. yg tu, aku x ske. btw, bila aku nak jadi pro ni??
  • baru tahu beza ultrabook dengan laptop. abg apek tanya aku ada laptop atau ultrabook. aku mna tau ultrabook tu apa time tu.. so, dengan yakin aku cakap aku ada laptop. tp, masalahnye, laptop aku ni nipis, dah tu, x de lubang alah nak connect ke projector. jadi, diputuskan untuk masa tu, ultrabook la jawpannya. tapi tadi aku check, rupa2 nya laptop. cuma laptop aku memang jenis nipis. hahhaa. x kisah la ape pun. :P
  • aku kenal dan semakin rapat dengan fasi lain. aku baru kenal hafiz, zulaikha,farhana (dok depan rumah aku je), dan ramai lagi la.. yang dah kenal makin rapat.. memang best r. :). x tahu nak cakap macam mana tapi aku bersyukur dapat luang masa dengan depa. tambah2 lagi seniors. aku syokkkkkkkk sangat seniors datang jadi fasi. banyak jugak seniors yang aku x kenal rupa2 nye. hehe
  • masa jadi fasi, aku dapat buang rasa negative. kalau ada masalah, aku lebih fokus kepada solution. so, aku rasa, benda tu bagus untuk aku.
  • dapat tayangkan hasil kerja aku (video) di hadapan khalayak yang ramai. dulu aku buat video tunjuk kat mak aku je. sekarang? perghhh.. walaupun banyak halangan, aku berjaya hasilkan dan tayang video aku. my first time may not be great but it will be sooner or later. its just a matter of time. besides, practice make perfect!
  • aku dengar banyak cerita seram. bapak r. aku bersyukur gila aku x dengar cerita seram tu masa aku duk Kolej MARA Kulim dulu. hahha
and last but not least..

  • aku rasa gembira walaupun aku terpaksa balik awal sebab nak hantar adik aku masuk Uitm. aku x boleh join fasi2 lain makan kfc. sedih. serious sedih. aku duduk je kat bilik seroja tu. ade la 2-3 fasi lain dalam bilik seroja tu. yang lain dan ready nak bergerak. semua dah kat van/kereta bagai.. aku malas keluar awal sebab.. aku rasa macam aku ni.. jenis orang yang tak suka cakap goodbye. tapi last2, semua fasi perempuan salam2 cium2 bagai. huuuuu sebakkkkkkkk.. rse mcm nak nangis. tapi x nangis la sebab kalau nangis nanti hilang sebak. so x feel lah kan. hahhah. pastu, ade senior ni siap offer nak hantar.. baik la jugak. haha. 
mse aku otw ke shah alam, aku tdo je dalam kereta. masa tunggu adik aku daftar pun, aku tertidur jugak atas bangku.. penat sangat la kot. ganti waktu tido untuk seminggu masa orientasi haritu. haha. paling x tahan, sampai tersengguk-sengguk.. lantak la orang tgk ke ape.. aku ngantuk gle. 

masa waktu riadah, aku bertugas pasang lagu xi shua-shua la. gemuruh la, tali kasut la.. macam2 la. mse tgk pasang lagu guna laptop kolej, tiba2 lagu stop. laptop terpadam.. semua budak jerit " arghhhhh ". ARGHHHHHHHH mana aku tauuu kenapa. so, aku sambungkan terus ke laptop aku. nasib bek aku ade buat copy siap2. ye la. prepare for the worst kan. bila lagu dan pasang, aku amik charger laptop kolej.. charge la laptop tu.. no wonder la mati sebab battery pun x de. haha. then, TETIBA laptop aku warning battery tinggal 10%. GILE KACAUUUU!!! aku pun kalut la pasang charger kat laptop aku. hahah. haih.. nasib baik laptop aku x mati. selamattt~ tpi best gak dapat rasa kekalutan ni. hehe

ade sekali tu, aku sampai tertido mse persembahan LDK. tema nostalgia P. Ramlee. group mne nk guna multimedia semua jumpa aku. aku dok sebelah je. aku terang sikit then pandai2 la diaorang uruskan. ada satu masa ni, lepas aku biar group ni handle, aku letak kepala atas meja jap. berbantalkan lengan aku ni, tiba2 terlena. perghhh.. rsa best je tdo atas meja. haha. mula2 terjaga, group tu x habis la present so aku sambung tdo baik.. second time terjaga, time tu fadhilah gerak aku.. bangun2 atas pentas kosong. adik tu hilang tah ke mana.. ya-Allah.. kalut la aku pasang lagu. hahah. haih.. boleh pulak tertdo.. ish2

kalau nak cita satu2, aku takut keyboard aku ni haus sebab banyak sangat aku taip. hahah. maksud aku, banyak sangat kenangan terindah.. xpelah.. biar yang selebihnya aku simpan sendiri. :)

yang penting, always spread the positive. :) itu yang aku belajar sepanjang menjadi fasilitator di Kolej MARA Kulim selama seminggu.

