Friday, August 2, 2013

beri sebelum meminta..

salam..

emm... Alhamdulillah aku dah sampai rumah . hehe. tu yang boleh online. bukan kat kolej mara tu x boleh online. boleh jaa. dengan wifi sini sana.. haha. cuma, aku je yang hadkan diri aku dari online. bukan apa, takut orang Nampak kebodohan aku ni nanti >.<

lagipun... orang yang menahan diri tu salah satu ciri2 orang yang Berjaya.. online2 ni.. InsyaAllah... lepas kerja pun boleh online. haha. lagipun aku x dak la hot2 sangat nak bajet online 24 jam. syukur aku x dikurniakan ujian Hot ni. hehe

btw.. selain menahan diri dari online, aku tahan diri dari tgk PMP. ahh sudahh. sapa pulak PMP ni.. haha.. PMP ni bukan sapa2 pun.. just someone that.... emmm.. x tau nak cakap macam mana.. tapi bukan crush la.. please.. x nak masuk zaman sekolah macam dulu.. erkkk... cukup je la aku cakap PMP ni menarik perhatian aku.. pergi mana aku mesti Nampak dia. aku x cari, tapi mata yang jumpa.. so, aku cuba belajar menahan diri dari Terrrlihat PMP. takut.... dari mata turun ke hati. huhu

ok. serious weh, panjang mukadimah aku. dah la macam x berpatutan dengan tajuk kan.. okay.. apa yang aku nak cakap lepas ni.. adalah... umum.. so, tolonglah sesiapa yang baca mohon jangan terasa kerana sesungguhnya apa yang aku tulis ni adalah peringatan untuk aku juga.. segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan cacat cela yang buruk itu semuanya dari kita yang bergelar manusia.. atau senang cerita aku yang tengah menaip ni..

semua orang ada matlamat kan? salah satu matlamat aku... nak jadi pemimpin.. pemimpin kepada diri, kepada kawan, kepada keluarga atau rakan sekerja nanti. aku tak kisah.. tapi target aku.. nak jadi pemimpin.. pemimpin yang berkaliber dan dihormati.. dan, aku tak tergesa-gesa nak jadi pemimpin sebab... aku NAK jadi pemimpin yang berkualiti. ya, memang kita boleh menimba pengalaman.. tapi aku nak menimba ilmu dahulu.. baru aku cari pengalaman... if you know what I mean. dan kepada yang dah atau tengah jadi pemimpin, tahniah aku ucapkan.. sebab sanggup memikul tanggungjawab dan amanah..

tapi kadang-kadang kita lupa.. setiap perkara setiap perbuatan kita di atas muka bumi ni.. pasti akan ada balasan nya dari Allah SWT. what comes around goes around..

contoh...

kalau aku sebagai pemimpin nak semua anak buah aku hormat aku sebagai pemimpin.. tapi pada masa yang sama.. aku KUTUK PEMIMPIN YANG SEDIA ADA... macam mana? macam mana anak buah aku nak hormat pada aku??.. senang cerita.. x semua rakyat Malaysia ni sokong perdana menteri kan? dan antara yang tak sokong tu, x semua yang mengutuk, mengumpat dan mengeji.. hanya segelintir sahaja.. so.. bila kita sendiri ni mengutuk PM yang jawatan dia paling tinggi dalam Negara.. kita ni yang hanya ketua kumpulan.. ketua kelas.. ketua perwakilan pelajar.. nak rasa hebat? perasan hebatlah kita kalau dah sampai boleh comment kerja PM.  kalau kita dah boleh kutuk PM punya kerja.. agak2 la kan.. anak2 buah kita ni semua dah perfect ke? adakah kita rasa terbeban.. benci.. rasa masalah bila sesuatu tugas diberi kepada kita secara mengejut? atau.. kita sibuk Tanya... kenapa orang itu.. sekian, sekian... x suka kita yang jadi pemimpin ni..? kenapa nak heran? biasa la sebab kita pun kutuk pemimpin kita.. so, memang teruk lah diri ni mengharapkan sesuatu yang kita sendiri pun x lakukan.. aku bukan back-up PM. umur aku x cukup nak berpolitik.. tapi aku tahu mana betul dan mana salah.. insyaAllah. cuma, yang aku pasti.. kalau seseorang itu buat salah.. kita tegur.. tegur dengan penuh berhikmah.. dah paling kurang.. kita jangan ikut dia.. x payah nak mengumpat.

setakat ni je contoh yang aku boleh bagi.. minta maaf kalau ada terguriskan hati sapa2 tapi... aku cuma beri peringat termasuklah pada diri aku yang banyak membuat silap ni..

pendapat aku tak perlu didebatkan dan pendapat engkau x perlu dihujah.. cukup sekadar menerima isi yang benar. salam..

No comments:

Post a Comment

Family bonding : MPDM camping, Tasoh Lake Resort

Assalamualaikum dan selamat sejehtera, :) hari ini aku nak bercerita pasal kem MPDM yang baru je habis semalam. nak update blog ni bukan s...