Monday, April 29, 2013

dosa yang dipandang remeh oleh kita bakal menjadi dosa besar


DOSA BUANG SAMPAH MERATA-RATA

tak tahu la korang pernah tengok atau buat sendiri buang sampah merata-rata ni kan.. tapi, aku rasa, buang sampah merata-rata dah jadi tabiat atau trend sekarang. ye ke?

masa sekolah rendah aku dulu, aku dengan pelajar lain selalu bawa plastik kecik untuk buang sampah. so, sampah tak dibuang merata-rata.. aku setuju gak cara tu. ye la.. manusia sekarang kan semakin malas, sebab tu teknologi semakin maju~ tapi, malas-malas pun.. jangan la sampai jadi pengotor.

aku paling tension bila nampak orang buang sampah merata-rata tambah-tambah lagi dekat jalan raya. menyampahnya... amboi, ingat jalan tu self-cleaning ke?

tahu x.. membuang sampah tu dosa kecil? DOSA TAHU TAK?

kenapa lak dosa?.. hmm.. meh ceq habaq kat hangpa nah...

macam ni... apabila kita membuang sampah merata-rata, secara sengaja ianya mendatang kemudaratan kepada diri sendiri, masyarakat, haiwan dan bumi. kenapa ya?

ok. kita mula dari awal.. bila kita buang sampah merata, sah-sah la kita menyerahkan tugas membersih dekat mak cik- mak cik cleaning kan?? haa. walaupun tu kerja mereka, tapi.. x salah kita meringankan beban orang lain, ataupun.. jangan buat beban lansung. okay! bukan apa, nanti kalau sampah tak dikutip.. dituduhnyaa makcik cleaner tak buat kerja la, makan gaji buta la, berat tulang la.. haa.. apa kau ingat kerja mak cik kutip sampah je ke????

dah tu, bila sampah tak dikutip, mula la bertakung air merata-rata.. maka, membiak lah jentik-jentik dan aedes. bila dah berlambak nyamuk aedes membiak... hmmm, tahu je la ape jadi kan??

so, tak semena-mena, orang yang tak bersalah menghidap penyakit aedes. secara tak lansung, telah dianiayai oleh mereka yang selaluuuuu buang sampah merata-rata. agak-agak, berdosa tak?

lagipun, korang tak malu ke bila pelancong asing tengok negara kita yang kotor ni? tak teringin ke negara kita dikagumi sebab negara yang bersih dan aman harmoni.. macam Singapore... dan, bila tengok negara kita kotor, automatik kita dianggap tidak bertamadun dan kurangnya moral..

maka, dah boleh lihat sekarang kan?? membuang sampah merata-rata ni lebih banyak keburukan dari kebaikan. lagipun, syaiton kan sukaa perkara-perkara kotor.. hmm.. fikir-fikir lah ye..

ada segelintir orang, x tahu buang sampah ni dosa kecil.. tapi, kalau dah kerap buat dosa kecil.. bukan ke akan jadi dosa besar??

 Dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

Allah juga berfirman, maksudnya: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (Surah Ali Imran: 135)

Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja." (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)


pengajaran:

 kalau ada sampah, simpan sampai rumah atau cari la tong sampah agar... kita tak buang sampah merata-rata. okay? jom jaga bumi kita :) 




Thursday, April 25, 2013

semakan temuduga kursus perguruan lepasan sijil malaysia.(KPLSM)

hye..

bagi mereka yang mohon KPLSM ni... dah boleh semakan panggilan temuduga.. goodluck ye :)

teringat cikgu masa darjah 2. baik sgt :) penyayang. 

KLIK --->

orang cakap, lelaki senang jadi cikgu. x tahu la betul ke x.. yang pasti.. perempuan bersaing lebihh lagi. hahha


check kemasukan ke matriks

hye. sekarang dah boleh check kemasukan ke matrikulasi. aku ingat kan keluar pukul 4.00 ptg. tgk2 keluar awal lagi.. tu pun untung classmate aku post kat group fb. btw, goodluck.

SEMAKAN KE MATRIKULASI

aku dapat~ hehhehe

all the best!

Wednesday, April 24, 2013

keep up to date.

haih.. kalau dulu, budak lepasan spm sibuk dengan permohonan ke Universiti pilihan masing-masing. sekarang, sibuk check panggilan temu duga lak. bagi yang selalu hadap laptop, cepat je tahu itu ini. orang macam aku ni... kurang berpeluang sangat.

membantu jugak bila ada ramai kawan time-time macam ni. tapi tgk jenis kawan la. kalau dapat kawan yang selalu share maklumat... untung laa >.< .. tapi kalau kawan sendiri nak mecej pun payah.. alamat- nasib badan la. hahha.

so, harap-harap rakan seperjuangan aku kat luar sana tak ketinggalan tarikh-tarikh penting. x yah la kedekut. lagipun ni kan melibatkan masa depan GENERASI KITA. :) macam mana negara nak maju kalau rakyat tak berjaya.

oleh kerana itu.. aku selitkan tarikh-tarikh penting yang sewajarnya pelajar lepasan spm tahu. :)

p/s: kalau ada maklumat tambahan, bagitau laa. huhuhuhu

-tak boleh nak check matriks. semalam okay je. uhuhu

klik bawah untuk lihat,
TARIKH-TARIKH PENTING



 ALL THE BEST BAGI YANG DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA!!!!!