aku nak jadi fasi tahun ni sebab tahun lepas masa orientasi fasi2 dulu banyak motivate aku. sampai buatkan aku nak jadi fasi jugak. atas sebab tu dan sebab aku nak kotakan kata2 aku kat seorang fasi ni, maka.. jadilah aku fasilitator 14/15. :) . andai kata akak x berjaya motivate adik2 yang len, akak harap suatu hari nanti mungkin adik2 boleh motivate junior adik. 

satu cerita aku simpan sejak hari orientasi. 
waktu aku dulu, group LDK dibahagi kepada 2. separah untuk explorace separuh untuk persembahan. aku masuk explorace. best. tapi semasa explorace berlansung, seluar aku terkoyak. dari bawah zip kaki sampai betis. dua2 belah pulak tu. maluuu.. tapi, aku teruskan berlari membuat aktiviti takut group aku lambat. terkial-kial aku berlari sambil pegang seluar aku. orang lain kalau jumpa aku mesti tanya "seluar koyak ke?" hmm.. bende obvious tapi nampak la concern tu kan.. sampaiiii la satu checkpoint ni. dekat night walk. dewan kesidang x salah aku. then, ade abg senior ni tegur seluar aku.. aku pun sengih2 malu je la.. tetiba dia bagi aku kain tutup mata. warna purple. aku terharu gila time tu. gentleman sgt. aku tak ingat nama dia tapi aku ingat muka dia. sebab muka dia familiar betul..so, mulalah aktiviti. aku bagi arahan yang lain semua tutup mata. hard core gak r jalan dia. hahah. sampai kene menirap bagai. pergh.. tapi, semangat punya pasal.. cepat gak r habis checkpoint tu. hehe. aku gebang je. x ingt la cepat ke lambat. hahha. lepas habis aktiviti aku tny abg tu kne bg balik x kain tutup mata yang ikat kaki aku tu.. dia cakap, x yah la.. then guess what? masa aku jadi orientasi, dia ada datang kat Kolej MARA Kulim. kalau berdasarkan cerita kak wa, abg tu berkemungkinan besar nama dia... abg Najib. tapi kalau salah, x tahu la. wallahualam. aku ade try nk cakap dengan abg tu, nak cakap terima kasih la.. tpi aku segan. serious aku segan. saya ni pemalu orangnya. huhu. xpe lah. ade jodoh, jumpa lagi abg tu. kalau abg yang bagi aku kain penutup mata tu tgh baca blog ni.. emm.. 

"terima kasih sangat la abg. kalau x malu x kesudah saya. thanx :D"

budi yang baik dikenang jua. so, berjasa lah dimana sahaja anda berada walaupun tidak dihargai. :)


pesan aku kepada adik2..

belajar bersungguh-sungguh. tetapkan matlamat dan hala tuju agar kau tidak terkapai-kapai ditelan arus masa. binalah asas diri dan ambil masa yang ada untuk kenal diri sendiri. cari identiti agar di universiti kelak tiada kejutan yang boleh merosakkan kamu. jangan lalai dibuai perasaan. ianya mungkin fitrah, tetapi kawal lah fitrah kamu dengan iman. sesungguhnya jodoh, ajal dan maut itu rahsia Allah. usah bazirkan masa dan tenaga. banggakan orang tua mu dan balas lah jasa mereka sekurang-kurangnya dengan result kamu. jangan bongkak membangga diri kerana orang yang sombong adalah orang yang rugi. belajar menghormati orang lain dan juga diri sendiri. jangan sampai kamu berlaku zalim terhadap dirimu sendiri. jagalah mulut, jagalah perbuatan, jagalah segala-galanya agar maruah mu terpelihara. tutuplah aurat kerana ianya tuntutan. berusaha berubah dengan lebih baik dari kekal dalam kejahilan. all the best!!! 

always improve yourself. <-- motto aku. :)

nah sikit gambar. video aku mungkin akan upload kat youtube. :) atas permintaan seorang sahabat baru, mana mungkin aku kecewakan dia ;)

solat dhuha berjemaah :)

teamwork guys!!

masam je adik ni. bakpo?

abg azam dengan junior. i word untuk abg azam. bertanggungjawab. :)

suap kek... !!! aaaaaa


lekbi.. buat mukeeeeeee

abg irfan dgn abg famirul

kak wa!!!!!! yang comel~

ok. abg irfan suap balik. sweet gitu

mpp.. 4+2 = ??

dewan melati.. hehehe

tu saya!!!!

fasi kawal kipas. kedekut fasi ni

study kat dobi ke???

kalau x tgkap gambar.. x sahhh




cikgu kamal :)


scary x?

cari cacing untuk adik2

kata2 akhir sebelum bertolak pulang. ye ke?

ni tempat kerja multimedia. aku tgkp gambar. 

like a boss


agak2 cikgu cakap ape? ce tnya lekbi. tu pun kalau dia ingt

no caption

Kolej MARA Kulim nii lawa sebenarnya

eh? spe tuuu

night walk. 

sungai yang indah

semangat je bergambar

explorace

atas kepala tu ape?

ratu cantik ke ratu surat khabar?

siren bunyiiiiiiii!!

tdo ke adik?

smart la

ya hanana

israk mikraj. yeah!

aktiviti riadah

tu je. byeee


Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...