Sunday, April 21, 2013

adakah anda tergolong dalam 'attention seeker' ?

first of all, tahu ke apa itu attention seeker?


tahu tak apa itu HPD? HPD ialah Histrionic personality disorder yakni cluster B personality disorder. *bla..bla..bla..* orang yang ada penyakit ni cenderung untuk menarik perhatian orang lain. sesetengahnya mungkin akan "mengorat" ataupun cari fasal dengan orang lain untuk mendapatkan perhatian. penyakit "attention seeker" ni cenderung berlaku kepada mereka yang bergelar remaja ataupun.. TEENAGERS. *boleh tengok secara terang-terangan dekat facebook sekarang ni :P* . 'histrionics' mempunyai rasa yang kuat untuk memiliki PENGHARGAAN, KEKAGUMAN DAN KEYAKINAN. mereka digelar HEDONIS bagi yang kerap meluangkan masa dalam menjadikan diri mereka menarik dan popular.

nisbah yang menjangkiti wanita lebih tinggi dari lelaki iaitu.. 4:1.

kadangkala, mereka yang mempunyai penyakit HPD ini, mempunyai keinginan yang sangattt tinggi untuk perhatian, membuat penampilan yang tidak sesuai dan membesar-besarkan tingkah laku dan emosi mereka. mereka juga mungkin mempamerkan tingkah laku seksual yang provokatif, luahkan emosi yang kuat dengan gaya impresionistis, dann MUDAH DIPENGARUHI ORANG LAIN. antara ciri termasuklah, egocentrism, kepuasan diri, keinginan yang berterusan untuk peningkatan, dan tingkah laku manipulatif untuk mencapai keperluan mereka sendiri.

PUNCA HPD tidak ketahui namun, peristiwa zaman kanak-kanak seperti kematian atau pun penyakit dalam keluarga (rasa kebimbangan yang berterusan) , penceraian ibu bapa dan genetik berkemungkinan terlibat dalam punca HPD.

so.... adakah anda tergolong dalam 'attention seeker' ???

pada aku la.. siapa yang ada facebook, twitter, instagram, *bla.. bla.. bla..* tu semua attention seeker. :) tambah-tambah lagi , kalau ada gambar lebih dari mencukupi.. what is that?? what is it for?? yup. aku mengaku. aku pun mencari perhatian jugak. so what?! jangan tipu la kalau cakap x pernah nak tarik perhatian. sekurang-kurangnya mesti pernah tarik perhatian mak atau abah kan? senang cerita, semua benda ada batasnya.. tengok laa carian perhatian anda semua tahap mana. adakah semakin kritikal? adakah anda, adalah jenis yang melakukan segala-galanya hanyalah untuk perhatian? jangan lupa, kadang-kadang, kita juga perlu bersendirian. :)

adalah lebih baik sekiranya kita lakukan semua secara bersederhana. :)

yang penting, tahu apa yang kita buat. jangan sampai merana semata ingin mencari perhatian. jangan buat benda tak senonoh.. sebab apa sekalipun, kita dikurniakan akal. akal untuk membezakan antara baik dan buruk.

pengajaran :

fikir baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu
dan 
jangan bertindak mengikut nafsu...



Saturday, April 20, 2013

salah kira.. terus kalah

once upon a time..



aku wakil daerah untuk merejam lembing dan bla2.. pada tahun 2011. wakil daerah kulim bandar baharu. seronok. seronok la jugak sebab dapat jumpa ramai kawan baru *ye la sangat* dan teknik-teknik yang lebih efektif. hehhe

nak dijadikan cerita.. aku dengan kawan aku ni Afiqah namanya.. *hot la jugak* hahhaa.. kami berdua wakil DKBB untuk merejam lembing. sebelum start pertandingan, peserta boleh ukur jarak guna tape dengan penanda... aku first time wakil daerah dalam acara rejam lembing, so.. agak slow la jugak bila nak ukur-ukur ni. tak ada pengalaman la katakan. heheh.

orang lain semua dah ambil penanda yang molek-molek.. tinggal kat kami yang buruk-buruk je. huhu. dah rezeki kan... :(

masa nak ukur jarak.. aku perasan tape tu x betul.. maybe sebab dah lama digunakan, depa siap buat simpul dekat awal tape tu. sah-sah la x leh ukur dengan 0cm kan. senang cerita, bagi yang belajar physics.. ZERO ERROR.

kawan aku ukur macam biasa je. aku cakap la kat dia, salah ni... debat punya debat... masa dah suntuk.. dah kena bertanding. jarak jangan kata apa la.. memang lari teruk.. hahha. bila dah habis.. coach aku marah, dia cakap.. "saya suruh ambil jarak 2 meter.. tu bukan jarak 2 meter".. aku yg kat situ pun.. frust menonggeng je le.. awal-awal lagi dah ada salah teknikal. frust betul.

tapi, aku tak salah kan sapa-sapa. *kot*. hahahhaa. x dak la. benda dah lepas. lucu jugak kenangan macam ni.

tapi pengajaran yang aku dapat :

berani kerana benar.

intro..

hye..  :) 

ni blog terbaru aku. hehe. sebelum ni pun dah banyak blog aku buat. ada yang dah delete, ada yang dah terbengkalai sebab lupa password. hehehhe. masa buat password, tak ingat diri. last-last dah lupa. :)

mula-mula, aku nak delete semua blog lama aku, sebab.. semua blog lama menampakkan ketidak matangan aku. tapi, bila fikir-fikir balik.. itu semua pengalaman...

ada pepatah..

kepandaian datang dari pengalaman dan pengalaman datang dari kebodohan. 
so.. biarlah. belajar dari kesilapan memandangkan semua khalifah di muka bumi ni, tak lari dari membuat kesilapan. :)

so, aku sekarang ni, lepasan SPM. tak kerja (memang tension betul.) , dan .... single? hahahahaha.

tunggu keputusan UPU dan beberapa Universiti lain.

anak sulung.

sensitif.

nak cari kawan banyak-banyak.

tu je~ heheheh

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...